skim bantu kakitangan awam tambah pendapata
HAKIKATNYA BERNIAGA BUKAN SEPERKARA YANG MUDAH
PASTI ramai di kalangan kakitangan awam yang gembira menyambut pengumuman Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menyediakan pinjaman mudah tanpa cagaran sehingga RM50,000 bagi membantu golongan berkenaan yang ingin berniaga secara kecil-kecilan untuk menmabah pendapatan.
Teorinya nampak mudah. Kalau diambil keuntungan sebanyak 20 peratus daripada jumlah pinjaman itu setiap bulan, maka peminjam akan mendapat laba RM10,000 sebulan, di tolak bayaran balik pinjaman sebanyak RM2,000 dapat sekitar 8,000 sebulan atau sekitar RM266 sehari, satu pendapatan yang lumayan.
Tetapi hakikatnya berniaga itu sendiri tidak semudah yang dikhayalkan. Ianya tidak semudah makan gaji yang mana kebanyakan pemakan gaji boleh duduk goyang kaki bilang hari, cukup bulan angkat gaji. Pernigaan terdedah kepada untung rugi.
Berdasarkan pengalaman saya yang pernah berkhidmat dengan swasta dan kemudiannya dengan perkhidmatan kerajaan dan kini menceburi bidang perniagaan sepenuh masa, bidang perniagaan jauh lebih payah dari makan gaji. Semasa bekerja, saya sudah berniaga sejak tahun 1982 yakni kira-kira 26 tahun yang lampau.
Bersandarkan pengalaman 25 tahun dan dibantu oleh kalangan sisawazah yang memiliki ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan di samping pemegang ijazah dalam bidang yang menjadi perniagaan utama saya, namun saya tetap berdepan dengan pelbagai kesukaran, malah sangkaan saya bahawa bila berniaga saya akan lebih banyak masa untuk keluarga berbandng dengan makan gaji jauh meleset.
Bagi kalangan mereka yang lebai dan alim, barangkali mereka akan bangun selepas pukul 12.00 tengah malam untuk bersembahyang malam mendekati diri dengan Allah, tetapi kepada peniaga, mereka terpaksa bangun akan mencari jalan bagaimana untuk selesaikan masalah perniagaan. Itu yang saya alami sehinggakan jadual masjid saya terganggu.
Prniagaan bukannya boleh dijadikan kerja sambilan kerana ia memerlukan komitmen. Oleh itu keputusan kerajaan untuk memberi pinjaman mudah RM50,000 kepada kakitangan awam perlu dikaji semula kerana jika ianya akan menambahkan lagi bilangan rakyat negara ini yang diisytiharkan muflis setelah ramai yang muflis gara-gara penggunaan kad kredit.
Lagi pun jumlah RM50,000 bukanlah satu angka dana yang boleh selesaikan masalah, sebaliknya ia akan memungkinkan kepada bertambahnya masalah. Apatah lagi kepada kakitangan awam.
Apakah tidak mungkin kalau dapat pinjaman RM50,000, isteri tak akan minta belikannya barang kemas, tukar perabot dan yang lazimnya bermotosikal akan diminta pakai kereta. Itu tak diambil kira kerenah anak-anak lagi. Aakhirnya perniagaan entah ke mana, gaji pula terpaksa dipotong untuk bayar balik pinjaman. Padahnya hidup susah bukan bertukar jadi senang tetapi akan menjadi brtambah susah lagi.
Tidak akan ada orang yang mampu buat dua kerja sekaligus. Oleh itu seandainya kerajaan, terutama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mahu bantu, jangan sediakan pinjaman tanpa cagar RM50,000 yang bukannya satu jumlah yang besar untuk dana perniagaan, sebaliknya tawarkan RM500,000, RM5 juta, RM50 juta, RM500 juta atau RM1 bilon dengan mana-mana kakitangan awam yang berminat atau ada bakat berniagaan berhenti dari kerja makan gaji dan tumpukan kepada perniagaan.
Apabila berniagaan dengan jumlah modal yang besar, apatah lagi modal yang dimliki melebihi keperluan, dengan sendiri sesebuah perniagaan itu tidak gagal, malah bila wang banyak sebodoh mana pun seseorang itu akan bertukar menjadi cerdik dan kreatf dalam menguruskan perniagaan.
Daripada mencpta masalah baru untuk melahrikan lebih ramai yang akan muflis dengan memberikan pinjaman mudah tanpa cagar kepada mereka yang belum ada pengalaman dalam urusan perniagaan, lebih baik dicari mereka yang muflis dan pernah gagal dalam perniagaan, diberi pinjaman mudah tanpa cagar dengan jumlah modal niaganya pula dipastikan melebih jumlah yang diperlukan, pasti dengan pengalaman pernah gagal yang dialami, mereka akan dapat membentuk diri menjadim usahawan yang berjaya.
Dengan cara itu masalah muflis akan dapat diatasi dan sekaligus ianya akan membantu mencergaskan prcambahan ekonomi negara.
Tuesday, July 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment