Sunday, August 10, 2008

MUNCUL KEMBALI (59)

Pimpinan Majlis Peguan patut dilucutkan taraf kewarganegaraan

JANGAN sampai terantuk baru nak tengadah, jangan setelah parah baru nak berubat. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari berubat. Demikian halnya dalam berdepan kerenah Majlis Peguam.
Tindakan terus berdegil mengadakan Forum Memeluk Islam dan hanya membatalkannya setelah ianya berlangsung membutikan Majlis Peguam seakan mahu menunjukkan kepada umum bahawa tidak apa yang boleh dilakukan terhadap mereka
Secara tidak langsung ianya bersifat mencabar polis sebagai penjaga dan pemelihara ketenteraman awam, memandang lekeh kepada suara ramai, tidak tunduk kepada undang-undang dan tidak menghormati , malah mencabar kewibaan kerajaan.
Pimpinan Majlis Peguam sepatutnya diISAkan ketika mereka pada peringkat ura-ura mengadakan forum berkenaan lagi dan tidak sepatutnya menunggu sehingga berteras dan beraskankan kedegilan, forum berkenaan yang menerima bantahan pelbagai pihak diadakan.
Wibawa polis dan kerajaan serta keluhuran perlembagaan negara akan tercalar sekiranya tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap pimpinan Majlis Peguam yang bukan sahaja patut diISAkan tetapi paling wajar kalau dilucutkan sahaja kewarganegaraan mereka.
Kalau polis penjaga keamanan dicabar, kalau suara rama dipandang lekeh, kalau undang-undang dipandang remeh, keluhuran perlembagaan tidak dihormati dan kerajaan pilihan majoriti rakyat cuba dipersendakan, apa lagi faktor yang melayakkan seseorang itu terus menjadi wargengara.
Dalam menghadapai kes yang boleh menggugat keamanan dan negara dan keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama, pihak beruasa bukan sahaja perlu tegas tetapi juga kena keras tanpa sebarang kompromi.
Pimpinan Majlis Peguam bagi saya umpama kuman yang menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis. Kalau tidak dipotong dan dibuang bahagian anggota yang berkudis, ianya akan merebak ke bahagian lain pula.
Justeru kalau tidak diISAkan atau dilucutkan taraf kewarganegaraan mereka, lambat laung mereka akan melakukan tindak-tindakan yang lserupa atau yang lebih hebat lagi kerana menganggap sebagai pengamal undang-undang, tidak akan ada mana-mana pihak, termasuk pihak berkuasa yang berani mengambil tindakan terhadap mereka.
Jangan sampai orang ramai mengambil tindakan sendiri dan membelakangi undang sebagaimana yang bahan letupan dilontar ke halaman rumah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang disangka rumah pimpinan Majlis Peguam yang sebenarnya telah dijual kepada Datuk Shahrizat itu.
Apa yang berlaku itu adalah merupakan sebagai tanda bukti bahawa orang ramai sanggup mengambil tindakan sendiri sekiranya pihak yang sepatutnya menghormati undang-undang dan mencabar polis sebagaimana yang dilakukan oleh Majlis Peguam tidak menghormati undang-undang dan sanggup mencabar polis.

No comments: