Saturday, August 2, 2008

MUNCUL KEMBALI (50)

Permatang Pauh: jangan menang sorak kampung tegadai


RAMAI yang melihat dan mempersepsikan (termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) bahawa kerana bukti dan mahu tunjuk kasih yang tidak berbelah bahagi kepada suami, maka Presiden Parti yang dimenanginya sebanyak tiga penggal beturut-turut.
Tindakan Datin Seri Wan Azizah itu sebenarnya lebih bersifat kepentingan peribadi bagi memastikan suaminya ada harapan memenangi kerusi yang ditandingi dan akan menjadi perdana menteri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diramalkannya akan kecundang sebelum 16 Sptember nanti.
Walaupun sebelumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menghadapi tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dikatakan akan bertanding di Kulim-Bandar Bharu (sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar lidah resmi PKR, Suara Keadilan) tetapi yang pasti Permatang Pauh yang merupakan kawasan yang diwakilinya sebelum digugurkan dari jawatan timbalan perdana menteri dan dipecat dari Umno juga yang menjadi pilihan.
Macam mana pun pada hemat dan firasat penulis, untuk Anwar menang di Permatang Pauh pada kali ini tidak semudah yang diterorikan kerana semasa beliau bertanding dan menang di kawasan berkenaan, mahu pun ketika isterinya menang di kawasan terbabit, keadaannya jauh berbeza, matlamat tidak serupa.
Tambahan pula kali ini tujuan Anwar bertanding lebih kepada berbau kronisme, berkepentingan peribadi serta gara-gara lahap, pelahap dan kemaruk mahu menjadi perdana menteri kerana dipaliti sindrom dan wabak ‘syok sendiri’ kononnya tidak ada tokoh yang lebih layak menjadi perdana menteri di Malaysia, kecuali beliau.
Kelahapan, kepelahapan dan kekemarukkannya itu adalah sesuatu yang terlarang dalam Islam jika dirujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
Dari ‘Abdurrahman bin Samurah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada: “Hai ‘Abdurrahman! Jangan enkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara. Kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangat tanpa permintaan, engkau akan ditolong orang dalam tugasmu” - Hadis nombor 1791 dari Kitab Terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I.II.III dan IV. Ada lagi hadis yang ada kaitan dengan hadis berkenaan dalam kitab yang sama yakni hadis nombor 1792 hingga hadis nombor 1821.
Dalam Kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari pula terdapat hadis yang menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak mengangkat orang yang meminta dan sangat mengharapkan sesuatu jawatan. Hadis berkenaan bermaksud;
Dari Abu Musa r.a., katanya: aku bersama dua orang kaum ku datang kepada Nabi s.a.w. Yang seorang mengatakan: angkatlah kami untuk jabatan pemerintah, ya Rasulullah! Manakala yang seorang lagi mengucapkan perkataan yang serupa pula. Baginda menjawab: “Sesungguhnya kami tidak mengangkat untuk itu orang yang memintanya dan tidak pula orang yang sangat mengharapkannya” - Hadis nombor 1898 dari kitab Terjemahan Hadis Bukhari Jilid I,II.III dan IV. Ada lagi hadis yang ada kaitan dengan hadis berkenaan dalam kitab yang sama yakni hadis nombor 1897 hinggor nombor 2027.
Meminta bantuan orang yang tidak beriman juga tidak digalakan, malah kena ditolak. Ini terbukti melalui Hadis Rasulullah yang bermaksud:
Dari’Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w, katanya: ketika Rasulullah s.a.w pergi ke bandar, maka tatkala beliau sampai di Harratil Wabarah, beliau ditemui oleh seorang laki-laki yang terkenal gagah berani. Para sahabat Rasulullah s.a.w merasa gembira ketika melihat kedatangannya. Dia berkata kepada Rasulullah s.a.w: aku sengaja mengikuti anda, kerana ingin berperang di pihak anda dan bersama-sama anda. Lalu Rasulullah bertanya: “apakah anda sudah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya?”. Jawab orang itu: tidak. Rasulullah s.a.w. bersanda: “kembalilah anda! Aku sekali-kali tidak memerlukan pertolongan orang musyrik”. Kata ‘Asyah: maka pergilah orang itu. Tetapi setelah kami sampai dekat sebatang pokok, orang itu datang kembali menemui Rasulullah, lalu dia berkata pula seperti yang dikatakannya tadi. Maka bertanya pula Rasulullah kepada seperti mula tadi. Sabda Rasulullah s.a.w. “Pergilah anda! Aku sekali-kali tidak memerlukan pertolongan orang musyrik”. Maka pergilah dia. Kemudian, tatkala sampai di Baida’, dia datang kembali, Rasulullah bertanya pula kepadanya seperti apa yang ditanya tadi: “Apakah anda sudah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya?”. Jawab orang itu: “Ya”. Maka baginda bersabda: “Mari. Teruslah jalan!”.
Selain dari tidak boleh bergantung kepada oranjg yang tidak beriman, mereka yang pelahap dan kemarukkan sesuatu jawatan juga tidak dipilih oleh Rasulullah s.a.w. ke jawatan yang diinginkan oleh si peminta. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah merupakan sunnah yang wajib diamalkan .
Justeru itu, oleh kerana Anwar nampak sangat berkeinginankan jawatan perdana menteri, penulis yakin majoriti pengundi di Permatang Pauh akan memberikan undai kepada beliau. Anwar boleh menang dengan mudah jika pengundi Permatang Pauh buang dan tidak menerima-pakai hadis yang berkaitan tatacara perlantikan pemerintah.
Dalam kes Anwar sekarang, setidak-tidaknya orang Melayu Pulau Pinang, termasuk dii Permatang Pauh, malah di Perak dan di Selangor juga sedang berdepan dengan hakikat bahawa mereka yang menang sorak tetapi kampung tergadai.
Kecuali di Kedah dan Kelantan yang lebih mirik kepada Islamiksme, kemenangan di Perak, Pulau Pinang dan Selangor adalah kerana menularnya wabak dan sindrom Anwarisme yang mana yang menangkan PR pula majoritinya adalah bukan yang seagama dan sebangsa dengan Anwar pun.
Kaji-selidik patut dibuat oleh PKR khususnya dan PR amnya, berapa kerat sebenarnya orang Melayu Pulau Pinang, Perak dan Selangor merasakan mereka telah mendapat tuah dan faedah apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan di negeri-negeri berkenaan.
Ini adalah kerana peluang untuk Anwar menang di Permatang Pauh pun bergantung kepada sokongan padu orang Melayu yang miring kepada Islamiksme kerana Anwar sebagai calon adalah berbangsa Melayu yang mirip kepada Islamiksme pula.
Kerana faktor-faktor itu, apakah tidak mungkin 58,449 pengundi berdaftar di Permatang Pauh, termasuk 30,338 yang memberi undi kepada Wanb Azizah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 melihat tindakan Wan Aziz meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh lebih kepada bersifat memperalat, memperjudi, dan mempertaruhkan mereka untuk mencapai impian peribadi Anwar.
Paling penting, apakah tindakan Wan Aziz itu direstui oleh 30,338 pengundi yang memberi undi kepada beliau atau hanya keputusan peribadi Wan Azizah setelah disedari bahawa rata-rata para pengundinya melihat bahawa sbeliau gagal berfungsi sebagai ahli parlimen dan Ketua Pembangkang di Parlimen, maka diambil kesempatan keadaan suaminya yang kononnya cukup berpengaruh untuk memerdekakan diri dari tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya tidak larat dipikulnya?
Apakah sindrom dan wabak ‘syok sendiri’ Anwar, anggota keluarga dan kalangan yang taksub kepada kehebatannya boleh diterima oleh parti-parti lain dalam PR?
Apa hebanya Anwar untuk dikategorikan sebagai tokoh paling utama akan dipilih sebagai perdana menteri?
Anwar pernah jadi timbalan perdana menteri dan tokoh-tokoh seperti Haji Hadi, Karpal Singh dan Lim Kiat Siang boleh menilai kualiti ketokohan dan kuatliti sebenar kepimpinan Anwar.
Apakah Haji Hadi, Karpal Singh dan Lim Kit Siang tidak layak kalau pun tidak jauh lebih layak untuk jadi perdana menteri sehingga semua pimpinan parti-parti dalam PR kena mengalah kepada Anwar, kena membuka lorong dan laluan kepadanya belaka?
Ertinya bukan sahaja untuk menang di Permatang Pauh bukannya mudah tetapi untuk merealisasikan impian menduduki kerusi perdana menteri juga Anwar akan berdepan dengan pelbagai juzuk kesukaran dan tidak mustahil kalau pun dia dimenangkan nanti kemenangan akan bersifat menang sorak kampung tergadai!

No comments: