Rakyat dan negara perlu dibersihkan dari budaya fitnah
FITNAH sama ada membuat atau menaburkan fitnah serta menyebar dan bersekongkol dengannya adalah perbuatan yang terkutuk dan terlarang kerana fitnah itu dikatakan lebih tajam dari mata pedang.
Maknannya secara tersurat dan tersiratnya pembuat fitnah, penabur, penyebar fitnah dan pesekongkol dengannya adalah merupakan individu dan kelompok manusia yang sangat merbahaya dan apa jua langkah sekalipun perlu dibuat bagi membendungnya.
Merujuk kepada permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya gejala fitnah dihentikan segera, secara tidak langsung menunjukkan bahawa negara ini sedang terdedah kepada perbutan terkutuk dan terlarang itu.
Semua pihak kena mengambil langkah-langkah pro-aktif bagi membendungan fitnah agar kecenderungan membuat, menabur, menyebar bersekongkol dengan perbutan terkutuk dan keji serta budaya mempercayainya termasuk penukarannama fitnah kepada 'gossip' tidak menjadi antara budaya hidup rakyat negara.
Seandainya membuat atau menaburkan fitnah serta menyebar dan bersekongkol dengan fitnah menjadi kerutinan dalam hidup di negara ini, bermakna rakyat dan negara ini telah, sedang atau akan mengalami kehancuran yang mana bentuk kenacuran itu sendiri pelbagai wajahnya..
Ini terbukti melalui penegasan Rasulullah s.a.w. melalui hadis baginda yang bermaksud:
Daripda Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan terjadi pelbagai fitnah, di mana pada ketika itu orang yang menjauhi fitnah lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, manakala orang yang berjalan lebih baik dari orang yang melibatkan dirinya dengan fitnah tersebut, orang yang terlibat dengan fitnah tersebut akan mengalami kehancuran. Sesiapa yang menemui tempat berlindung maka hendaklah beliau berlindung dari fitnah tersebut.
Maknanya kita kena merebut peluang dan menjadikan budaya serta rutin hidup untuk menjadi orang yang menjauhi fitnah (tidak ambil peduli, tidak terbabit dalam penyebaran dan tidak bersekongkol) lebih baik dari berdiri(mengikuti/mendengar/menerima/ bersekongkol) dengan fitnah.
Juga kita kena berlumba-lumba dengan kemaruk, gigih dan ketagih merebut untukk menjadi orang berjalan (elak dari terbabit dengan membuat, menabur, menyebar dan bersekonkol) lebih baik dari orang yang melibatkan dirinya dengan fitnah.
Kita kena percaya yakni kena beriman dengan sabda Rasulullah s.a.w. bahawa orang yang terlibat dengan fitnah tersebut akan mengalami kehancuran yakni sekiranya fitnah menjadi budaya dan rutin kehidupan rakyat negara ini, maka negara pasti akan hancur kerana ianya ditegaskan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya apa yang disabda dan disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w, tidak ada yang tidak betul melainkan betul dan benar belaka, malah sabda dan sunnah baginda releven hingga kiamat
Monday, July 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment