Friday, August 15, 2008
MUNCUL KEMBALI (61) - PKR/PR HADAPI KESUKARAN
PKR/PR HADAPI KESUKARAN UNTUK MENANG DI PERMATANG PAUH, KECUALI JIKA MOHD. SAIFUL BUKHARI DITIMPA LAKNAT
KECUALI manusia bernama Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kedua ibubapa, saudara mara dan jiran sekampungnya jahil-teropong, perlakuan sumpah sambil meriba al-Quran yang dibuat dalam sebuah masjid tidak akan dilakukan oleh sesiapa pun yang masih waras walaupun barangkali dunia dan segala isinya dijadikan ganjaran untuk melakukan sumpah palsu.
Jika ada yang sanggup berbuat demikian, maka ianya pastilah dari keturunan Azazil, ketua syaitan dan iblis yang sanggup menerima laknat dan balasan neraka bagi seluruh keturunan dan mereka bersekongkol dengannya semata-mata kerana ingkar kpada perintah Allah s.w.t. agar sujud kepada Adam a.s.
Saya yakin seluruh umat Islam di negara ini dan juga di seluruh dunia, malah mereka yang beriman dan bertaqwa yang telah mati, yang sedang hidup dan akan lahir sama seperti saya: akan bertanya macam mana Mohd. Saiful boleh seberani itu membuat sumpah.
Apakah seorang Mohd. Saiful sanggup memilih neraka selain dari ganjaran yang mungkin menjadikan hidupnya akan disaluti kemewahan untuk semata-mata untuk memusnahkan masa depan dan kerjaya politik seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang nampak kemaruk sangat mahu menjadi perdana menteri sehingga menimbulkan rasa meluat dan cuak di kalangan tertentu dalam Pas, antara parti dalam pakatan tanpa sebarang ikatan dan simpulan dalam Pakatan rakyat (PR).
Saya yang selama ini samar-samar tentang kemunasabahan terhadap tuduhan jijik lagi meloyakan ke atas Anwar dan tidak menyangka Mohd. Saiful akan melakukan sumpah laknat, mula percaya bahawa Anwar tidaklah sesuci yang disangkakan oleh kebanyakan orang, termasuk mereka yang fanatik dengan ketokohan dan kehebatan Anwar, lebih-lebih lagi apabila Anwar tegaskan walaupun 50 kali sekali pun Mohd. Saiful bersumpah, beliau tidak akan layan.
Kenapa beliau enggan membalas sumpah dengan sumpah juga? Saya yakin jika beliau mahu membalas sumpah dengan sumpah, maka upacara penyumpahannya akan disiarkan secara langsung oleh mana-mana stesen tv.
Keengganannya itu dan kesanggupan Mohd. Saiful untuk binasa jika beliau palsu dalam bersumpah laknat, mahu tidak mahu menjadikan rakyat negara ini akan melihat Mohd. Saiful lebih benar kerana sumpah dibuat di masjid dan menggunakan nama Allah.
Soal masa sumpah diadakan menampakkan semacam sengaja dirancang, itu barangkali bersifat persepsi penuh prejudis semata-mata. Pokok pangkalnya Mohd. Saiful bukan lawan politik, bukan calon yang bertanding melawan Anwar.
Kalau Mohd. Saiful sanggup dibinasakan dirinya, keluarganya dan keturunannya jika beliau palsu dalam membuat sumpah, kenapa Anwar tidak mahu, tidak sanggup yang sifatnya sama macamlah dengan tidak berani untuk bersumpah.
Demi untuk memastikan orang ramai, termasuk saya, tidak terus berdosa kerana salah tanggapan dan taksiran dalam kes ini seandainya ianya tidak benar-benar berlaku sedangkan Mohd. Saiful begitu berani bersumoab laknat, maka adalah lebih baik jika Anwar juga ikut sama bersumpah laknat.
Penegasan kononnya walaupun 50 kali Mohd. Saiful bersumpah beliau tetap tidak akan melayaninya menjadikan saya secara peribadi, malah orang ramai juga saya yakin berhak untuk timbul syak, berhak untuk membenarkan dakwaan Mohd. Saiful, kecuali jika anak muda kacak dan 'sedap kelih' itu ditimpa kebinasaan kerana sumpah laknatnya.
Sikap Anwar itu secara tidak langsung akan menambah-nipiskan lagi peluang untuk PKR/PR menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh setelah isu Menteri Besar Selangor membakar perasaan orang Melayu berkaitan isu UiTM, dakwaan Anwar kononnya ramai wakil rakyat BN akan lompat parti menyertai PKR/PR yang tidak jadi kenyataan serta nampak sangat kemaruk sangat Anwar nak jadi PM sudah sedia menjadi antara faktor yang menyebabkan prestasi dan reputasi PKR/PR rosak teruk.
Tujuan bertanding adalah untuk menjadi perdana menteri sudah nampak iyuk-petuk dari sudut nawaitunya. Bolehkah majoriti rakyat negara ini menerima bahawa tidak ada tokoh lain yang lebih layak untuk jadi Perdana Menteri.
Nabi tolak mentah-mentah mana-mana individu yang kemaruk mahukan sesuatu jawatan atau menduduki kerusi kepimpinan. Sebagai parti yang mendakwa asas perjuangannya adalah al-Quran dan Hadis, Pas kena tolak Anwar untuk jawatan Perdana Menteri kerana cara Anwar bertentangan dengan cara nabi.
Pimpinan Pas akan berdepan dengan penentang dan gerakan reformasi pendukung dan penyokongnya seandainya pimpinan parti itu memilih cara Anwar dan mengenepikan cara nabi dalam pemilihan pemimpin. Kalangan bukan Islam tidak mungkin akan terima Anwar sebagai Perdana Menteri kalau dalam PR majoritinya terdiri dari kalangan mereka yang selain dalam DAP, mereka juga mendemonimasi PKR.
Apakah Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan sebagainya tidak lebih layak jadi Anwar kalau mahu menubuh kerajaan bersalutkan sekularisme. Apakah Datuk Haron Din, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang tidak lebih layak dari Anwar untuk mengetuai kerajaan kalau kerajaan yang kononnya akan menggantikan kerajaan yang sedia ada ini pada atau 16 September nanti mahu mewujudkan kerajaan berteraskan Islam sejati.
Kalau pun Anwar betul-betul jadi perdana menteri, apakah Amerika Syarikat yang semacam sedang monitor apa yang berlaku ke atas Anwar (atas sebab-sebab yang hanya Anwar dan orang-ornganya sahaja yang tahu sebabnya) akan membiarkan negara ini membentuk kerajaan berteraskan Islam.
Pokok pangkalnya rapuh dan mumut sangatkah kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Nak menang di Permatang Pauh pun belum tentu, mana mungkin Anwar yang pasti bertambah hilang penyokongnya kerana enggan membalas sumpah laknat Mohd. Saiful dengan laknat juga boleh jadi Perdana Menteri pada atau selepas 16 September.
Anwar patut berhenti menjadi sang pungguk yang bercita-cita mahu beristerikan puteri bulan hanya dengan bergalahkan batang bemban, kelak sendiri juga yang akan merana!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Saya rasa Mohd. Saiful benar kerana itu beliau berani. Saya amat setuju keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas sumpah dengan sumpah boleh menipiskan harapan untuk PR, PKR dan atas nama peribadi Datuk Seri Anwar sendiri menang di Permatang Pauh.
2. Kalau PR kalah pasti akan muncul kembali isu pengundi hantu dan SPR tidak telus walhal keghairahan Datuk Seri Anwar yang nampak sangat nak 'kan jawatan PM menjadikan rakyat negara ini ketika ini melihat beliau bukan lagi Datuk Seri Anwar selama ini, antaranya termasuklah saya sendiri.
Kata Haji Hadi dan Haron Din,sumpah itu bukan cara Islam malah berupa tradisi orang Yahudi dan Kristian.Nabi Muhammad sendiri tidak meminta isteri baginda atau sosok yang bernama Safuan untuk bersumpah tikamana kedua mereka difitnah melakukan kecurangan.
Dalam konteks Saiful dan Anwar ini banyak perkara yang meragukan.Dari segi perubatan sudah disahkan. Dr Mohammad Othman membuat akuan sumpah makamah mempertahankan laporannya.
Jesteru saya lihat tindak tanduk Saiful lebih bermotif politik. Dan orang Jahil tidak akan berasa ketakutan kalau sudah dihabuan .
Apapun .. tunggulah mahkamah syariah membuat keputusan !
Salah satu yang menarik dalam tulisan Meli Kapak Jangak ini ialah beliau menyarangkan supaya Anwar Ibrahim turut bersumpah.
Ada tenor yang bercampur tegas seperti cuba memprovokasikan Anwar.
Tetapi Anwar bukan sosok yang harus dicuba,beliau telah masak dengan pengalaman 1998.
Anwar bukan sedikit kawannya dari kalangan alim ulama,jesteru beliau telah mendapat pandangan dan nasihat dari dalam mahupun ulama di luar negara.
Sesungguhnya sumpah Saiful semalam banyak mendatangkan tanda tanya malah menambahkan ketidakpercayaan golongan rakyat murba !
Inilah kebesaran tuhan ,motif menikam lawan tapi senjata umpuhnya kembali menikam badan. Tunggulah laknat Tuhan .. aduhai manusia yang berhati walang !
Ramai berkawan orang orang alim idak semestinya secara otommatik kita akan alim. Anwar Ibrahim tidak akan alim dan bertaqwa kerana ramai orang alim menjadi rakannya atau yang menyokongnya. Iman dan taqwa bukannya boleh diwarisi.
Saya tidak nampak Ramli Abdul Halim memprovokasi Anwar Ibrahim yang meminta beliau ikut sama bersumpah seperti Mohd. Saiful bersumpah.
Seronoknya Ramli ni dia tegas dan tegar dalam menyuarakan pandangannya sebagai penulis yang tidak bias mana-mana parti politik.
Saya pernah terbanyak serangkai kata dalam tulisannya tidak lama dulu. Beliau mencatatkan 'biar pun seluruh makhluk di bumi dan d ilangit membenci dan memusuhi kerana tulisannya tidak akan berkompromi dengan kemungkaran, beliau sanggup menghadapi dan menerimanya asalkan Allah tidak murkakanya kerana tidak menggunakan bakat kepengarangan yang dimiliki anugerah-Nya untuk menegakkan yang hak dan menentang yang batil. Kemarahan sesama makhlk tidak akan mendatangkan kebinasaan kepadanya tetapi kemurkaan Allah akan terbalas dengan kesengasaraan yang tidak boleh diucapkan dengan kata-kata atau digambarkan dalam bentuk tulisan. Beliau sangguo sengsara di dunia tetapi tidak sanggup sengsara di akhirat, beliau sanggup menangis di dunia ini walaupun air mata dari tangisannya boleh membanjirkan seluruh dunia tetapi beliau tidak sanggup untuk ketawa di dunia dan menangis di akhirat nanti.
Saya rasa tidak salah kalau Anwar pun ikut sama bersumpah. Tentang cara bersumpah yang dikatakan menyamai Krintian kerana memegang al-Quran, ianya adalah berbentuk teknikal sahaja.
Lagi pun Mohd. Saiful bukan orang kuat agama, ayahnya bukan tok guru, barangkali juga tidak ada alim ulamak yang menjadi rakannya macam Anwar. Imam masjid patut betulkan kesilapan itu kalau bersumpah dengan memegang al-Quran itu perbuatan berdosa dan ditegah. Kalau cara Mohd. Saiful bersumpah itu tidak betul, makanya iman berada di sisinya itu tidak benar-benar alim sehingga tidak dibetulkan cara yang tidak betul ketika Mohd. Saiful melakukan sumpah.
Soal terknikal itu tidak sepatutnya dijadikan bahan hujah untuk dijadikan sebab agar umat Islam tidak ambil serius dengan sumpah laknat Mohd. Saiful. Yang pentingnya KESANGGUPAN bersumpah. Kenapa Mohd. Saiful berani bersumpah dan Anwar pula tidak berani.
Kalau sayalah, biarkan langit dan bumi ini dijadikan harta benda saya sebagai ganjaran supaya membuat sumpah laknat palsu, saya tak sanggup.
Saya menunggu apa pandangan dan komen lanjutan Ramli Abdul Halim tentang hal ini.
Saya ingin merujuk kepada komen kota said yang menyebut: 'Kata Haji Hadi dan Haron Din,sumpah itu bukan cara Islam malah berupa tradisi orang Yahudi dan Kristian.
Juga petikan: 'Dalam konteks Saiful dan Anwar ini banyak perkara yang meragukan.Dari segi perubatan sudah disahkan. Dr Mohammad Othman membuat akuan sumpah makamah mempertahankan laporannya.
Jesteru saya lihat tindak tanduk Saiful lebih bermotif politik. Dan orang Jahil tidak akan berasa ketakutan kalau sudah dihabuan .
Apapun .. tunggulah mahkamah syariah membuat keputusan!
Komen saya: Haji Hadi dan Haron Din memang orang mengaji agama tetapi pada masa yang sama mereka berdua adalah orang politik, yang dipertahankan adalah orang politik dari parti politik yang makan setalam dengan mereka. Kalau dipersetujukan dengan tindakan Mohd. Saiful, apa akan jadi nanti hubunngan Pas dengan PKR. Apa yang terselit di hati mereka diketahui oleh Allah.
Soal perubatan macam-macam boleh jadi kerana doktor juga manusia yang kadang-kadang ada kepentingan tersendiri. Antara sumpah minta Allah laknat jika sunpah yang dibuat cuma bohong dengan akuan bersumpah seorang doktor, boleh lebih diyakini akuan bersumpah seorang doktor?
Siapa kita untuk menstatus dan melabelkan Mohd. Saiful jahil sehingga sanggup menjadi alat politik dan membuat sumpah laknat kerana diberi habuan. Jika jangan ingat orang lain pun macam kita juga, kalau diberi habuan boleh kelabu mata. Juga harus diingat bahawa serban dan janggut panjang (Meli pun janggut panjang) bukannya suatu tanda perakuan kealiman.
Sepatutnya bukan tunggu keputusan mahkamah syariah yang mana pelaksanaan undang-undangnya dilakukan oleh manusia juga yang pastik cukup terbatas keilmuannya, sebaliknya kita tunggu siapa di antara keduanya, antara Mohd. Saiful dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan ditimpa laknat. Tidak ada ada yang lebih adil dari keadilan Illahi.
Mari kita ingat dan takuti amaran Allah Taala pada 3 ayat: Surah Al-humazah.
'Kecelakaan besar bagi tiap2 pencaci, pengeji (kepada orang lain)
yang mengumpulkan harta dan berulang2 menghitung kekayaannya
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)'
*****
Mari kita ingat pada Allah, berfikir / bertindak demi Allah dan sentiasa takutkan siksaan-Nya.
Kenapa Pas tak berani anjurkan sembahyang hajar perdana minta ditunjukkan kebenaran antara Saiful dan Anwar Brahim tu?????
KENAPA????????
Apakah mungkin mereka takut akan kebenarannya!!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment