DAP - Pas tak mungkin boleh sepakat
DALAM apa keadaan, suasana dan keperluan sekali pun antara DAP dengan Pas tidak mungkin boleh sepakat, malah keduanya bukan sahaja berlainan mimpi tetapiuntuk tidur sebantal dan seselimut pun tidak boleh.
Ini adalah kerana Pas mendukung, mngelek dan menjunjung misi Islamik sedangkan DAP anti Islam, malah Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah menegaskan kena langkah mayat beliau dulu kalau negara ini ingn diperintah secara Islam.
Maka tidak hairanlah apabila Pas merancang bermuzakarah atau bermuqabalah dengan Umno, pengerusi DAP itu mula berlagak dan berkelauan macam gajah naik minyak.
Kalau Pas tidak merancang bermuzakarah/bermuqabalah dengan Umno pun, DAP tetap tidak akan dapat duduk semeja untuk tempoh yang agak lama dengan Pas kerana misi keduanya tidak pernah sama dan keduanya tidak akan sehaluan.
Beza Pas dengan DAP umpama langit dengan bumi sedangkan beza antara Pas dengan Umno hanya umpama air laut yang masin dengan air sungai yang tawar yang keduanya jika dicampur dan melalui proses penyulingan, akhirnya akan dapat dijadikan air minuman.
Bangang, bahlol dan tolol benarlah bagi pimpinan atau ahli Pas yang lebih yakin kepada keikhlasan DAP berbanding dengan Umno dalam mengadakan apa-apa bentuk kerjasama demi negara, apatah lagi demi agama dan bangsa.
Kerana itulah kerap kali saya menulis melalui pelbagai medium bahawa perbalahan antara Umno - Pas biarlah sekakat kerana percanggahan tatacara dan pendekatan politik dan jangan terlalu didorong oleh politik kepartian yang tidak melabakan kedua-dua belah pihak.
Sedih pun ada lucu pun ada apabila pimpinan Pas pernah menwarwarkan ketua menteri daripada DAP mahu menjadi pemimpin sezuhud Umar Ibnu Abdul Aziz sedangkan syarat utama untuk jadi zuhud itu sendiri kena Islam dan beriman serta bertaqwa.
Kerana terlalu taksub kepada politik kepartian, adakalanya orang Pas bolrh lupa bahawa dalam Umno adalah saudara seagama sehingga sanggup dicincang habis-habisan dalam ceramah, forum dan sebagainya.
Demikian juga dengan orang Umno dalam melancarkan permusuhan politik kepartian terhadap Pas, mereka boleh lupa bahawa mencerca dan prejudis terhadap saudara sebangsa dan seagama samalah seperti membaham daging saudara sendiri.
Orang Pas dan Umno tidak patut lupa kepada kata-kata pesaka peninggalan orang tua yakni 'air dicincang tidak akan putus', 'carik-cark bulu ayam akan bercantum kembali' serta 'sebusuk-subuk daging akan dibasuh dan dimakan jua' dan banyak lagi kata-kata yang semacam memperingatan kita agar sentiasa berpada-pada.
Kata-kata keramat yang disebut itu membawa erti bahawa sesama sebangsa, seagama dan senegara tanpa mengira apa bangsa dan fahaman agama kena berpada-pada dalam bermusuhan, termasuk bila bermusuhan membabitkan ketidak-sefahaman dalam berpolitik.
Muzakarah/muqabalah Umno-Pas adalah merupakan merupakan antara usaha yang sangat murni yang patut diteladani seterusnya oleh parti-parti lain sama ada ianya parti yang mewakil bangsa Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah/Sarawak.
Hakiktanya perbalahan dan percanggahan yang melampau tidak banyak membawa faedah tetapi lebih berpotensi menyumbang padah. Lagi pun bermesyuarah dan saling bermaafan adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam
Sunday, July 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment