Saturday, July 12, 2008

MUNCUL KEMBALI (35)

BPR perlu berani 'redas' dan 'redah' banteras rasuah

PASTI tidak akan ada yang tidak akan angkat songkok, topi, kopiah dan serban dengan tindakan 'berani' dan 'nekad' Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan kes-kes berprofail tinggi bagi pembanterasan dan pencegahan amalan rasuah.
Pada masa yang sama tidak akan ada mana-mana pihak, termasuk di kalangan pembangkang, apatah lagi kalangan yang pro kerajaan akan memabntah dan mempersoalkan tndakan BPR itu.
Kalau pun ada yang kurang senang dengan tindakan BPR itu, malah yang akan berpeluh dalam bilik berhawa dingin tentulan kalangan yang telah, sedang dan akan terbabt dengan amalan rasuah yang mana rasuah itu sendiri bukan sahaja merupakan satu kesalahan dari sudut prundangannya tetapi ianya adalah amat jijik, keji dan haram di sisi agama.
Tindakan 'berani' dan 'nekad' BPR sebenarnya tidak mencapai ke tahap sekarang yang mana Ketua Polis Negara dan Peguam Negara pun turut disiasat dan ianya tentulah ekoran dari pendirian Datuk Seri Abdul Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri yang sanggup hilang popular.
BPR kena mengambil kesempatan sepenuhnya dari sikap serba terbuka Perdana Menteri untuk melakukan sisatan, penahanan dan dakwaan terhadap sesiapa sahaja, termasuk perdana menteri dan bekas, timbalan perdana menteri, menteri dan bekas, menteri besar dan bekas atau pun anak-anak, menantu, saudara mara serta proksi mereka jika ada unsur-unsur rasuah.
Bagi yang benar-benar tidak bersalah, mereka tidak perlu mengelabah apabila disiasat atau ditahan, didakwa dan dibicarakan kerana yang tidak bersalah tetap akan terlepas dari hukuman dan nama mereka akan akan bersih dan maruah tidak akan tercalar.
Sikap serba terbuka Perdana Menteri juga patut diambil kesempatan oleh BPR untuk 'redas' dan 'redah' dalam memburu, menahan dan mendakwa mereka yang terbabit dengan amalan rasuah atau apa-apa juga penyelewengan

No comments: