Jangan kuda-hitamkan agama, bangsa dan negara kerana kepentingan politik
MAHU tidak mahu kes laporan polis oleh pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakan, bukan sahaja menggemparkan tetapi juga memeranjatkan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini dan juga masyarakat dunia.
Sama ada benar dakwaan mangsa berusia 23 tahun itu atau sebaliknya, hanya Allah, mangsa, Anwar, para malaikat, syaitan dan iblis sahaja yang tahu. Bila didakwa dan dibicarakan, bergantung kepada kemunasabahan hujah peguam dan ketentuan yang telah sedia ditakdirkan-Nya.
Macam mana pun agak mengelirukan apabila tiba-tiba muncul laporan dakwaan oleh Anwar kononnya beliau menerima ancaman bunuh dan terpaksa berlindung di kedutaan Turki. Siapa yang mengancam. Peliknya laporan polis tidak pula dibuat dan apakah pihak kedutaan lebih mampu memberikan kawalam keselamatan berbanding dengan polis yang kerjanya adalah mengawal keselamatan.
Kalau kes pertama dulu dilihat ada maksud untuk sekat kebangkitan Anwar dalam Umno dan kepimpinan kerajaan pada waktu itu tetapi bagi tuduhan kali ini pasti setiap orang akan bertanya apa pula maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik yang dikatakan selagi lagi difitnah meliwat?
Ini adalah kerana selain dari atas statusnya sebagai penasihat PKR, Anwar sebernarnya tidak ada sebab, tidak ada musabab, faktor dan alasan untuk membina tapak di persada politik dan kepimpinan negara. Apa perlu dan faedahnya kepada kepimpinan negara dan Umno/BN jika Anwar dimangsa-konspirasikan?
Saya boleh bersetuju dengan pandangan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahawa ada kemungkinan kes terbaru yang menjadikan Anwar menjadi perhatian umum sekarang adalah tercipta hasil kreativiti Anwar sendiri untuk menutup dengan shelai bulu roma kegagalan dalam membuktikan mimpinya menjadi realtiti.
Antaranya tentang dakwaan ada parti dan tokoh politik Umno/BN akan sertai pakatan pembangkang dan juga tempoh ketumbangan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kes usul tidak percaya kepada kepimp[inan perdana menteri di parlimen.
Bagaimanapun dalam membabitkan agama, bangsa dan negara, adalah tidak wajar kreativiti yang dimiliki disalahgunakan sehingga membawa kepada agama, bangsa dan negara diperkuda-kayukan, apatah kalau hanya kerana kepentingan politik dan 'gila lagi babuk' nak jadi perdana menteri.
Jangan dorong rakyat yang berjaya dijumud dan ditaksubjkan oleh pemikiran yang sempit berdemontrasi dan melakaunan keganasan dengan memusnahkan harta awam kerana kepentingan agenda peribadi sedangkan kita yang ada agenda itu sendiri awal-awal lagi memilih jalan selamat dengan berlindung di kedutaan asing kerana takut oleh buruan bayang-bayang sendiri.
Dalam keadaan negara ditekan oleh masalah kenaikan harga runcit minyak ekoran dari kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran dunia, adalah amat tidak bertanggungjawab jika ada pihak yang cuba dengan apa cara dan bentuk sekali pun ke arah mnambahkan lagi masalah yang sedia ada.
Monday, June 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment