Wednesday, July 23, 2008

MUNCUL KEMBALI (43)

Sejauh mana polis dihargai

TIDAK ramai di kalangan kita yang tahu bahawa hari ini 24 Julai, 2008 adalah genapnya 50 tahun pasukan polis di negara ini dikurniakan gelaran 'Diraja' oleh Yang Dipertuan Agung yang pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhmmad, pada 24 Julaid 1958 yang lampau.
Malah ramai di kalangan kita yang tidak tahu bahawa insitusi kepolisian polis moden di negara ini telah pun berusia 51 tahun sebelum ianya dikurniakan gelaran Polis Diraja Malaya (kini Malaysia atau ringkasnya PDRM menjadikan usianya kini menjankau 101 tahun.
Untuk rekod, Insitusi kepolisian modern bermula pada 25 Mac, 1807.
Selain mengawal ketenteraman awam, sebelum termeterainya Perjanjian Damai Kerajaan Diraja Thailand-Parti Komuns Malaya-Kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1969 di Hadnyai, Selatan Thai, nyawa anggota polis turut terancam oleh kegiatan bersenjata komunis.
Dengan seramai 1,346 pegawai dan anggota polis termasuk 511 polis biasa, 593 polis khas dan 242 polis tambahan terkorban dan seramai 1,601 tercedera sepanjang pasukan bersenjata komunis aktif bukanlah merupakan satu angka yang kecil kematian dan kecederaan yang kecil.
Malah sehingga kini pun anggota dan pasukan polis masih terdedah kepada ancaman maut oleh penjenayah bersenjata di samping turut terdedah kepada kemungkinan tercedera oleh mereka yang menyertai demontrasi jalanan dan perhimpunan haram.
Dalam pada itu polis juga terpaksa berdepan dengan kerenah lebih dua juta pendatang asing yang berada di negara ini yang secara tidak langsung mencecah angka hampir lebih sepuluh peratus daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia yang pada ketika ini dianggarkan berjumlah kira-kira 28 juta.
Jumlah pendatang asing itu pula sebenarnya berganda-ganda jumlahnya lebih besar dari jumlah anggota polis yang bertanggungjawab mengawal daratan, lautan dan udara negara.
Mengikut statistik pihak polis menunjukkan ramai pendatang asing terbabit dalam pelbagai jenayah kekerasan dan harta benda di negara ini, termasuk terbabit dalam kes bunuh, samun bersenjata, curi motosikal, pecah rumah dan ragut.
Bilangan paling ramai melakukan jenayah atas nama rakyat asing di negara ini adalah warga Indonesia, disusuli oleh Bangladesh, Singapura, Thailand dan Myammar dengan catatan kes jenayah yang membabitkan rakyat asing menunjukkan lonjakan yang dikatakan amat ketara dan membimbangkan.
Tidak mudah bagi polis untuk mengawal 1,215,036 warganegara Indonesia yang berada di negara ini yang pastinya dengan 1,215,036 ragam mereka.
Begitu juga 200,220 warganegara Nepal dan 200,220 ragam, 139,716 warganegara India dengan 139,716 ragam 92,020 warganegara Myammar dengan 92,020 ragam mereka.
Juga tidak mudah untuk polis mengawal dan memantau 85,835 warganegara Vietnam dengan 85,835 ragam, 58,878 warganegara Bangladesh dengan 58,878 raman, 22,080 warganegara Filipina dengan 22,080 raman, 15,021 warganegara Pasiktan dengan 15,021 ragam, 7,282 warganegara Thailand dengan 7,282 ragam, 5,076 warganegara Sri Lanka dengan 5,076 ragam, 6,637 warganegara Kemboja dengan 6,637 ragam dan 2,262 warganegara lain-lain negara dengan kepelbagaian ragam.
Walaupun jenayah yang dilakukan mungkin membabitkan sesama warganergara bagi negara-negara berkenaan atau pun membabitkan warganegara lain yang sama-sama menumpang mencari rezeki di negara ini, ianya tetap menjadi masalah kepada negara ini dan menambah kerja dan membebankan polis kita dalam menanganinya.
Lebih-lebih lagilah kalau yang dijadikan mangsa jenayah adalah warganegara ini sendiri.
Peningkatan kadar jenayah yang disumbangkan oleh pendatang asing ekoran pertambahan bilangan mereka menjadi suatu fenomena yang boleh mengancam keselamatan negara, penduduk tempatan dan ketenteraman awam serta menambahkan tugas pihak polis.
Oleh kerana itu bukan sahaja polis yang kena memandang berat dengan pertambahan bilangan pendatang asing di negara ini tetapi seluruh negara negara patut turut sama memandang berat dan memberikan segala kerjasama dalam membantu mencegah jenayah oleh pendatang asing.
Antara kerjasama yang boleh diberikan ialah dengan mengurangkan pada kadar seminima mungkin keterlibatan dalam perlakuan jenayah, demonstrasi jalanan, perhimpunan haram dan sebagainya di samping pada masa yang sama kena secara proaktf membantu polis cegah dan banteras pendatang asing dari melakukan jenayah sama ada besar atau kecil sebagai tanda kita menghargai jasa dan pengorbanan polis yang menjaga dan memelihara keamanan negara serta ketenteraman awam

No comments: