70,000 nelayan terima RM200 adalah antara siri faedah dari kenaikan minyak
TIDAK ramai yang melihat sesuatu musibah atau masalah yang membelit, membelenggu dan merantai mereka dari sudut hikmah di sebaliknya, termasuklah dalam soal yang berkaitan dengan kenaikan harga runcit minyak di negara ini.
Kerana lupa atau kerana tidak tahu atapun sengaja dibuat-buat tidak tahu tentang apa yang terkandung dalam al-Quran bahawa berserta kesusahan akan ada kesenangan dan bersama kesenangan itu pula akan ada kesusahan kerana susah atau senang adalah antara asam garam dan rempah ratus dalam kehidupan, maka soal hikmah dan kebaikan di sebalik kesusahan tidak pernah masuk dalam kepala.
Gara-gara jahil atau sengaja menjahilkan diri demi kepentingan-kepentingan tertentu, maka bila jualan runcit minyak di negara ini naik ekoran subsidi terhadapn bahan bakar itu distruktur semula kerana sebahagian daripadanya terpaksa digunakan untuk menanggung subsidi makanan, ada pihak yang anjur dan sertai demonstrasi serta perhimpunan membantah kenaikan harga minyak.
Soalnya manusia jenis mana yang menyertai demostrasi dan perhimpunan?. Apakah mereka terdiri dari kalangan penoreh getah atau nelayan yang kurang menarik minat banyak pihak untuk membela mereka kerana jika dibela pun apa balasan yang boleh mereka berikan sebagai balasan kepada pembelaan yang dibuat?.
Apakah para penganjur demonstrasi dan perhimpunan pernah mengambil kira dan memperhitungkan nasib para penoreh getah dan nelayan bila merancang sesuatu demonstrasi atau perhimpunan yang kononnya demi kepentingan rakyat dan negara.
Apakah para penoreh boleh menerima harga getah bekun RNM4.50 sekilo dan 70,000 nelayan yang akan menerima bantuan sara hidup RM200 sebulan, malah mereka juga akan menikmati bayaran 10 sen untuk setiap kilo ikan yang didaratkan di pengkalan menjelang hujung bulan depan, kerana nasib mereka pernah dijadikan punca demonstrasi dan perhimpunan raksasa dianjurkan?
Apakah kalau tidak kerana harga runcit minyak naik ekoran dari perstrukturan semula subsidi bahan bakar itu, para nelayan akan bantuan sara hidup RM200 sebulan dan bayaran 10 sen bagi sekilo hasil tangkapan yang didaratkan? Bukankah segala-galanya berlaku merupakan hikmah di sebalik kenaikan minyak. Kalau harga minyak tidak naik, mereka tak akan mereka nikmat seumpama itu.
Saya yakin kalau harga minyak terpaksa dinaikan lagi, tidak mustahil kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak pentingkan populariti dan tidak mempetaruhkan populariti bagi mengekalkan kuasa, akan menghapuskan bayaran TOL untuk lebuhraya-lebuhraya di negara ini yang faedahnya nanti akan dinikmati sama rata oleh seluruh lapisan rakyat.
Pada sayalah mereka yang berdemontrasi dan menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak terdiri dari kalangan yang tidak pernah rasa susah kerana berpayungkan serba subsidi sedangkan kesusahan yang mereka tanggung itu sebenarnya jika ditanggung oleh kaum petani, penternak, penoreh getah dan nelayan adalah merupakan suatu kesenangan dan kenikmatan.
Kalau pun kenaikan harga minyak boleh dianggap membeban dan menyusahkan mereka yang tidak pernah merasa kesusahan itu, maka ianya adalah merupakan kesusahan yang akan wujud bersama kesenangan dan kesenangan yang sedang dinikmati oleh penoreh getah dan nelayan pula adalah yang wujud dari kepayahan yang mereka tanggung sejak zaman berzaman.
Maknanya setiap apa yang berlaku kena tengok dari sudut hikmahnya barulah kita akan menjadi manusa yang sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki, malah akan menjadikan kita sedar bahawa kita tidak ada kuasa mutlak untuk jadi seperti apa yang kita mahu jadi, sebaliknya kita kena akur dengan ketentuan-Nya
Saturday, July 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment