Banyak masalah negara boleh selesai jika semua pihak utamakan keikhlasan
BUKAN hanya setakat masalah Umno dengan Pas, tetapi masalah antara parti kerajaan dengan parti-parti pembangkang yang lain juga, termasuk dengan DAP boleh diselesaikan jika keikhlasan dijadikan akar tunjang dan pasak-paksi dalam usaha menggapai penyelesaian terhadap apa jua masalah.
Antaranya yang perlu dikhlaskan ialah tujuan dan matlamat berpolitik serta berparti politik. Juga yang perlu diutamakan ialah faedah kepada rakyat dan negara termasuk kena mengekalkan keharmonin hidup masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama dalam keghairahan berpolitik dan berparti politik.
Sikap, kegemnaran, kecenderungan dan kelaziman mencerca dan memburuk-burukkan parti lawan dengan pada masa yang sama menjulang parti sendiri sehingga mewujudkan sikap permusuhan yang mencalar-balarkan hati dan perasaan lawan kena dielakkan kerana ianya banyak membawah padah dari faedah.
Semua parti-parti politik kena mengutamakan keprofesionalan dalam berpoltik, kena lebih memberi tumpuan kepada memperjelaskan tentang lebih banyak faedah dan kebaikan yang didapati jika rakyat memberi mandat kepada sesebuah parti politik berbanding dengan parti lawan.
Ibarat sama-sama penjual tapai, kena dipastikan kerana kualiti tapai yang dijual menyebabannya menjadi pilihan pembeli, bukannya bagi memastikan hanya tapai kita sahaja yang akan dibeli, maka bakul tapai orang lain kita sepak dan terbalikkan.
Hal-hal sebegini, hal-hal ikhlas dalam melaksanaan tugas kepimpinan dan bidang tugas yang dipikul hanya boleh dilakukan oleh mereka yang benar-benar layak dan yang memang dilahirkan sebagai pemimpin, bukannya oleh kalangan mereka yang 'gilakan' jawatan sebagai pemimpin sehingga sanggup[ melakukan pelbagai cara termasuk melalui amalan rasuah, menabur fitnah, konspirasi dan sebagainya bagi mendapat kerusi kepimpinan atau sesuatu perjawatan.
Nabi Muhammad s.a.w. menolak individu yang meminta diberikan sesuatu jawatan kerana individu jenis sedemikian akan membawa banyak masalah dari faedah, bila mendapat jawatan atau menjadi pemimpin, yang akan diutamakan oleh individu jenis gla dan pelahapkan jawatan dan kedudukan adalah kepentingan diri dan kroni.
Baginda mahu keutamaan dilantik ke jawatan kepimpinan adalah dari kalangan yang tidak berkehendakkan sesuatu jawatan, terutama mereka yang apabila ditawarkan sesuatu jawatan akan menolaknya dengan diberi alasan pelbagai kelemahan diri dan akan ada rasa takut kalau-kalau tidak dapat menunaikan tugas dengan jujur dan ikhlas seperti yang diharapkan oleh orang ramai, bukannya menonjol dan membangga-banggakan kehebatan diri melebihi dari kemampuan sebenar.
Individu jenis ini akan lebih ikhlas, lebih bertanggungjawab, lebih amanah terhadap tugas dan akan lebih mengutamakan kepentingan ramai melebihi kepentingan peribadi dan kroni kerana disedari bahawa tugas yang dipikul bukan sahaja amanah dan kepercayaan orang ramai tetapi juga adalah amanah dan kepercayaan Allah serta Rasul-Nya.
Bukan sahaja arena politik negara akan bebas dari masalah jika individu yang kualitinya sama dengan apa yang Rasulullah s.a.w. pilih untuk dilantik sebagai pemimpin atau bagi menjawat sesuatu jawatan tetapi semua jabatan dan sektor akan bersih dari pelbagai masalah kerana tidak ada yang lebih baik dan perfect selain dari sunnah baginda.
Oleh itu sebelum mahu jadi pemimpin atau menjawat sesuatu jawatan, ada baiknya dipastikan dulu sama ada kita diperlukan sebagai pemimpin atau penjawat bagi sesuatu jawatan atau kita yang tergila-gila dan pelahapkannya serta menggunakan pelbagai cara untuk dapatkannya walaupun pada hakikatnya kita tidak layak dan tidak diperlukan pun.
Wednesday, July 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment