Saturday, July 19, 2008
MUNCUL KEMBALI (39)
Bank patut melihat kemahiran dan pengalaman sebagai cagaran pinjaman
SEORANG pemuda kampung saya yang kreatif datang jumpa saya dan kalau boleh mahu pinjam RM10,000 bagi membolehkannya mengeluarkan lebih banyak sejenis alat ciptaan yang sangat ringkas tetapi mampu menjimatkan penggunaan petrol manakala motor atau kereta yang dipasang alat ciptaannya menjadi lebih pick-up.
Beliau yang merupakan seorang mekanik memulakan ciptaannya itu sejak tiga tahun lalu dan selepas mencuba kepada empat buah kereta yang pernah dipakainya sendiri, kini beliau baru mula memasangkan alat yang diciptanya itu pada kenderaan kenalan terdekat.
Purata beliau menerima tempahan pemasangan alat ciptaannya yang belum lagi diberi nama itu pada tiga hingga lima buah kereta setiap hari. Hanya sekali dipasang ianya boleh digunakan sepanjang hayat kereta atau motor.
Untuk memasangkanya tidak perlukan masa yang panjang, tidak sampai pun 20 minit. Tetapi untuk menghasilkannya memakan masa yang panjang kerana pembuatannya menggunakan tangan sepenuhnya.
Dakwanya kalau beliau ada RM10,000, beliau mampu menghasilkan dengan lebih cepat dan banyak alat berkenaan manakala para pemilik kenderaan akan menerima faedahnya kerana pengurangan penggunaan minyak boleh mencecah paling kurang pun sehingga 25%, malah boleh mencecah hingga ke 50% dan 70%.
Bagi kereta motor yang menggunakan petrol, mereka hanya perlu berbelanja RM170 untuk memasang alat berkenaan bagi sepanjang hayat kenderaan. Cuma untuk pemasangan pada V6 harga bayaran dikenakan lebih tinggi sedikit.
Rakan-rakan terdekat yang memasang alat berkenaan pada kereta masing-masing termasuk kereta jenama CRV, Mazda, Proton Wira, Kancil dan Volvo.mendakwa penggunaan minyak lebih jimat dan kereta lebih pick-up.
Ada peniaga berbangsa Cina menawarkan gaji sehingga RM5,000 sebulan dan meminta anak muda kampung saya itu bekerja dengannya, malah ada yang mahu ajak beliau berkongsi membuka perniagaan dengan harga alat ciptaannya akan diprofesionalkan.
Macam mana pun anak muda kampung saya itu menolak kerana katanya tujuan beliau mencipta alat berkenaan adalah bagi membantu mengurangkan bebanan para pengguna kenderaan ekoran kenaikan harga minyak dan beliau bukannya mahu menjadi kaya dengan memanipulasi kesusahan orang lain.
Kalau perniagaan saya sudajh cukup kukuh, mungkin saya boleh pinjamkannya RM10,000 atau lebih kerana ketulusan niatnya itu. Tetapi olehh kerana saya sendiri masih memerlukan pinjaman bagi mencergaskan perniagaan saya yang masih lagi dalam keadaan sesak nafas, saya tidak dapat membantunya
Saya cadangkannya jumpa pihak bank tetapi katanya beliau sudah jumpa pihak pengurusan pelbagai bank tetapi semuanya mahukan cagaran bagi membolehkannya membuat pinjaman dengan jumlah cagaran itu pula kena lebih tinggi nilainya dari jumlah pinjaman yang dipohon.
Katanya, malah pendirian saya juga sama dengan, kalaulah beliau atau pun saya ada harta yang nilainya lebih tinggi dari keperluang dana yang diharapkan, buat apa dibuat pinjaman dengan bank, lebih baik harta yang ada itu dijual.
Pinjaman menjadi perlu dibuat kerana tidak ada sumber lain yang boleh dicari. Cagaran yang patutnya menjadi penilaian adalah kemahiran dan pengalaman dalam bidang yang ingin diniagakan.
Kalau anak muda kampung saya itu berbangsa Jepun, berbangsa Korea atau berbangsa eropah, beliau akan dilihat sebagai eset negara dan instusi kewangan akan berebut-rebut mahu meminjamkan dana kepadanya.
Tetapi keadaan di negara kita jauh berbeza. Instisu keangan fungsinya bukan mahu membantu tetapi lebih bersifat mahu menumpang mendapat laba dari para usahawan yang telah berjaya yang akan diberikan pinjaman mudah sedangkan kalangan yang baru mahu memulakan perniagaan akan dibebani dengan pelbagai syarat yang sangat payah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment