Monday, June 30, 2008

MUNCUL KEMBALI (28)

Kecemerlangan akademik bukan jaminan mampu meaiah kecemerlangan hidup


TITAH Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bahawa sistem penilaian dalam pendidikan yang terlalu taksub kepada prestasi pencapaian akademik semata-mata adalah bercanggah dengan hukum alam patut dilihat dari sudut pandangan seorang raja semata-mata tetapi juga kena dari sudut pandangan akademik dari orang kademik kerana baginda juga seorang yang tahap pendidikannya bertaraf Ph D.
Maknanya sistem pendidikan negara tidak sepatutnya statik, sebaliknya memerlukan anjakan pradigma, revolusi dan reformasi yang sesuai dengan keperluan dalam kehidupan dan hukum alam.
Dalam pada negara memerlukan pakar dalam bidang teknologi dan sebagainya, negara juga amat perlukan petani, pekebun, pentenak, nelayan, buruh kasar, tukang sapu dan pemungut sampah serta lain-lain termasuk jaguh sukan, seni, sastera, lakonan, teater dan pereka fesyen.
Negara tidak akan mendapat makanan kalau keseluruhan rakyat jadi orang akademik dengan membiarkan sawah bendang terbiar tanpa tanaman padi, juga kalau kebun-kebun dibiarkan ditumbuhi semak samun tanpa adanya pekebun yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.
Juga negara akan ditenggelami sampah sarap dan bau busuk jika semua warganya jadi orang akademik dan tidak ada yang yang sanggup pekerja sebagai penyapu dan pemungut sampah.
Rakyat negara ini akan gagal mendapatkan sumber protein seandaianya gara-gara semua orang jadi orang akademik sehingga tidak ada yang sanggup jadi penternak dan nelayan.
Malah rakyat negara ini akan hidup dalam kebosanan dan akan merasakan dunia ini kosong tanpa adanya sasterawan yang menghasilkan karya sastera untuk dibaca atau kalau tidak ada penyanyi, pelakon dan sebagainya yang mengaktifkan industri hiburan.
Ertinya sistem pendidikan negara perlu mempunyai penjurusan yang pelbagai dan tidak hanya memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik semata-mata, sebaliknya kena sentiasa kena seimbang antara keperluan pencpaian akademik dengan keperluan-keperluan yang lain.
Bagi mencapai maksud itu, ntaranya kena dikenalpasti kecenderungan para pelajar terhadap sesuatu bidang supaya mereka dilmukan dengan bidang yang diminati, bukan lagi bersifat memaksa mereka mempelajari dan mendalami bidang-bidang yang bukan mereka minati.
Penerimaan masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi juga kena berpandukan kepada apa yang dipohon oleh pemohon yang pastinya akan memohon bidang pengajian yang mereka minati.
Jika bidang lain yang dipohon tetapi bidang lain pula yang ditawarkan demi kerana berteraskan ketaksuban kepada kerperluan kecemerlangan akademik, ianya tidak banyak membantu masa depan kepada orang yang diilmukan, yang dipaksa belajar, melakukan dan mendalami apa yang mereka tidak suka.
Bila keadaan itu berlaku, maka tidak hairanlah apabila baru-baru ini Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad mendedahkan tentang terdapat segelintir siswazah di negara ini kurang memahami cara menyediakan resume (biodata diri) menyebabkan mereka gagal mendapatkan jawatan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.
Keadaan itu berlaku pastinya kerana kalangan yang terbabit itu terlalu memaksa diri untuk tujuan pencapaian akademik sehinggakan mereka terasing dari aktiviti dan usaha bagi melengkapkan diri dengan keperluan-keperluan lain yang ada kaitan dengan keperluan hukum alam, termasuklah tentang macam mana mahu menyedikan resume bagi membantu mereka boleh membuat permohonan yang boleh meyakinkan bakal majikan.
Sebenarnya penyediaan resume dan tatacara permohonan akan mencerminkan sikap dan keupayaan sebenar pemohonan untuk melakukan tugasan jika diambil bekerja. Sama ada majikan tertarik untuk dipanggil temuduga atau sebaliknya, bergantung kepada permohonan yang dibuat oleh pemohon memenuhi prosedur atau tidak manakala kelulusan akademik akan lebih bersifat sebagai sokongan sahaja

No comments: