Muzakarah/muqabalah:Kepimpinan Haji Hadi diuji?
JIKA Pas mahu menjadi parti yang benar-benar bertaring dan diminati mojoriti rakyat Negara ini, parti itu perlu berani membuat perubahan, kena berani menegakkan kebenaran walaupun ianya amat pahit menjadam.
Wabak dan sindrom ‘alah roma’, malu mata dan rasa ‘susuh’ orang lain lebih tajam kena diracun-rumpaikan dan dibersihkan dari melalangi pemikiran dan pendekatan berpolitik kerana sifat dan sikap sedemikian hanya milik pejuang dayus, pondan, tolol dan bahlol.
Bak kata pepatah Cina, ikan busuk bermula dari kepalanya. Untuk mencegah dari seluruh badan seseekor ikan busuk seluruh tubuhnya, maka kepalanya kena kena dipastikan ikan jangan buruk dan busuk.
Dalam menghadapi isu muzakarah/muqabalah Umno-Pas dan tawaran Umno Perak untuk berpkatan dengan Pas membentuk kerajaan baru di negeri dengan lebih mantap, maka majority pemian dan politik Negara ini akan terfokus kepada Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas.
Kalau Pas ikut ibarat ikan dalam pepatah Cina, maka Haji Hadi adalah kepala yang akan tentukan sama ada ikan akan terus segar atau akan buruk dan busuk.
Imej enggan mendengar nasihat, tidak bersedia menimbangkan pandangan orang lain yang dikatakan menjadi sifat peribadi Haji Abdul Hadi Awang sebagai identiti orang Terengganu patut dikikis.
Dalam menentukan keputusan berhubung dengan isu yang mendapat perhatian umum sekarang seperti isu muzakarah.muqabalah dan tawaran kerjasama Umno, ianya kena ditangani dengan penuh professional dan mesti berkepentingan majoriti.
Imej agresif dan sering over agresif yang mana keagresifannya seringkali pula tidak kena tempat dan ketegasannya terlalu melampau juga perlu dikikis kerana ia akan memberi kesan yang akan dinegatifkan oleh lawan dan kawan jika tidak dikikis.
Padah yang boleh dijadikan contoh, kerajaan yang berjaya ditubuhkan di Terengganu yang hanya bertahan sepenggal dan lingkup dalam tempoh yang begitu singkat, ditolak oleh rakyat dalam jangka masa yang begitu pendek, Pas Terengganu masih terus gagal bangkit dan tidak berjaya merampas kembali Terengganu walaupun tiga negeri yakni Perak, Pulau Pinang dan Selangor berjaya ditawan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu manakala kedudukan Pas di Kelantan semakin kuat dan mantap.
Bertunjang, bertiang seri, berlandas dan berpasak-paksikan senario itu, maka tidak mudah untuk Haji Hadi sebagai Presiden Pas untuk dilihat sebagai suatu langkah bijakbagi memuktamadkan keputusan bermuzakarah/bermuqabalah dengan Umno.
Demikian juga dengan tawaran Umno Perak yang mendapat respon positif oleh Umno Pahang apabila Menteri Besarnya bersedia menwarakan jawatan eexco kepada wakil rakyat Pas jika parti itu sanggup bekerjasama dengan Umno.
Tawaran Umno Perak itu nampak simple dan ibarat kemucup di kaki seluar sahaja tetapi pastinya bukan seperkara yang kecil dan remeh kepada Haji Hadi sebagai Preiden Pas kerana pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kena dijaga.
Oleh kerana nada dengkur antara Pas dengan PKR tidak jauh berbeza, Pas tidak akan terlalu sulit berdepan dengan tanggapan dan persepsi PKR tetapi yang payahnya adalah untuk berdepan dengan DAP.
Sebagai seorang yang sentiasa bermain dengan al-Quran dan Hadis, Haji Hadi pasti sedia maklum bahawa hanya tawaran perdamaian dan kerjasama dengan kaum Yahudi, Nasrani dan orang munafik sahaja yang kena ditolak.
Apabila Umno menawarkan perdamaian dan kerjasama, halalkah untuk Pas menolaknya.
Jika ditolak, maka Umno akan dilihat samalah dengan Yahudi, Nasrani dan orang yang munafik di sisdi Pas. Persoalannya apakah orang Umno bremnar-benar sekategori dengan Yahudi, Nasrani dan orang munafik.
Haji Hadi pasti hafal 100 hadis tentang kebajikan, sdilaturahim dan adab serta 93 hadis tentang tacara pemerintahan yang terkandung dalam kitab Terjemahan Hadis Shahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta 131 hadis yang patut dijadikan bahan rujukan kepada mereka yang menjadi pemerintah sebagaimana yang terkandung dalam kitab Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV.
Dengan kata lain ekoran dari perkembangan terbaru politik Negara, terutama berkaitan dengan isi muzakarah/muqabalah dengan Umno dan juga isu tawaran kerjasama oleh Umno, kepimpinan Haji Hadi sebagai Presiden Pas benar-benar diuji dan teruji.
Macam mana pun Haji Hadi pasti akan mampu memuashatkan hati semua pihak, termasuk majoriti masyarakat majmuk di Negara ini sekiranya dalam membuat sesuatu keputusan muktamad, al-Quran dan Hadis dijadikan rujukan mutlak kerana apa yang dituntut oleh Islam berhubung dengan keadilan misalnya, ianya bukan terhad kepada umat Islam sahaja tetapi merangkumi manusia sejagat, malah merangkumi segala jenis makhluk.
Friday, August 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment