Tidak ada sebab untuk tidak bersetuju muzakarah Umno-Pas
ANEH dan luar biasa bila Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak/tidak bersetuju muzakarah Pas-Umno diadakan, malah Menteri Besar Kelantan itu menegaskan kalau pun muzakarah itu perlu sangat diadakan, kena tunggu selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang..
Saya kata aneh dengan pendirian, pandangan, komen dan respon Nik Abdul Aziz kerana usaha ke arah mengadakan muzakarah itu bukan sahaja sedang dilakukan secara proaktif oleh Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang secara sendirian, tetapi juga digerakkan oleh barisan pemimpin Pas yang lain.
AntaranyaTimbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Dato' Mustafa Ali dan Ahli Parlimen (Pas) Shah Alam, Abdul Khaled Samad yang telah pun mengdakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno dan merupakan anak kepada antara pengasas Pas.
Malah, Presiden Pas sendiri mendakwa dan menegaskan bahawa usaha Pas mengadakan muzakarah dengan Umno demi perpaduan umat Islam di negara ini telah mendapat restu Majlis Syura Ulama' Pas.
Apakah kedudukan Presiden Pas itu sendiri lebih rendah dari jawatan Mursyidul Am yang mana Mursyidul Am boleh untuk tidak bersetuju dengan keputusan presiden dan boleh juga untuk tidak bersetuju dengan Majlis Syura Ulama Pas?.
Sebenarnya yang lebih tahu tentang susun perjawatan dalam Pas sama ada Mursyidul Am lebih beryasa dari Presiden dan Majlis Syura Ulama atau Mursyidul Am juga ada kuasa dan suara veto untuk tidak bersetuju dengan ketetapan sebulat suara yang dibuat oleh parti, adalah orang Pas sendiri.
Kalau keputusan sebulat suara parti adalah muktamad dalam peraturan dan undang-undang tubuh Pas, maka tindakan Mursyidul Am Pas yang tidak bersetuju muzakarah Pas-Umno diadakan yang mana kertidak-bersetujuannya itu telah dinyatakan secara terang-terangan melalui media cetak dan elektronik, apakah tindak tanduk dan tingkah lakukannya itu menjadi bertentangan dengan perlembagaan parti?.
Persoalan yang timbul ialah kenapa Nik Abdul Aziz tidak bersetuju dengan cadangan muzakarah Pas-Umno dan seramai mana di kalangan pendukung dan penyokong Pas yang ikut sama tidak bersetuju, sedangkan Islam menggalakkan sebarang pertelingkahan di selesaikan di meja rundingan.
Bukankah Islam menganjurkan agar sikap berbaik sangka dan saling maaf memaafkan, malah kalau melakukan dosa sebesar mana pun disuruh bertaubat dan memohon keampunan dari Allah tanpa sebarang rasa putus asa atau kecewa?
Katakanlah Umno ada melakukan kesalahan dan melakukan dosa, seandainya melalui muzakarah itu nanti Umno akan sedar kesalahannya dan terbuka pintu hatinya untuk bertaubat nasuha dari dosa-dosa masa lampaunya, bukan menggagalkan usaha untuk diadakan muzakarah itu satu perbuatan hatam dan berdosa?.
Anadainya Umno berada di sebelah yang benar, maka tentulah Pas yang berada di sebelah yang silap. Oleh itu supaya rakyat boleh membuat penilaian dan membuat pemilihan yang benar-benar tepat dalam pilihanraya, maka tidak ada sebab untuk muzakarah Pas-Umno tidak dipersetujukan, apatah lagi kalau cuba dihalang.
Saya yang jarang bersetuju dengan pandangan dan buah fikiran Ahli Parlimen (Bebas) Pasir Mas Datuk Haji Ibrahim Ali, menjadi sangat bersetuju dengan pandangan beliau merujuk kes Anwar supaya berani kerana benar, takut kerana salah.
Bila dikaitkan dengan kes muzakarah Pas-Umno, saya nampak bila NIk Abdul Aziz melahirkan rasa bimbang muzakarah itu nanti akan membawa kerosakan kepada Pas, Mursyidul Am Pas itu semacam dikejar bayang-bayang ketakutan dan kerisauan yang teramat sangat.
Soalnya kenapa beliau takut dan ragu sedangkan Nik Abdul Aziz sering nyatakan bahawa Umno ditentang bukan kerana namanya Umo tetapi kerana dasarnya. Bukankah melalui muzarah, maka segala apa yang menjadi dasar Umno yang bercanggah dengan Islam boleh dinyatakan secara bersemuka dan Umno pula boleh mengemukakan hujjah balasnya.
Bagi saya ketidak-bersetujuan Nik Abdul Aziz itu bukan datang dari lubuk hatinya sendiri tetapi beliau telah diberi nasihat yang tidak betul dan sekali gus beliau telah diberi maklumat yang tidak tepat tentang tujuan muzakarah.
Jika beliau kekal dengan pendiriannya itu, saya yakin bukan Pas yang akan rosak tetapi nama baik, wibawa, prestasi dan reputasinyalah yang akan punah ranah kerana beliau seorang yang dilihat sangat berilmu, tiba-tiba boleh tidak bersetuju dengan suatu usaha yang diketahui umum sangat digalakan oleh Islam, yakni bermuzakarah untuk mencari dan membetulkan kesilapan setelah melalui proses perbincangan secara ilmu dan profesional
Tuesday, July 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment