Wednesday, August 6, 2008

MUNCUL KEMBALI (56)

Ketika sebatang jari dituding ke arah orang lain 4 batang lagi tertuding ke diri sendiri

KECUT perut juga saya bila dalam perjalanan ke pejabat pagi ini, ada sebuah kereta memintas kereta saya dan memberi isyarat supaya berhenti di tepi jalan.
Semangat kejantan terpaksa dikumpulkan dan atas kesedaran bahawa diri tidak ada musuh, maka kereta diberhentikan di belakang kereta yang memintas kereta saya.
"Hak demo pernah tulis dalam blog demo betul macam tetak dengan golok" kata seorang lelaki berkaca mata yang keluar dari perut kereta yang memintas kereta saya, membuatkan saya tergamam. Orangnya saya rasa pernah jumpa tapi saya tidak pasti sangat.
Lelaki itu mengulang balik apa yang pernah saya tulis dalam blog saya bahawa kalau orang Pas asyik cari kesalahan Khairy Jamaluddin menantu Perdana Menteri dan juga anak-anak Perdana Menteri, maka orang Umno jpula pasti akan cari kesalahan menantu dan anak-anak Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku pemimpin paling agung dalam Pas pada waktu ini.
Dengan kata lain bila kita cenderung bermusuh dengan orang, maka orang akan ada kecenderungan juga untuk bermusuh dengan kita. Kalau menantu dan anak-anak orang lain kita pandang kotor dan jijik, orang lain juga akan cari kekotoran dan kejijikan menantu dan anak-anak kita.
Betullah apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seringkali meminta supaya dalam berpolitik jangan serang peribadi kerana sikap Perdana Menteri untuk orang bawahannya tidak akan sama dengan sikap perdana menteri sebagai mertua dan ayah kepada menantu dan ana-anaknya..
Oleh itu walau macam mana pun perangai Khairy Jamaluddin ianya bukan mencerminkan sikap dan keperibadian Perdana Menteri selaku mertua dan macam pun sikap dan tingkah laku anak isteri Datuk Ser Abdullah, ianya bukan bermakna itulah sikap dan tingkah laku Datuk Seri Abdullah sebagai ayah dan suami.
Bila saya tanya kenapa beliau sebut fasal itu, katanya menantu Menteri Besar Kelantan yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar kemungkinan disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana perlantikannya di perbadanan itu ada unsur dan bibit-bibit kronisme serta nepotisme.
Oleh kerana saya belum baca akhbar hari ini ketika itu, saya hanya membalas ngomelan lelaki berkenaan dengan senyuman. Cuma bila didesak suoaya saya memberi komen tentang hal itu, saya menegaskan kepadanya bahawa setiap di antara kita sebagai manusia berakal kena mengelak dari melihat buruk orang lain dan pada masa yang samamenonjol-nonjolkan kebaikan sendiri.
Kita kena berpegang kepada hakikat bahawa ketika sebatang jari kita dituding ke arah orang lain, empat batang jari lagi akan tertuding ke diri kita sendiri. Maknanya sebelum melihat dan mahu warwarkan keburukan orang lain, periksa diri kita berulang kali terlebih dahulu, takut nanti kita pun sama buruk atau lebih buruk dari orang yang kita burukkan.
Gara-gara kecenderungan orang Pas memburuk-burukkan Khairy Jamaluddin dengan matlamat mahu merosakan reputasi Datuk Seri Abdullah, padahnya keburukkan menantu Dato' Nik Aziz turut terkena tempias. Pasti ada yang membuat laporan kepada BPR kalau betullah menantu Dato' Nik Aziz ada kemungkinan disiasat oleh BPR.
Kalau betullah menantu Dato' Nik Aziz disiasat oleh BPR dan ada kes untuk didakwa, maka secara tidak langsung nama baik, prestasi dan reputasi Dato' Nik Aziz sebagai ketua kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam dan status ketok-guruannya akan rosak kerananya.
Apa yang berlaku itu (terima lelaki yang namakan dirinya Mat Machang yang memintas kereta saya dan memberikan maklumat) patut dijadikan teladan supaya dalam berpolitik pada masa-masa akan datang, soal-soal yang berkaitan dengan hal peribadi dan keluarga kepimpinan jangan diparti-politikkan

12 comments:

Anonymous said...

Demo menulis dengan perasaan demo tu betul baguslah. Mana tahu dalam hati demo ada sedikit dendam pada PAS maka dicarilah kelemahan PAS. Dulu masa kerja dengan penerangan PAS demo kata sahkah nak pegang semula kelate, kerusi hok ada pun belum tentu selamat. Hebat dan gerun sungguh cara demo mengulas politik negeri sendiri.
Kawe sokong buruk perangai Khairy Jamaluddin bukan gambaran buruk Pok Lah. Tapi sikap Pok Loh membiarkan perbuatan menantunya takkan kita tak ada hak nak marah. Mentang-mentang Khairy Jamaluddin menantu dia, sayangnya mengatasi undang2.
Nik Aziz saya yakin tetap berlapang dada hatta menantunya disiasat BPR. Kalau salah masuk jellah. Anak dia sendiri kena ISA tak ada pula Nik Aziz kumpul tentera suruh lawan balik kerajaan.
Demo orang lama dalam menulis politik. Tapi masih berbau sesuatu macam ada yang tak kena dengan orang PAS.
Dia ada suratkhabar boleh nulis suka hati. Soalnya adakah oghe baca tulisan demo tu? Kalau dari muka ke muka penuh dengan tulisan anak beranak (sebenarnya demo sorang saja) sapa nak baca. Ada yang tak kena kalau dulu saya baca juga wasilah tapi la ni dah stop. Tak ada yang baru isinya, sekadar ulas balik isu - jadi basi.
Apapun sekali sekala kawe jengah juga blog demo. Sebagai satu penghargaan terhadap kawan lama.

Anonymous said...

Nampak sangat pengomen (kalu Meli dia guna penyeliau-kelih) yang berselindung anonymous berperangai dan berperut busuk.

Boleh ko tak kkene ko Meli gat, ssemo hak Meli tulis tak betul belaka, niat tak moleh belako. Orang perut tak molek lagu tu 'lah. Tengok orang lain beraso perut tak molek macam dia belako.

Kalu Wasilah Meli tadok ore baco gat, nyo tutup lama doh lo kalu mu jenis baso tak bengo gat. Mu sore toksir baca pun, Meli tak rugi begapo satu.

Kalu surat koba tak laku Meli nak bayar sewa pejabat (bunyi kaba pejabat Kota Bharu sewanya RM2,500 sebulan, nak bayar gaji pekerja dia lagu mano.

Kawe dengar koba kata Meli tak ccaro mano doh ko Wasilah nyo...segala urusan editorial diserah ko yusri yusoff, anak cikgu soh ttere. Dia dok susun surat koba dan majalah baru hak dia baru boleh permit. Bunyi kobalah, kalau tak betul kawe minta maaf, termasuk dari Meli sediri, Meli llo ni dalam proses nak ambil 30 petugas baru, maknonya menego dia koho besar.

Walaupun kawe tak baik mana dengan Meli, bokali Meli pun tak kenal pun kawe...kawe kagum dan tabik spring dengan Meli. Kalu masjid minta sumbangan, dia paka buwi selalu. Tak takwil lasung nah. Kalu tak ccayo tra tanya tok iman masjid kampung sireh. Kawe tak napok orrr lagu ni, orang lagu meli ni mulut dan perut busuk.

Gu kawe kata, Meli suko poso. Selang sari dia poso. Bila ore tanyo bakpo poson nyo...dia kato boktan takdok pitih nak makan. Kalu takdok pitih lagu mana mano buat surat koba. Modal buat surat koba bukannya kecik. Meli ni jenih rendah diri sokmo.

Anonymous said...

Dari apa yang saya perhatian, Meli seorang yang kreatif. Banyak isu semasa yang diolah jadi cerpen.

Saya rasa bila Deromen Suloh (dah dekat nak botak ke?)bangkit soal mulut dan perut busuk, Meli akan terilham hasilkan cerpen.

Dalam Dewan Ekonomi dan Dewan Masyrakat bulan ini (Ogos) ada tulsan Meli. Dalam sibuk buat suratkhabar dan majalah sendiri, ada masa lagi dia menulis ke akhbar dan majalah terbitan penerbit lain.

Saya pun macan Deromen Suloh, angkat tabik spring pada Meli.

Anonymous said...

hehehe
ambo tahu doh...
meli aka deromen suloh aka wak hamad.....
barang samo, barang serupa, barang tula....
tok soh belawok la meli...
berani ko demo nafikan???
dok ehhh bini demo jadi tok ngulu lagi ko???

Anonymous said...

Kawe dengan Meli orang tulo? Demo ni sapo weee bulih ttukar minyak gas dengan minyak bejen.

Meli nama penuh dia Ramli Abdul Halim (ikut catatan profilnyalah), nama pok kawe Suloh.

Deromen bukan nama samaran, nama betul. Suloh pun bukan nama main-mian, nama betul. Kepala kawe tak suloh, apatah lagi botak. Rambut lebat dan berkerotok.

Nama penuh kawe Deromen bin Suloh, orang kampung kawe panggil ayah kawe Loh, kawe dipanggil Men atau Deromen. Kawe bukan nak nama kawe dan nama ppk kawe lagu ni. Demo jange nak hino kawe.

Wak Hamad kalau tak silap kawe namanya Bukhari bin Abdullah. Orang Melur atau Peringat. Lloni duduk Kuantan.

Orang pejabat Pas Kelantan kenal benar Bukhari ni. Kawe kenal dia dan tau latarbelakangnya. Dia kerja kuat untuk Pas.

Cikgu Wan Rohim dan demo-demo hok dok lama pejabat Pas atau pun bagi yang terlibat dengan pengamal hemeopathy kenal benar Bukhari Abdullah walaupun barangkali mereka tak kenal siapa itu Wak Hamad.

Patutlah demo mudoh seko jahat sangat ko Meli. Tak selidik dulu sebelum nak buat kesipulan.

Bini Meli jadi tok ngulu lagi ke dok kawe takleh jawab bagi pihak Meli. Kawe raso dia masih tok pengulu. Kalau tak silap kawe jugak, bini Meli tu Pengerusi Tetap Dewan Muslimat Kota Bharu. Orang kuat Dato' Anwar Tan.

Kawe suko benar kalu Meli buwi respon ko komen-komen yang dihantar macam mulo, baru blog rancak sikit.

Anonymous said...

ambo rasa ambo said tu baru terlepas wad gila atau pun putus bekalan ubat, mulalah dok babat. Kalu dok ambik wat kiro ore jenis lagu tu pah kito pun jadi celaru.
Abe Meli ambo toksoh layan.Tulis belako mano hak nak tulis. Pembaca setuju atau marah dengan apa yang Abe Meli tulis, terutama yang beri komen pada apa yang Abe Meli tulis, bolehlah pembaca lain ukur cerdik bodoh pembaca yang beri komen tu.

Anonymous said...

Kawe bersetuju.

Eksen menantu melebihi hak.

Kalau kawe tak kijo tempat yang akan menimbulkan fitnah sebegini. Kawe berniaga sendiri, waa ema buka kedai runcit ko, jual direct selling ko...

Betul simenantu layok, Tapi moral tak berapa comel, Terdedah kepada pelbagai tuduhan yang boleh ditomohkan orang.

Tambah pulok menantu ni, dalam parti bukan aktif mana. Setakat jadi ahli biasa, ramai Kedai Lalat.

Tapi kawe dok rasa surupo ada perangkap agar Tok Guru cepat uzor dan letak jawatan mengejut. Kata orang zaman sekarang sengaja buat skandal..

Anonymous said...

Pakai buah boktan nak ambik madu ibu lebah disua karak (pinjam kata-kata Meli).
Ulur menantu, tok ttua hak buleh nyo? Kalu ada sungguhlah hak buat lagu tu...baso menatang, bukang orang.

Anonymous said...

hamba berfirasat, dan kebiasaannya firasat hamba betul, selepas ni jatuhlah kerajaan pas kelantan. hehehe....firasat pak cik meli

Anonymous said...

di minta semua pihak fahami betul-betul isunya:
1) isu menantu tok Guru nik aziz dalam pmbk dan sejauh mana keterlibatan menantu beliau dalam pmbk, etc pentadbiran kerajaan, penguasaan syarikat, pegangan saham dan apa2 yang berkaitan
2) isu menantu pak lah dalam kerajaan dan sejauh mana keterlibatan menantu beliau dalam pentadbiran kerajaan, pengaruh ke a tas GLC, pegangan saham syarikat dan apa2 yang berkaitan
3) Perlukan perbandingan persamaan dan pertikaian kedua-dua watak menantu ini?

Anonymous said...

Buat apa sakitkan kepala dan buang masa fikirkan menantu Nik Aiz dan menantu Pak Lah.
Pak Lah siapa. Kalau ikut kata isterinya, setiap hari lepas Subuh baca Quran. Pak Lah bukan tok guru tapi baca Quran jugalah.
Nik Aziz tok guru...dia sendiri gezet pada awal namanya tok guru. Tentu 24 jam dia baca Quran dan berzikir, tak akan ada terlintas perkara lain dalam fikiran dan perasaannya.
Bila timbul kes menantu dia, dia kata kroni perbuatan nabi. Orang Pas tentang kronisme dan nepotisme. Memang betul ke begitu?Kalau betul maknanya orang Pas selama ini menentang perbuatan nabi kalau betulah kronisme tu perbuatan nabi. Juga kalau betullah kronisme dan nepotisme tu perbuatan nabi, makannya orang Umno (kalau amalan kronisme dan nepotisme adalah amalan nabi dan para sahabat) yang lebih awal ikut perbuatan nabi, Pas hanya sedar mengenainya bila timbul kes menantu Nik Aziz mungkin disiasat BPR. Kalau tidak sampai sekarang pun kronisme dan nepotisme masih dilihat sebagai sekularisme.
Betul ke tidak nabi dan para sahabat mengamalkan kronisme dan nepotisme, alim ulamak yang berauthority kena segera keluarkan fatwa, kalau tidak ramai yang akan rosak akidah nanti.

Anonymous said...

Kawe setuju dengan hujah Meli. Tok Guru Nik Aziz telah menjadi mangsa mainan politik kurang cermat dan kurang cerdik tokh-tokoh tertentu dalam Pas. Yang sakit kepala, sakit dada dan menerima padahnya Tok Guru Nik Aziz sekeluarga.
Kalau menantu dan anak-anak Pak Lah tidak dipandang negatif, tidak dikaitkan dengan pelbagai kelakuan yang tidak bermoral (walhal belum tentu yang dikatakan tidak bermoral itu benar-benar tidak bermnoral) Tok Guru Nik Aziz tak akan berdepan dengan masalah yang sedang dihadapinya sekarang.
Pak Lah sering minta supaya dalam berpolitik, jangan serang peribadi tapi orang Pas kata boleh serang peribadi, malah mencarut dan samseng boleh kerana Allah pun samseng dan mencarut.
Agak-agaknya berbeza ke antara Quran yang Pak Lah baca dengan Quran yang orang Pas baca.
Larangan berkata buruk terkandung dalam ayat 148 hingga 152 Surah An-Nisaa'. Yang boleh berkata buruk hanya orang yang teraniaya. Apakah Pas merasa mereka teraniaya. Apakah anak-anak mereka tak di benarkan bersekolah kerajaan, apakah segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tidak diberikan?
Kenapa Umno pernah dianmggap kafir kerana bekerjama dengan bukan Islam dalam Barisan Nasonal tetapi Pas selamat dari kafir bila bekerjsama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Kalau pun Abu Bakar, Umar, Uthman Ali kroni Rasulullah s.w.a. apakah mereka menjadi khalifah kerana Rasulullah yang tetapkan atau orang ramai yang lantik merea. Apakah keistimewaan yang anak-anak, menantu-menantu dan isteri-isteri Rasulullah dapat, kebanyakan habis harta benda kerana berjuang untuk tegakkan syiar Islam. Tetapi apakah anak-anak dan menantu-menantu Nik Aziz semakin sesak atau sebaliknya?
Sama-samalah kita renung-renungnya supaya kita tidak bersekongkol dengan kumpulan yang kita rasakan melakukan sesuatu yang diredhai Allah walhal kumpulan berkenaan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat.
Paling utama untuk selamat terperangkap dengan sebarang kemungkaran, kita ikut sepenuhnya apa kata al-Quran dan Hadis.
Kalau Quran larang kita berkata buruk, caci cerca dan perudub kepada orang lain, lebih baik kita jangan lakukan walaupun ada yang janggutnya panjang mencecah lutut dan ekor serbannya mencecah tumit kerana tunjuk alim kata boleh berkata buruk, boleh mencarut dan sebagainya.
Oleh kerana orang alim bukan nabi yang maksum, tidak mustahil dari mulut mereka akan keluar perkataan syaitan dan iblis.