Bolasepak negara tanpa pemain import
TAHNIAH kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memutuskan khidmat pemain import tidak lagi dibenarkan dalam Liga Malaysia Musim 2009, sekali gus keputusan FAM secara tidak langsung menghentikan aliran keluar wang negara kerana menggaji pemain import dan pemain tempatan berpeluang untuk mengisi tempat yang sebelum ini diisi oleh pemain import.
Dengan keputusan FAM itu juga, maka tragedi kera di hutan disusukan, anak di ribaan mati kehausan tidak akan lagi wujud dalam sukan bolespak negara. Sepanjang kegahiran pasukan-pasukan bolasepak di negara ini berlumba-lumba menggunakan khdmat pemain import, secara tidak langsung pemain tempatan terdiskriminasi dari sudut imbuhan.
Pemain import yang dilabel sebagai pemain profesional rata-rata makan isi kerana mereka bukan sahaja menerima bayaran bulanan yang lebih tinggi dari pemain tempatan tetapi mereka juga menerima pelbagai keistimewaan.
Manakala pemain tempatan hanya makan kuah kerana menerima bayaran yang lebih rendah walaupun mereka bermain atas semangat negeri yang diwakili dan atas semangat negara bila bermain untuk negara, sedangkan pemain import bermain kerana upah, kerana mahu kontrak disambung.
Bolasepak negara era Dali Omar dan rakan-rakan serta era Mukhtar Dahari dan rakan-rakan cemerlang, gemilang dan terbilang tanpa pemain import yang mana kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan era Dali Omar dan raka-rakan serta era Mukhtar Dahari dan rakan-rakan gagal digapai pada era penggunaan khidmat pemain import.
Pada saya kemerosotan era kebanjiran pemain import adalah kerana wujud protes dalam diam di kalangan pemain tempatan kerana kadar bayaran yang diterima lazimnya jauh berbeza dengan jumlah yang diterima oleh pemain import, apatah lagi dari sudut layanan dan keistimewaan.
Pasti akan timbul perasaan untuk apa bermain bermatian-matian bagi bayaran cuma RM1,500 sebulan misalnya sedangkan pemain import yang bukan sahaja dari staminanya tetapi kemhairan bermain tidak pun sehebat mana tetapi menerima bayaran lima kali ganda atau sepuluh kali ganda lebih tinggi.
Kalau pemain tempatan yang dibayar RM1,500 dibayar RM15,000 atau yang dibayar RM5,000 dibayar RM50,000 sebulan, sudah pasti bukan sahaja stamina mereka berganda tetapi kemahiran dan komitmen terhadap sesuatu perlawanan dengan sendirinya akan meningkat.
Mudah-mudahan tanpa pemain import, akan ramailah pemain tempatan akan menerima bayaran serta akan menerima keistimewaan layanan seperti yang diterima oleh pemain import. Jika keadaan itu berlaku, saya yakin bolasepak negara pasti akan kembali cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana era Dali Omar dan rakan-rakan serta era Mukhtar Dahari dan rakan-rakan.
Bukan sahaja pemain tetapi pengimportan jurulatih impot juga patut dihentikan. Kita kena guna cara kita sendiri, pemain kita kena dilatih ikut cara dan tradisi kita. Tidak semestinya taktik dan teknik yang digunakan oleh jurulatih dari eropah dan cara bermain pemain eropah sesuai dengan kita.
Macam jugalah kalau kita seorang jurufoto. Andainya kita menggunakan arahan-arahan pada kota filem untuk merakamkan gambar, pastik gambar tidak akan berkulaiti kerana cuaca negara penghasilan filem tidak sama dengan cuaca di negara kita. Jurufoto perlu pandai menggunakan inisiatif sendiri sesuai bila membuat rakaman gambar tidak akan berlaku kes kekurangan cahaya atau berlebihan cahaya.
Demikian juga dengan permainan bolasepak, tidak semestinya taktik dan teknik yang kononnya propfesional dan advan yang dilatih oleh jurulatih import dan diamalkan oleh pemain import sesuai dengan pemain kita.
Tidak mustahil cara jurulatih kita melatih dan cara kita bermain lebih baik dan berkesan dari apa yang sedangkan dipraktikan dalam permainan bolasepak dunia. Untuk membuktikannya, kita tunggu dan lihat Liga Malaysia Musim 2009 tanpa pemain import dan diharap akan juga tanpa jurulatih import nanti
Saturday, August 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment