Friday, August 8, 2008

MUNCUL KEMBALI (57)

Betulkah Anwar roket Mohd Saiful Bukhari


SEBENARNYA walaupun sudah masuk kali kedua bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan kes liwat, namun majoriti masyarakat negara ini, apatah lagi masyarakat kampung dan mereka yang kurang ilmu agama pada hakikatnya tidak benar-benar reti dan faham apa itu ‘liwat’.
Apa itu ‘liwat’ dan makna sebenar ‘liwat’ masih sama-samar bagi majoriti rakyat negara ini, sama seperti samar-samarnya mereka tentang makna sebenar muzakarah, muqabalah, muhasabah, mujahadah, muqayyam, usrah, ubudiah, mas-ulliah, itqaan, armalah, kifalah dan macam-macam perkataan yang hanya popular ekoran kemunculan kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam di Kelantan.
Saya sering diajukan pertanyaan apa itu ‘liwat’ dan apa bezanya ‘liwat' dengan ‘lewat’ yang bunyinya memang hampir sama tetapi maknanya sangat berbeza.

Bila diktakan ‘liwat’ bermakna ‘meroket’ atau membubuh alat kelamin lelaki pada lubang dubur lelaki atau wanita, ada yang berkerut muka menahan muntah kerana jijik.
Rata-rata mereka yang diberi kefahaman tentang makna ‘liwat’ tidak percaya seorang tokoh sehebat Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melakukan perlakuan yang kotor dan jijik itu.

Bagi mereka kalau disebilik, disekatil, seselimut dan sesebantalkan tokoh berkenaan dengan puteri raja sekali pun, jangankan belakang, diroket melalui saluaran biasa untuk seseorang wanita diroketi oleh seseorang lelaki pun, Datuk Seri Anwar tidak akan lakukannya.
Ini adalah kerana imej Datuk Seri Anwar itu sendiri berbau Islamisme, malah beliau adalah merupakan bekas Presiden ABIM yang merupakan sebuah NGO Islamik.

Keanggotaan ABIM itu semdiri terdiri dari kalangan mereka yang bukan sahaja berminat kepada Islam tetapi masing-masing banyak ilmu amalnya. Antara anggota dan pimpinan ABIM adalah Allahyarham Datuk Dr Fadzil Mohd. Noor.
Bila dibangkitkan kalau benar Datuk Seri Anwar tidak meroket dubur bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan (mangsa sendiri membuat laporan bahawa beliau diliwat) kenapa Datuk Seri Anwar banyak dolak dalih bila mahu dibuat ujian DNA, ramai pula yang terkunci mulut.
Tidak banyak maklumat dan latarbelakang Mohd. Saiful Bukhari yang terdedah kepada umum untuk dibuat andaian dan analisa yang hampir tepat kalau pun tidak benar-benar tepat kenapa beliau sanggup membuat laporan polis bahawa beliau diliwat, duburnya diroket oleh Datuk Seri Anwar.
Sama ada peroket atau yang kena roket, ianya membabitkan soal maruah dan harga diri.

Kalau Mohd. Saiful Bukhari sengaja mengada-adakan cerita, apakah beliau tidak merasa aib dan tidak merasakan reputasi sebagai seorang ‘orang’ yang berotak dan berakal serta beragama Islam pula boleh punah-ranah dan janam-likat.
Kalau betul pulalah Datuk Seri Anwar meroket duburnya, kenapa Mohd. Saiful Bukhari yang dalam keadaan sihat dan gagah kuasa membiarkannya dan tidak cuba mengelak.
Secara lojiknya kalau benarlah Datuk Seri Anwar meroket Mohd. Saiful Bukhari, maka ianya berlaku dalam keadaan rela, dalam keadaan suka sama suka dan rela merelai.
Macam mana pun sesiapa juga hanya boleh membuat andaian, ramalan, tanggapan dan persepsi masing-masing kerana kerja-kerja roket meroket sesama sejenis atau pasangan bukan sejenis dibuat dalam keadaan sulit, termasuklah walaupun membabitkan pasangan suami insteri.

Pakar undang-undang (lawyer) juga hanya boleh berhujah untuk menang dalam perbicaraan bila kes itu dibicara, namun keputusannya tetap tidak akan tepat kerana yang yang benar-benar tahu tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam kes utu hanya Allah, Datuk Seri Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari sahaja.
Untuk mewujudkan kesan luka pada dubur yang kononnya diroket bukan payah sangat pun, jika kecederaan pada lubang dubur boleh dijadikan hujah dan bahan bukti.

Ini adalah kerana Mohd. Saiful Bukhari boleh makan benda-benda kelat dengan banyak dan pada masa yang sama dikurangkan meminum air, beliau akan mengalami sembelit, bila memerut dengan sendirinya lubang dubur akan ada bekas luka.
Atau Mohd. Saiful Bukhari boleh makan buah rambai sebanyak mungkin atau pun menelan dengan sebanyak mungkin buah rambutan telan, dengan sendirinya akan boleh membawa kepada kecederaan lubang dubur bila memerut.
Teori itu sesuai jika memang Datuk Seri Anwar cuba dijadikan mangsa konspirasi dan Mohd. Saiful Bukhari pula sanggup menggadai, melacur, menjual dan melelong maruah dan harga diri sebagai seorang ‘orang’ yang berotak dan berakal dengan menjadikan diri alat untuk mengkhianati Datuk Seri Anwar.
Tapi apa untungnya Mohd. Saiful Bukhari dengan menjadikan dirinya alat kepada mana-mana bagi mengkhianati Datuk Seri Anwar.
Apakah beliau diupah dengan jumlah yang membolehkannya hidup senang bagi tempoh tujuh keturunan dan dengan satu jumlah yang mampu untuk dibuat bayaran untuk tidak dinerakakan di akhirat nanti kerana memfitnah, mengaib dan mengkhianati seorang manusia bernama Datuk seri Anwar?.
Atau apakah beliau dijanjikan akan disenatorkan dan seterusnya akan dianggota-kabinetkan jika hasil kesediaannya menjual, mengadai, melacur dan melelong maruahnya, maka Datuk Seri Anwar akan gagal dalam misinya untuk segera menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan Pakatan Rakyat yang menggabungkan parti-parti pembangkang akan dapat mekecundangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)?
Apakah kerajaan BN kini benar-benar dalam keadaan rapuh dan ianya umpama sedang bergayut pada dahan mumut dan reput dengan Datuk Seri Anwar menjadi faktor utama kepada kemumutan, kerapuhan dan kereputan Kerajaan BN jika benar Kerajaan BN kini dalam keadaan mumut, rapuh dan reput?
Apakah tidak mungkin kes liwat, kes roket dubur untuk kali kedua yang sedang menjala, memukat, menjerkap, menako, menjima. menangguk dan melukah Datuk Seri Anwar datangnya dari Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri sebagai sebahagian dari taktik dan teknik berpolitik untuk menutup aib, supaya beliau ditangkap dan dipenjarakan supaya segala ketidak-terkotanya apa yang dikata dikeranakan oleh kerana beliau dipenjarakan.
Tempoh kononnya Kerajaan BN akan tumbang dan akan diganti dengan kerajaan PKR sudah banyak kali ‘luput’ dan keseringan berlakunya ‘luput tarikh’ itu secara tidak langsung boleh menjejaskan kredibiliti, prestasi dan reputasi Datuk Seri Anwar sendiri.
Lebih-lebih lagilah apabila kerajaan-kerajaan negeri dibawah PKR, terutama di Selangor yang bermenteri-besarkan tokoh dari PKR gagal membuktikan segala janji pilihanraya mampu di kota di samping ianya juga gagal menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang terdahulu, maka keterjejasan imej, kredibiliti, prestasi dan reputasi secara tidak langsung berlonggok di atas batu jemala Datuk Seri Anwar yang akan menyumbang kepada kemerosotan pengaruhnya, terutama untuk jangka panjang.
Demi perjalanan masa depan politiknya yang lebih jauh dan supaya batu jemalanya tidak terus dilonggokkan dengan sindrom kata yang tidak dikota, maka Datuk Seri Anwar kena merangka dan menkerangkakan pelan untuk selamatkan diri.
Tidak mustahil timbulnya kes liwat yang membabitkan dirinya adalah antara sebahagian dari rangka dan kerangka itu. Dalam politik tidak ada perkara mustahil, yang hitam boleh jadi putih pada mata orang parti politik manakala putih pula boleh jadi hitam.
Dalam keadaan sekarang ini, dalam keadaan banyak katakannya gagal direalisasikan menjadi kenyataan, jika beliau ditahan, dilokapkan, didakwa dan dipenjarakan adalah merupakan antara suatu kerperluan demi untuk menyelamatkannya dari kemungkinan tidak akan dipedulikan oleh majoriti rakyat negara ini, malah peranannya akan dilihat semakin lama semakin tidak penting demi kepentingan agama, bangsa, negara dan masyarakat majmuk di negara.
Apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadikan watak yang terlibat dalam merancang konspirasi mengkhianati datuk Seri Anwar, maka bagi mereka yang menggunakan kepala berotak dan bukan kepala lutut dalam bermain politik akan dapat melihat ke mana matlmat hujung jatuhnya kes Datuk Seri Anwar meroket dubur Mohd. Saiful Bukhari.
Kerajaan BN sebenarnya tidak akan goyah dan terencat selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Datuk Seri Najib Tun Razak bergemblengan, malah keduanya mampu untuk memantapkan kembali kerajaan BN mahu pun Umno dan BN.
Ianya sama mantapnya kerajaan berslognankan Membangun Bersama Islam di Kelantan ketika penerajuannya menggandingkan Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat-Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman (kini Ahli Parlimen Pengkalan Chepa).
Kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam di Kelantan nyaris-nyaris putus nyawa apabila gandingan Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat-Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman berjaya dirungkaikan.
Perungkaian atau pemecah-kongsian Dato' Haji Ni Abdul Aziz Nik Mat-Dato' Haji Abdul Halim Abdulh Rahman telah diusahakan sejak sekian lama oleh Umno Kelantan ttetapi ianya hanya menjadi kenyataan apabila perungkaian itu datang dari dalang Pas sendiri.
Padahnya kerajaan berslogan Membangun Islam di Kelantan pernah bekerajaan hanya bermajoritikan satu kerusi sahaja yang mana satu kerusi itu pula hanya bermajoroitikan dua undi sahaja.
Macam mana pun Kerajaan Membangun Islam di Kelantan bernasib baik kerana sebagai ahli politik yang bijaksana, berpandangan jauh dan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi oleh Dato’ Haji Halim atau Ustaz Halim di samping tokoh seperti Haji Abdul Fatah Harun dan Dato’ Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Pas dan kerajaan berslogankan Membangun Islam di Kelantan berjaya tdak menghadapi masalah buruk tunjang, malah ianya tetap stabil dan berjaya dimantapkan kembali.
Kerajaan BN yang diterajui oleh gemblengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Datuk Seri Najib Tun Razak akan goyah dan terencat sekiranya penggemblengan keduanya berjaya dirungkaikan dari dalam Umno atau BN sendiri.
Sebenarnya ada unsur-unsur ke arah itu sedang diusahakan tetapi nampaknya kedua-duanya dapat membaca perancangan lawan dan berjaya mengambil langkah pemintasan yang berkesan.
Ekoran dari kegagalan dipertembungkan agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Datuk Seri Najib Tun Razak bermusuhan, maka alternatif lain kena dicari bagi memastikan Kerajaan BN goyah dan retak menunggu belah.
Pengkapan Datuk Seri Anwar tentulah diramalkan oleh musuh Umno/BN akan menggoyahkan Kerajaan BN dan sebaliknya imej PR, khususnya PKR, lebih-lebih lagi Datuk Seri Anwar akan melonjak dan meroket.
Kerana itu jika diperhatikan banyak tindak tanduk Datuk Seri Anwar bersifat provokasi, termasuk terhadap pasukan polis dan jabatan peguam negara, namun semua pihak nampaknya berjaya mengawal keadaan dan mampu menari mengikut rentak gendang yang dipalu oleh Datuk Seri Anwar.
Melengah-lengahkan penyiasatan dan pendakwaan terhadap kes dakwaan Mohd. Saiful Bukhari bahawa Datuk Seri Anwar meliwat/meroketnya akan menyebabkan ‘jiho’ Penasihat PKR itu di mata majoriti rakyat negara ini semakin menurun dan ‘memepes’, malah keadaan kerajaan PR terutama di Selangaor akan menjadi semakin berbulu dan bereba dalam kain.
Apa pun apa yang penulis garapkan adalah berupa antara tanggapan, andaian dan persepsi penulis yang cuba berkecuali dari sebarang pengaruh fahaman politik. Pembaca berhak untuk membuat tanggapan, andaian dan persepsi sendiri.
Yang kena disimpulkan ialah meroket dubur bukan perkara baru dan bukan sesuatu yang luar biasa jika ianya berlaku pada zaman serba maju ini kerana ianya pernah berlaku di kalangan umat Nabi Lut dan tidak mustahil titih-barih umat Nabi Lut itu terus wujud hingga ke akhir zaman.
Macam mana pun kes roket dubur mahu pun lelaki roket perempuan tidak akan berlaku tanpa persetujuan kedua-dua pihak kerana tempat letak dubur mahu pun alat kelamin perempuan sebenarnya cukup selamat dan hanya boleh diroket jika mangsa mengangkangkannya atau membuka kelangkang.
Lagi pun alat kelamin lelaki bukannya keras macam kayu, besi atau batu.
Jika terandas pada tempat yang keras ianya akan sakit dan keinginan untuk meroket akan hilang, malah kalau ketika mahu bersama isteri pun jika terkejutkan kucinng yang terjun tiba-tiba, alat kelamin akan hilang tegang.
Bagi yang berusia lima puluh ke atas, barangkali akan mengambil masa seminggu kalau pun tidak sebulan untuk tegang semula dan bersedia untuk memenuhi permintaan kaum ibu.
Kesimpulannya, sama ada benar atau tidak Datuk Seri Anwar meroket Mohd. Saiful Bukhari akan diputuskan dalam perbicaraan kes itu nanti yang mana lawyer yang hebat dan berpengalaman digunakan oleh defenden bagi tujun pembelaan.

3 comments:

Anonymous said...

Salam...

Minta izin salin artikel tuan utk blog saya...

tq.

http://umnolawanpas.wordpress.com

Anonymous said...

minta tajuk diletak tepi no artikel...senang nak baca rss.

timo kacih.

ketam said...

Just wonder kenapa anwar,keluarga dia dan semua penyokong da yg beragama islam bermati-matian mempertahankan PERAKUAN BERSUMPAH BALA,RAJA PETRA,DR MYANMAR tetapi menafikan sekeras-kerasnya PENGAKUAN BERSUMPAH yang dibuat oleh SAIFUL dengan nama ALLAH??
Adakah mereka lebih percaya PENGAKUAN BERSUMPAH Mahkamah daripada PENGAKUAN BERSUMPAH dengan nama ALLAH??