Tuesday, July 29, 2008

MUNCUL KEMBALI (47)

Pelik bila ada aktivis Pas tolak perdamaian

SAYA yakin bukan sahaja saya tetapi majoriti rakyat negara ini, termasuk majoriti pendukung dan penyokong Pas terkejut, tergamam, kaget dan pelik dengan sikap segelintir aktivitis Pas yang nampaknya menentang dan menolak dengan penuh prejudis ajakan Umno Perak supaya Pas bekerjasama dengan parti itu membentuk kerajaan baru di negeri berkenaan.
Penolakan itu pada saya bercanggah dengan ayat 58 hingga 70 surah An-Nisa' dan untuk membersihkan hati dari sebarang prasangka berhubung tawaran itu, ayat 33 hingga 40 Surah An-Nisa' patut dijadikan rujukan oleh mereka yang menolaknya.
Kemuncak kepada ketidak-bersetujuan itu diterjemahkan dengan tindakan dua kawasan (laporan media menyebut dua cawangan adalah tidak tepat) Dewan Pemuda Pas di Kelantan telah membuat laporan polis terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak yang juga bekas menteri besar negeri berkenaan, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali kononnya tawaran yang dibuatnya itu berunsur rasuah.
Dewan-dewan pemuda Pas (yang secara peribadi penulis anggap pimpinannya tak berapa sega-mana) itu ialah Dewann Pemuda Pas Kubang dan Dewan Pemuda Pas Kota Bharu yang mana laporan dibuat oleh ketua dewan pemuda bagi kedua-dua kawasan.
Kerana didorong oleh rasa terkejut dan pelik dengan tindakan kedua-dua dewan pemuda kawasan tersebut, penulis mengambil masa semalaman malam tadi bagi menyemak 2028 terjemahan hadis dalam kitab Terjemahan Hadis Shahih Bukhari jilid I, II, III dan IV serta 2521 lagi hadis dalam kitab Terjemahan Hadis Shahih Muslim I, II, III dan IV untuk mencari jawapan kepada kenapa ada aktivis Pas yang tolak mentah-mentah tawaran itu.
Dalam semakan itu saya temui lapan hadis yakni hadis nombor 1246 hingga nombor 1254 dalam kitab Terjemahan Hadis Shahih Bukhari jilid I, II, III dan IV mengenai tuntutan perdamaian. Yang jelas penolakan yang dibuat oleh segelintir aktivitis Pas itu bercanggah dengan apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadis baginda.
Manakala untuk panduan menjadi pemerintah yang selari dengan Islam ada 131 buah hadis dalam kitab yang sama yakni hadis nombor 1897 hingga nombor 2028. Hadis-hadis berkenaan patut dihafal oleh setiap orang pemimpin beragama Islam tidak kira dari parti mana pun mereka.
Dalam kitab Terjemahan Hadis Muslim yang mengndungi 2521 hadis pula, saya dapati pelawaan Umno Perak itu selari dengan banyak hadis dibawah kategori Kebajikan, Silatur-rahim Dan Adab yang kesemuanya berjumlah 100 hadis yakni hadis nombor 2177 hingga nombor2277.
Manakala untuk menjadi pemimpin yang selari dengan Islam pula, dalam kitab hadis yang sama terdapat 93 hadis dibawah kategori pemerintah yakni dari hadis nombor 1787 hingga hadis nombor 1880.
Justeru itu sukar untuk saya, malah pastinya majoriti rakyat negara ini juga dan majoriti di kalangan pendukung dan penyokong Pas sendiri untuk tidak merasa terkejut, tergamam, kaget dan pelik kenapa segelitir aktivitis Pas boleh menolak dengan penuh prejudis tawaran perdamaian Umno, malah sehinggakan dibuat laporan polis dengan alasan tawaran itu ada unsur rasuah.
Saya juga agak terperanjat apabila Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan oleh sebuah akhbar harian yang dipetik sebagai berkata 'Pas anggap Pelawaan Jerat Politik' merujuk kepada tawaran Umno Perak kepada Kerajaan Pakatan Rakyat untuk bekerja sama membentuk kerajaan baru di negeri berkenaan.
Soalnya selari dengan Islamkah penolakan kerjasama itu dan apa kelebihan 'keladunian' Mursyidul Am Pas itu untuk melihat apa yang terkandung dalam hati Datuk Seri Tajol Rosli dalam membuat tawaran itu sama ada ianya suatu jerat atau suatu tawaran yang ikhlas demi kepentingan agama, rakyat dan masyarakat majmuk di negeri berkenaan.
Macam mana kalau ianya ikhlas dan bukan satu jerat? Lagi pula kalau Tajol Rosli atau Umno Perak berniat jahat, apa kuasa yang Tajol Tosli dan Umno Perak ada untuk melawan ketentuan Allah yang pasti akan berpihak kepada Pas kalau menerima tawaran itu dengan penuh kejujuran dan berserah kepada Allah untuk babas dari sebarang tipu muslihat.
Yang tergambar dalam kepala saya apakah Tajol Rosli dan Umno lebih maha penentu dari Allah Yang Maha Penentu kalau beliau ada udang di sebalik batu ketam di sebalik kayu mengiringi tawaran itu? Jahil-tukil sangatkah manusia bernama Tajol Rosli?
Saya cuba semak terjemahan 6,256 ayat al-Quran yakni 4,780 ayat yang diturunkan di Mekah dan dinamakan ayat-ayat/surah-surah Makkiyyah dan 1,456 ayat lagi yang diturunkan di Madinah dan dinamakah ayah-ayat/surah-surah Madaniyyah, tidak ada ayat satu ayat pun yang saya temui menghalalkan permusuhan atau memutuskan silataur-rahim sesama Islam.
Antara ayat larangan yang saya temui adalah larangan mengikuti Yahudi dan Nasrani, antara ayatnya ialah ayat 119 hingga 123 Surah Al-Baqarah, larangan mengambil orang Yahudi sebagai orang kepercayaan (ayat 118 hingga 120 surah Ali-Imran), peringatan terhadap ajakan orang kafir (ayat 149 hingga151 surah Ali-Imran) dillarang berkawan rapat dengan orang Yahudi dan Nasrani (ayat 51 hingga 66 surah Al-Maa'idah) di samping ayat-ayat tentang keburukan orang munafik dan dilarang menyembahyang jenayah orang munafik.
Soanya apakah Tajol Rosli orang Yahudi, Nasrani atau setidak-tidaknya seorang yang munafik sehingga tawaran dan janji beliau tidak boleh diguna pakai dan kena diprejudis, disyak, dicurigai dan diwasangkai oleh segelintir aktivis Pas?
Kepada saya apa yang disarankan oleh Tajol Rosli selari dengan ayat 61 hingga 75 Surah Al-Anfal manakala yang menentang ajakan beliau, apatah yang prejudis terhadap ajakan itu perlu menyemak ayat 44 hingga 57 Aurah An-Nisaa' dan juga ayat 148 hingga 152 Surah An-Nisaa'.
Bagi saya aktivitis Pas yang menentang ajakan Umno Perak atau pun yang menentang muzakarah atau muqabalah jangan terlalu mudah membuat penentangan untuk perkara-perkara yang tidak patut ditentang, kecuali apa yang ditentang itu selari dengan penentangan al-Quran dan Hadis

No comments: