Debat Anwar-Sabery: kenapa Pas mesti tikam dari belakang?
WALAUPUN sejam adalah tempoh yang terlalu singkat untuk berdebat tentang kepentingan rakyat dan sebuah negara, namun penganjuran debat AgendaDaily di bawah tajuk 'Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Minyak' yang dipancarkan secara langsung oleh TV 9 adalah suatu langkah bijaksana, berpandangan jauh dan memenuhi kepentingan serta keperluan umum.
Debat yang dimulakan oleh Menteri Penerangan Datuk Ahmad Sabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) patut sering diadakan dengan melibatkan pelbagai tokoh.
Kalau diadakan seminggu sekali lagi baik kerana dengan cara sedemikian, pasti secara tidak langsung keghairahan kalangan tertentu menganjur dan menyertai demonstrasi dan perhimpunan haram akan terbendung dengan sendirinya.
Perdebatan pula tidak hanya patut dihadkan kepada tokoh-tokoh politik sahaja tetapi juga wajar melibatkan penyertaan ketua atau pegawai kanan polis dan sebagainya supaya pihak yang prejudis terhadap sesuatu kementerian, jabatan dan agensi kerajaan akan dapat penjelasan secara langsung.
Soal siapa menang dan siapa kalah tidak timbul kerana saya percaya bukan itu pun matlamat utama penganjur debat Anwar vs Sabery. Kepada mereka yang jumud kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya orang PKR pastilah dianggap hujjah Anwar yang hebat dan Anwar menang dalam debat itu manakala yang jumud kepada Umno/BN akan melihat Sabery lebih hebat dan menang dalam perdebatan berkenaan.
Macam mana pun wabak dan sindrom kejumudan akan bersifat sementara sahaja kerana akhirnya bila rakyat negara ini sering terdedah dengan maklumat dan penghujahan secara langsung dari tokoh-tokoh atau wakil kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang diprejudiskan, akhirnya kejumudan akan cair dengan sendirinya.
Cuma agak janggal sedikit, malah amat malang dan patut dikesalkan ialah apabila Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mustaffa Ali sebagai di antara pemimpin parti dalam PR semacam cuba menikam Anwar dari belakang dengan membuat kenyataan bahawa dalam perdebatan Anwar-Sabery, penasihat PKR itu mewakili diri sendiri, bukannya mewakili pembangkang.
Kenyataan sedemikian pada saya bukan sahaja boleh menggurisi hati Anwar secara peribadi tetapi akan menimbulkan tanya tanda tentang apa agenda Pas atau setidak-tidaknya apa agenda peribadi Mustaffa dengan membuat kemnyataan sedemikian. Apakah Anwar dilhat tidak berkelayakan untuk mewakili pakatan pembangkang?
Juga agak pelik apabila Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdiul Aziz Nik Mat juga semacam cuba mahu mengelak dari kemungkinan berlangsungnya debat Umno-Pas walhal selama ini beliau melalui ceramah dan kuliahnya adalah antara tokoh Pas yang menagih debat atau muzakarah Umno-Pas.
Kercerdikan dan ketokohan Menteri Besar Kelantan itu pasti tercalar pada kacamata rakyat terbanyak apabila beliau menuntut supya cadangan debat/muzakarah datangnya dari akar umbi Umno dan diputuskan oleh Perhimpunan Agung Umno, bukannya dari penyuaraan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Alasannya adalah kesediaan Perdana Menteri bermuzakarrah dengan Pas adalah bersifat pendirian peribadi yang mungkin digunakan untuk mengukuh kedudukan, bukannya datang aripada parti di peringkat akar umbi Umno, bagi saya alasan itu adalah berbentuk prejudis yang jijik lagi cemar.
Al-Quran dan Hadis mana yang Menteri Besar Kelantan pakai sebagai rujukan yang membolehkannya berprasangka buruk terhadap orang lain. Bukankah Datuk Seri Abdullah itu Perdana Menteri yang mana apabila beliau bercakap tentang pemerintahan dan pentadbiran negara serta dasar-dasar kerajaan sama ada dasar dalam atau luar negara tentulah secara otomatik suaranya adalah suara Malaysia..
Apabila beliau bercakap hal-hal yang berkaitan dengan politik, maka dengan sendirinya sebagai Prsiden Umno percakapannya adalah suara Umno, apabila beliau bercakap atas nama Pengerusi Barisan Nasional (BN), maka percakapannya adalah suara BN. Kalau apa yang dicakapkan adalah atas kepentingan peribadi, maka beliau akan sebut pada pendapat peribadinya atau sebagainya.
Samalah juga seperti apa yang Musryidul Am Pas cakap, apa pun yang dicakapkan akan dilihat sebagai suara Pas. Pernahkah Dato' Nik Aziz mendapat persetujuan akar umbi untuk menyuarkan 'Tuhan pun samseng', 'Tuhan juga mencarut' dan beberapa perkataan dan kenyataan yang ada di antaranya tidak dipersetujui oleh kalangan tertentu dalam kepimpinan Pas.
Walaupun saya tidak sehebat Dato' Nik Aziz dari segi ilmu amal dan ketokohan, namun saya berpandangan kenyataan Mustapha Ali dan Dato' Nik Aziz berkaitan dengan soal debat/muzakarah adalah bersifat anti keterbukaan minda yang akhirnya menyebabkan ketokohan mereka akan tercalar.
Sepatutnya dalam keadaan negara yang merlukan komitmen semua pihak untuk bersatu dan bersepakat melawan segala masalah berbangkit, segala yang keruh kena dibuang dan ambil yang jernih. Siri perdebatan dan muzakarah bolehlah dilihat sebagai antara langkah penyulingan agar yang keruh akan menjadi jernih.
Terlalu yakin dengan kealiman dan kezuhudan sendiri sehingga orang lain diprejudis dan tidak ada ketulusan belaka dalam buat dan dan cakapa apun boleh membawa kepada unsur-unsur riak dan takbur yang mana Azazil sendiri asalnya alim tetapi akhirnya menjadi penghuni neraka kerana riak takburnya.
Tuesday, July 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment