Thursday, July 17, 2008

MUNCUL KEMBALI (38)




Peluang pembaca membeli saham akhirat, MASJID AR-RAHMAH KENALI perlukan RM300,000

DALAM mencipta sejarah penghijrahan demi mempermudahkan perkembangan syiar Islam direalisasikan, Rasulullah s.a.w. membina masjid, yakni rumah Allah sebagai batu tanda kepada letak kerja tugas baginda pada tempat yang dihijrahi.
Masjid itu adalah Masjid Quba yang merupakan masjid pertama yang dibina dalam Islam dan merupakan antara masjid yang besar pahalanya jika umat Islam berpeluang bersembahyang di masjid berkenaan.
Quba yang letaknya kira-kira 10 kilometer dari Kota Yasrib yang kini dikenali dengan Madinah adalah merupakan tempat Rasulullah s.a.w. dan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq berehat selama empat hari setelah melalui perjalanan jauh dan merbahaya merentasi padang pasir dalam penghijrahan dari Mekah.
Baginda dan Sayyidina Abu Bakar dengan dibantu oleh seorang pemuda Yahudi selaku penunjuk arah bernama Abdullah bin Uraiqit sampai di Quba pada 6 Rabiulawwal tahun 1 Hijrah bersamaan dengan 20 September tahun 622 Masehi .
Selepas empat hari berehat dan pembinaan masjid berkenaan selesai, barulah Rasulullah s.a.w. dan sahabat termasuk Sayyidina Ali yang menyusuli baginda dan sempat ikut serta dalam pembinaan masjid Quba, masuk ke Kota Yasrib atau Madinah pada hari Jumaat 13 Rabiulawwal tahun tahun 1 Hijrah bersamaan dengan 25 September 622 Masehi.
Moral dari cerita ini ialah betapa masjid menjadi keutamaan Rasulullah s.a.w. dalam menjalankan tugas dakwahnya dan oleh kerana umat baginda yang ikut sunnah baginda akan terjamin masuk syurga, maka apabila ada pembinaan masjid yang merupakan sunnah baginda, maka setiap umat Islam patut merasa sangat rugi untuk tidak ikut terlibat sama dalam pembinaan sesebuah masjid walaupun di mana sahaja di muka bumi Allah ini.
“Kerana itu kami menggunakan Mingguan Wasilah sebagai wasilah dalam pemakluman kepada umat Islam di Negara ini untuk terlibat sama dalam menyempurnakan pembinaan Masjid Ar-Rahmah Kenali di Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid Ar-Rahmah Kenali, Haji Tajuddin Mamat yang mendakwa pihaknya memerlukan RM300,000 lagi bagi menyiap dan menyempurnakan pembinaan masjid berkenaan.
Katanya, pembinaan masjid berkenaan yang dimulakan sejak dua tahun lepas lebih betsifat menaik taraf dari surau yang sedia ada yang hanya mampu menampung sekitar 100 jemaah kepada sebuah masjid bagi menampung keperluan sekitar 1,000 jemaah dengan 805 darinya adalah pelajar Maahad Ar-Rahmah Kenali di samping 50 orang guru, empat kakitangan sokongan di samping turut menjadi keperluan penduduk sekitar.
Masjid itu dibina dua tingkat berukuran 50 X 60 kaki persegi dan keluasan lantainya adalah 6,000 kaki persegi dengan dilengkapi dengan alat siaraya, sebuah bilik khas (at
tached room) yang berfungsi sebagai perpustakaan bagi menempatkan buku-buku rujukan agama, sebuah bilik operasi bagi badan Dakwah sekolah.
“Kami yakin orang peseorngan, badan-badan kerajaan, badan berkanun, tokoh-tokoh korporat, badan-badan bukan kerajaan akan bantu masalah kami kerana menyumbangkan kepada pembinaan masjid adalah sunnah dan bersifat membeli saham akhirat” tegas Haji Tajuddin.

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Mal;aysia Berhad (BIMB) atas nama Jawatankuasa Pembangunan Masjid Ar-Rahmah Kenali bernombor 03018010103002 atau poskan cek/wang pos berpalang ke alamat Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rahmah Kenali, Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon:019-9848824 (Haji Tajuddin).

---------------------------------------Borang Derma--------------------------------------



DERMA PEMBANGUNAN MASJID AR-RAHMAH KENALI

Tuan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid Ar-Rahmah Kenali Kubang Kerian,


16150 Kota Bharu,


Kelantan.

Nama:………………………………………………………………………………………………………………………………………...............
Alamat:………………………………………………………………………………………………………………………………………..........
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………..Tel………………………………………………………
Email:……………………………………………………………………………
Bersama ini disertakan cek/wang pos (berpalang) atas nama Jawatankuasa Pembangunan Masjid Ar-Rahmah Kenali bernilai dan diniatkan atas nama sedekah jariah untuk:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

T. Tangan………………………………………Tarikh…………………………………………………...

No comments: