Tawaran bentuk kerajaan baru Umno-Pas di Perak, penawar dan penerima tawaran patut ambil serius
TIDAK guna kalau sekadar menang sorak kampung tergadai. Demikian halnya dengan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Hanya dengan tokoh dari Pas menjadi Menteri Besar sedangkan barisan exco yang menjadi suara majoriti dalam mesyuarat exco milik orang lain, mahu tidak mahu akhirnya rakyat selaku pemberi mandat akan memberi pandangan negatif bukan hanya kepada kerajaan Perak tetapi juga pada Pas keseluruhannya.
Justeru itu apabila Umno yang mempunyai 27 kerusi menawarkan kerjasama kepada Pas untuk mewujudkan kerajaan di Perak dengan jawatan menteri besarnya tetap dipegang oleh Pas, maka amat tidak cerdik benarlah Pas kalau menolaknya.
Apa yang diharapkan, demi kepentingan ummah, masing-masing kena ketepikan keegoan dengan kefahaman dan anutan parti politik masing-masing dengan kedua-dua pihak yakni penawar dan penerima tawaran kena ambil serius kerana Pas dengan Umno ibarat satu anggota badan, apabila dicubit paga kiri paha kanan akan turut sama merasa sakitnya.
Yang kena difikirkan dan dipekirakan oleh pimpinan Pas dan Umno ialah apa faedah yang agama, bangsa, negara dan masyarakat majmuk dapat bagi jangka pendek dan jangka panjang hasil dari permainan politik mereka.
Kalau antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia boleh meterai perjanjian damai dengan PKM memberhentikan perjuangan bersenjata mereka, apakah ketidak sehaluan Umno-Pas lebih hebat dan teruk dari perbezaan alirah fahaman PKM dengan Kerajaan Malaysia.
Jangan setelah kita jadi macam Palestin, Iraq, Afghanistan dan negara-negara di Rantau Balkan baru kita baru mahu memulakan gerakan mempersatu-padukan ummah kerana jika sampai ke tahap itu nanti, kerja untuk mensedarah-sedenyut-nadikan akan menjadi tidak mudah lagi.
Oleh itu tawaran Umno Perak patut dilihat secara positif dan elakkan dari sebarang prejudis, apatah lagi jika tawaran dibuat atas nama kepentingan agama, bangsa, negara dan masyarakat majmuk di negara ini.
Seandainya Pas menerima tawaran itu, maka Kerajaan Perak akan berkerajaan negeri dengan kelebihan lebih banyak kerusi yakni 28 kerusi Umno + 6 kursi Pas + 1 kerusi MCA = 36 berbanding dengan PR dengan 18 kerusi DAP + 7 kerusi PKR = 25 kerusi, menjadikan kelebihan kerusi sebanyak 11 kerusi.
Saya yakin seandainya Pas Perak menyahut tawaran Umno negeri itu, sebilangan besar daripada wakil rakyat PKR akan tinggalkan PKR dan menyertai kerajaan campuran, malah apa yang berlaku di Perak akan menjadi ikutan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan
Monday, July 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment