Umno-Pas bersemuka: nama tidak terlalu penting, tujuan murni kena direalisasikan
SEBAGAI pembuka kata, saya ingin menegaskan ketidak-bersetujuan saya, malah saya yakin ramai di kalangan pimpinan dan ahli Pas sendirti yang kurang bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Umno dibubarkan dan diganti dengan penubuhan parti baru.
Sebagai seorang yang bukan aktivis mana-mana parti politik, saya melihat cadangan Nik Abdul Aziz itu lahir dari rasa angkuh dan takburnya sebagai seorang manusia yang tidak 'maksum' ekoran dari kerana beliau terlalu ditaksubi sehinggakan ke peringkat seakan sampai ke peringkat 'memberhalakan' sesama manusia oleh para penyokong fanatiknya.
Cadangannya itu juga sudah bersifat 'cuba berak dan kencing' dalam rumah orang lain oleh Nik Abdul Aziz yang semacam merasakan tidak ada pendapat orang lain yang mampu mengatasi pendapatnya, tidak ada tokoh lain yang boleh mengatasi ketokohannya, tidak ada orang lain yang layak menegur dan memperingatkannya.
Nik Aziz juga semacam menampakkan betapa usaha untuk mengadakan muzakarah atau yang Nik Aziz sendiri mahu ditukar namanya kepada 'Muqabalah' kalau boleh tidak akan direalitikan walaupun usaha untuk bermuzakarah dengan Umno itu datang dari pimpnan Pas sendiri dan direstui pula oleh Majlis Syura Ulama Pas, kecuali Nik Azis selaku Mursyidul Am.
Kenapa Nik Aziz keberatan sehingga sanggup tunjuk belang kuasa dan pengaruh vetonya dalam Pas dengan menukar nama dari 'muzakarah' kepada 'muqabalah', tidak ada siapa yang tahu kecuali Allah dan beliau yang tahu akan tujuan dan maksudnya..
Bagi saya nama tidak terlalu penting sama ada 'muzakarah' atau pun 'muqabalah'. Yang kena diutamakan adalah tujuan murni muzaarah atau muqabalah diadakan. Kalau matlamatnya untuk kepentingan Islam, rakyat dan negara, maka matlamatnya adalah sangat murni dan tidak wajar dibantut dan dihadang.
Pas tidak boleh mendabik dada mengatakan perjuangan, dasar dan pendekatannya selari dengan Islam, dengan al-Quran dan Hadis kalau hanya kerana namanya Pas yang hanya wujud pada tahun 1951.
Pimpinan dan orang Pas kena terrima hakikat kalau parti sahaja Islamik sedangkan majoriti pemimpin, ahli, pendukung dan penyokongnya banyak berbuat mungkar, mereka tetap akan masuk neraka walaupun apabila mati nanti dikapan dengan bendera Pas sekali pun.
Kopiah dan serba bukan tiket untuk ke syurga, apatah lagi lambang dan keanggota politik kepartian, sebaliknya iman dan taqwalah yang membawa ke syurga dan hak untuk beriman dan bertaqwa bukan milik mutlak orang Pas, ianya hak semua manusia dan jin.
Oleh itu pimpinan, ahli, penduung dan penyokong Pas tidak boleh leka dan taksub dengan politik kepartian sehingga melihat parti, pimpinan parti dan diri sendiri sahaja yang Islamik sehingga bila diajak bermuzakarah pun cuba dielak dengan macam-macam dolak-dalih., malah sanggup melanggar adab dan adat meminta agar parti lain dibubarkan.
Bagi saya kalau orang Pas anggap pimpinan parti mereka sahaja yang betul dan dalam barisan kepimpinan Pas itu pula hanya Nik Aziz sahaja yang sentiasa betul, mereka sebenarnya melakukan kesilapan yang amat besar.
Yakinlah di neagara ini ada berjuta manusia lagi yang lebih berilmu dan lebih alim dari Nik Aziz dan mereka tidak pula cuba mempublisiti tentang keilmuan, kealiman dan ketaqwaan mereka dan di antara mereka itu tidak mustahil berada dalam Umno.
Justeru itu cadangan mengadakan muzakarah Umno-Pas adalah merupakan antara suatu usaha yang patut diberi sokongan moral agar menjadi realiti tanpa sebarang prejudis supaya segala masalah yang kurang jelas dapat disemuka dan dperdebatan berlandaskan ilmu.
Kalau betullah Pas lebih Islamik dan peimpinan dan kulaiti keahliannya benar-benmar selari dengan Islam, dengan al-Quran dan Hadis, parti itu tidak perlu dibubar sebagaimana yang dicadangkan oleh Nik Aziz, sebaliknya ianya akan terbubar dengan sendiri apabila tidak ada yang sanggup memimpn dan menjadi ahlinya kerana orang Umno pun orang Islam yang tidak akan sanggup kekal sebagai pemimpin dan ahli Umno kalau sah kerana menjadi pemimpin dan ahli Umno mereka akan masuk neraka.
Untuk itu Nik Aziz dan koncu-koncunya jangan cuba menggunakan ketaksuban majoriti ahli Pas terhadapnya untuk menghalang muzakarah yang merupakan antara yang dianjurkan oleh Islam bila wujud ketidak-sefahaman antara sesama umat Islam.
Bagi saya daripada membenarkan demontrasi jalanan dan perhimpunan haram, adalah lebih baik kalau usaha untuk diadakan 'muzakarah' atau 'muqabalah' dipastikan menjadi kenyataan kerana berbanding antara demostrasi/perhimpunan haram dengan muzakarah/muqabalah, bagi saya muzakarah atau muqabalah adalah lebih Islamik sifatnya.
Saturday, July 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment