Wednesday, August 13, 2008

MUNCUL KEMBALI (60) - UiTM: Jangan perjudikan bangsa demi keuntungan politik kepartian



UiTM: Jangan perjudikan bangsa demi keuntungan politik kepartian

TUGSAN utama pemimpin dan kepimpinan adalah memelihara keamanan dan keharmonian yang sedia ada kalau pun tidak mampu untuk meningkatkan lagi kualiti kemanaan dan keharmonian yang sedia ada, terutama di negara yang bermasyarakat majmuk seperti di negara kita yang tercinta ini.
Mulut, kelakuan, pernyataan pendirian oleh mereka yang berstatus pemimpin dan kepimpinan kena sentiasa dipastikan dalam keadaan ibarat menarik rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangak rosak, termasuk dalam menghadapi apa-apa isu sekali pun.
Sepatah kata, serangkai penyataan pendirian dan seimbas dan selibas lalu kelakuan pemimpin dan kepimpinan kalau tidak kena gayanya boleh menjadi bagaikan ledakan bom dan menyebabkan keamanan akan bertukar menjadi kehuru-haraan, keharmoninan boleh bertukar menjadi kacau bilau.
Cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya UiTM membuka kuota kemasukan sebanyak 10 peratus kepada bukan bukan Bumiputera dan asing bagi membolehkan universiti berkenaan bersaing dalam era globalisasi dan telah menimbulkan kemarahan warga UiTM, malah seluruh umat Melayu adalah lebih bersifat pengguguran bom ke atas rakyat dan negara ini serta boleh menyumbang kepada kemusnahan ketenteraman awam dan keharmonin.
Bagi saya kenyataan itu ibarat sudah terang labgi bersuluh bersifat memperjudikan masa depan anak bangsa semata-mata demi kepentingan politik kepartian, ianya sangat merbahaya dan lebih merbahaya dari ancaman bersenjata anasir subversif ketika gerakan revolusionar Parti Komunis Malaysia (PKM) masih aktif dulu.
Malah cadangan Khalid itu juga lebih merbahaya dari bom atom yang mepadang-jarak-padang-terkukurkan Nagasaki dan Hiroshima di Jpun dalam Perang Dunia Ke-II atau pun bom-bom berangkai yang digugurkan oleh tentera Amerika Syarikat dalam serangan penaklukan ke atas Iraq.
Bahayanya pula bukan hanya kepada ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat majmuk tetapi juga boleh membahayakan dan memusnahkan masa depan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri jika beliau terus menduduki kerusi Menteri Besar.
Kemarahan terhadap penerusan ternakan babi mega di Selangor yang sepatutnya dibatalkan, kemarahan terhadap janji untuk menghapuskan bayaran bil air yang tidak ditunaikan dan seribu satu macam janji lagi yang belum pun terbukti ada kata yang telah dikota, kini ditokok tambah pula dengan cadangan yang sangat jijik dan menjengekelkan serta membuatkan hati dan perasaan baka Melayu terbakar.
Bagi saya bukan nama Melayu lagi namanya bagi mana-mana baka Melayu kalau tidak ada rasa marah dan kecewa dengan cadangan Khalid itu yang pada hakikatnya cadangan seperti itu hanya akan sanggup dan tergamak dibuat oleh pemimpin dan kepimpinan Melayu yang terlalu 'busuk mulut dan busuk perut' sahaja.
Tidak mustahil cadangan Khalid itu akan memberi impak besar kepada keputusan pilihanraya kecil Kawasan Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kehilangan sebilangan besar sokongan dari pengundi Melayu, kecuali bagi Melayu merasa sudah tidak lagi berbangga dengan status Melayu mereka dan yang sudah mahu berhenti jadi Melayu.
Ekoran dari perlakuan Khalid itu boleh menyebabkan Kerajaan PKR/PR Selangor hanya boleh bertahan cuma sepenggal sebagaimana yang pernah berlaku kepada Kerajaan Pas Terengganu.
Malah seandainya Khalid berani meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan yang diwakilinya dalam plihanraya umum yang lepas dan telah membawa kepada kepada beliau menduduki kerusi Menteri Besar Selangor, kemudia beliau bertanding semula untuk menguji sokongan terhadapnya, saya yakin kalau 'Pak Had Ceton Tembus' pun yang jadi lawannya, Khalid akan tersungkur.
Kalau tak percaya, beliau boleh cuba ambil tindakan sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Saya juga percaya selepas keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh nanti, Khalid akan menjadi sasaran kutukan, cemuhan, kritikan dan kebencian pendukung dan penyokong PKR dan PR, terutama di kalangan Melayu yang berbangga dan status Melayu mereka dan terus mahu kekal sebagai Melayu.

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin Pakatan Rakyat ni pun satu.. banyak sangat dok kecek tak tetu kalu.. diam-diam sudah lah. Kecek hok benda penting sudah lah.. Dah tahu itu sarang tebuan, dok pegi jolok jugak buat gapo?

UMNO yang dikatakan memperjuangkan melayu akan bangkit dengan isu ini. Tak semena-mena jadi isu nasional... Kan lebih baik diam. Tengok Ustaz Azizan senyap je takdok masalah. Selangor ni je kecoh,kecoh dan kecoh...

Bagi kita yang tahu bidang kuasa kerajaan negeri dan pusat tidak ada masalah. Kita tahu tentang kuota kemasukan ke UiTM tu bidang kuasa kerajaan Pusat. Kerajaan negeri tiada kuasa dalam menentukan semua ini walaupun UiTM tu berada dalam negeri selangor... Tapi UMNO sengaja nesarkan isu ni dan rakyat yang tak tahu maklumat akan percaya tentang apa yang dicakapkan oleh UMNO...

Ini lah bahananya kalau mulut lembik... tahu nak kecek sajo...


NH Shah Alam