Sunday, July 20, 2008

MUNCUL KEMBALI (40)

BN dan parti-parti komponen kena teladani barisan pimpinan lama

SESUATU ikatan, simpulan dan kerjasama akan menjadi kuat dan mantap, kukuh dan utuh jika ianya dilakukan dengan penuh kejujuran dan toleran.
Ikatan dan simpulan akan terurai, pakatan kerjasama akan terburai jika ada yang berlaku dan jujur dan mengenepikan tolaren.
Demikian halnya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengkomponenkan parti-parti dibawah konsortium yang pasti akan kembali menerima mandat besar selepas mencatat rekod yang agak buruk tetapi belum mencapai tahap terburuk pada pilihanraya umum ke-12 lebih sebulan yang lampau.
Bermula dengan pakatan United Malay National Organization (UMNO) yang ditubuhkan hasil gabungan keahlian kira-kira 41 buah pertubuhan dari negeri-negeri Melayu dan Selat yang mana tarikh lahir resminya adalah pada 11 Mei 1946 dengan MCA (ditubuhkan pada 27hb. Februari 1949) pada tahun 1951 dan diikuti dengan MIC (ditubuhkan pada bulan Ogos 1946) pada tahun 1955, dikenali dengan Perikatan, kini pakatan lebih besar lahir dengan pembentukkan kerjasama bernama Perikatan pada mulanya ditukar kepada BN.
Dalam apa pun perkiraan dan percaturan yang membabitan kepentingan BN dan setiap parti komponennya berdasarkan keperluan dan suasana semasa, namun harapan dan hasrat para penjasa yang mencetuskan pakatan keramat sehingga wujudkan BN tidak patu dikesampingkan.
Harapan Almarhum Tunku Abdul Rahman Petra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyahm Tun Dr Ismail, Allahrahyam Tun Hussein Onn dan tokoh-tokoh lain dari Umno serta Tan Cheng Lock, Encik Khoo Kai Boo, Tan Siew Sin dan beberapa orang lagi tokoh dari MCA di samping John Thivy, Manikavasagam serta beberapa orang tokoh lain dari MIC tidak patut dimuziumkan dan dijadikan sebahagian dari khazanah sejarah negara.
Tokoh-tokoh berkenaan telah menjalin, menyimpul dan membuat pakatan yang sangat jujur dan tolaren demi kepentingan perpanduan dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan pelbagai fahaman agama di negara ini .
Hasil jasa bakti mereka telah menjadi negara ini kekal dalam keadaan aman dan stabil, politik, ekonomi dan keselamatannya yang menjadi tanggungjawab pimpinan hari ini serta pendukung dan penyokong BN dan parti-parti komponen memastikan rakyat dan negara menerima khidmat yang lebih baik, bukannya lebih buruk dari apa yang mereka telah khidmatkan.
Kerana kesempurnaan jalinan, simpulan dan pakatan serta tolaren yang diasaskan oleh tokoh berkenaan juga, maka BN atau asalnya Perikatan terus kukuh dan utuh menerima mandat majoriti rakyat untuk terus mewarnai dan mencorakkan negara ini dengan corak dan warna pemerintahan yang menselesakan rakyat dan negara.
Sebarang pencabulan atau percubaan untuk menitikkan setitis nila bagi merosakkan susu sebelanga berhubung dengan kesempurnaan jalinan, simpulan, pakatan , kerjasama dan tolaren yan telah menjadi teras dan asas kekuatan BN sejak sekian lama kena dianggap sebagai perlakuan anasir subversif yang kena diperang sebagaimana kegiatan komunis pada era keaktifannya kita perangi.
Parti-parti komponen kena meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi dari kepentingan parti politik dan kepentingan puak atau tokoh tertentu kerana rakyat selaku pemberi mandat melalui kuasa hak mengundi akan hanya terus memberi sokongan jika BN diapati masih kekal berada pada takah perpaduan yang utuh, jujur dan tolaren di kalangan para anggota komponennya.
BN menghadapi saat genting, termasuk kalah teruk di Kelantan pada pilihanraya umum ke-8 tahun 1990 dan pihak pembangkang menang mewah pada pilihanraya umum ke-10 pada tahun 2000 pada plihanraya umum ke-12 bukan kerana lawan kepada BN kuat kerana parti lawan tidak pernah kuat di negara ini, tetapi ianya dikeranakan perpaduan dan kerjasama di kalangan parti-parti komponen agak longgar dan kurang tolaren semasa kedua-dua pilihanraya itu berlangsung.
Jika peristiwa seperti 1990, 2000 dan 2008 (PR-12) masih juga berulang, mahu tidak mahu BN pasti akan menghadapi pelbagai masalah malah, kesempurnaan jalinan, simpulan dan pakatan serta tolaren yang diasaskan oleh tokoh yang menyumbang kepada penubuhan Perikatan dan seterusnya BN akan hancur musnah dan negara akan purak-poranda.

No comments: