Tuesday, July 15, 2008

MUNCUL KEMBLI (37)


Kenapa hanya Petronas


PERSOALAN yang ditimbulkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Mohd. Hassan Marican tentang sumbangan sektor lain dalam ekonomi negara adalah merupakan persoalan yang saya yakin timbul dalam kepala hampir keseluruhan sekitar 28 juta rakyat negara ini.
Pada umumnya rata-rata semacam hanya melihat dan mahu tahu tentang Petronas dan sumbangannya kepada negara. Macam mana halnya pula dengan sektor pembuatan, elekronik, getah, kelapa sawiti dan komoditi-komoditi lain lagi?
Sebanyak mana sumbangan sektor-sektor lain selain dari sektor petrolium yang memberi sumbangan, malah berapa jumlah perolehan dan keuntungan yang diraih setiap tahun?.
Kalau Petronas menyumbang sebanyak RMN67.6 bilion (RM67,600 juta) setahun termasuk RM6 bilion (RM6,000 bilion) dividen khas kepada kerajaan persekutuan tahun ini, berapa pula sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom, Pos dan sebagainya.
Pembayaran RM67.6 bilion adalah merupakan 63.1 peratus daripada keuntungan Petronas bagi tempoh setahun.
Petronas memperincikan bentuk sumbangan yakni dalam bentuk royalti sebanyak RM4.7 bilion (RM4,700 juta), cukai pendapatan petroliumn sebanyak RM20.6 bilion (RM20,600 juta), cukai pendapatan korporat sebanyak RM5.4 bilion (RM5,400 juta) dan duti eksport sebanyak RM2.1 juta (RM2,100 juta).
Macam mana dengan perincian bentuk sumbangan sektor-sektor lain dalam bentuk royalti, cuka penmdapatan komoditi, cukai korporat, duti ekspor dan sebagainya termasuk hasil yang diperolehi dari hasil getah dan sawit.
Adalah terlalu tidak adil kalau Petronas digantungkan segala harapan bagi menergaskan ekonomi negara. Sepatutnya sektor-sektor lain kena ada semangat persaingan sihat untuk nantinya muncul sebagai pnyumbang hasil epada kerajaan mengatasi jumlah sumbangan Petronas setiap tahun.

No comments: