Tuesday, July 8, 2008

MUNCUL KEMBALI (33)

Denggi: semua lapisan masyarakat kena sepakat mencegahnya


DENGAN jumlah 21.704 kes dan 53 kematian akibat denggi sehingga tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah suatu angka yang besar dan perlu dipandang dan diambil serius oleh semua pihak yang mana langkah pembasmian dan pencegahannya perlu dilakukan secara pro-aktif dan berkesinambungan.
Jumlah 21,704 kes bagi tempoh setengah tahun pada tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 17,249 kes, yakni melebih 100 peratus, berbanding dengan jumlah kes sepanjang tahun lepas berjumlah sebanyak 14,455.
Jika diandaikan kepada uruseniaga kepada sesuatu perniagaan, peningkatan kes atau padah yang melepasi angka100 peratus adalah merupakan kerugian yang sangat kronik dan memerlukan reformasi bagi membaik-pulih keadaan, termasuk mencari punca kerugian dan kemeruduman.
Demikian halnya dengan kes denggi, peningkatan dengan begitu tinggi kes memerlukan reformasi terhadap usaha pembasmian dan pencegahan yang telah dilakukan dan juga yang sedang dilakukan supaya apa yang akan dilakukan bagi tujuan itu nanti akan lebih berkesan.
Oleh kerana kes denggi membabitkan 'orang' sama ada yang mengidapnya mahu pun yang menjadi punca kepada pembiakan nyamuk Aides dengan gigitan mautnya, maka setiap yang bernama orang di negara tercinta ini kena dilibatkan dan mesti melibatkan diri dalam pereformasian langkah pembasmian dan pencegahan denggi.
Antaranya masing-masing perlu disedarkan dan mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab menjaga kebersihan dan memastikan punca dan faktor yang boleh membantu Aides membiak dimusnahkan kerana tanpa Aides tidak akan ada denggi..
Semua lapisan masyarakat perlu disedarkan bahawa walaupun ajal dan maut seseorang telah termaktub dalam suratan takdir, termasuk punca dan sebab kematian, umpamanya mati kerana denggi adalah kerana ianya memang telah sedia ditentu dan ditetapkan oleh Maha Pencipta, namun manusia dituntut berikhtiar mengelak dari penyakit dan malapetaka.
Diistimewakan dengan pengurniaan akal, manusia di tuntut untuk terus sihat dan babas dari sebarang penyakit kerana setiap penyakit ada ubatnya. Berikhitiar mencegah dari merebaknya penyakit, mengubati penyakit dan berdoa supaya panjang umur adalah sesuatu yang dituntut dan berpahala.
Sebaliknya sengaja mencari penyakit misalnya sengaja masuk ke kandang singa lapar atau sengaja membahayakan diri dalam apa suasana dan dengan cara apa sekalipun adalah dilarang dan berdosa. Membiarkan kesakitan tanpa diubat juga tidak digalakan.
Menjadi faktor dan punca berlakunya malapetaka dan wabak penyakit termasuk dalam pembiakan Aides juga tentulah perbuatan berdosa dan perlu segera bertaubat. Untuk bertaubat dalam kes denggi ialah dengan bertukar dari membiarkan Aides membiak kepada menjadi pembasmi dan penghalang kepada pembiakannya.
Di kalangan umat Islam, mereka kena yakin dan beriman bahawa apabila Allah turunkan sesuatu malapetaka, termasuk merebaknya pelbagai penyakit, secara hikmah dan tersiratnya Allah juga menawarkan bonus pahala kerana kalau kita berikhtiar membasmi dan mencegahnya dengan penuh redha dan kerana hasil ikhtiar kita maka orang ramai akan terselamat dari malapetaka atau serangan wabak penyakit, maka kita akan dapat pahala yang berganda-ganda.
Secara kasarnya membersihkan kawasan persekitaran termasuk mencuci longkang, mengumpul dan menanam tin-tiin kosong dan memusnahkan pelbagai punca yang boleh menjadi ptempat pembiakan Aides nadalah kotor dan kita tidak dapat apa-apa, namun secara tersiratnya ia adalah perbuatan dan kerja suci yang akan dganjarkan dengan pahala.
Tidak ada manusia waras yang tidak kemarukkan pahala. Justeru itu kena ambil dari sudut hikmahnya ekoran peningkatan ketara kes denggi di negara ini dengan masing-masing kena kemaruk, pelahap dan ketagih untuk dapat pahala melalui aktiviti secara individu atau berkumpulan membasmi dan mencegah denggi dan ianya hendaklah berkesinambungan

No comments: