Monday, August 18, 2008

MUNCUL KEMBALI (65)

Mampukah Umno/BN kalahkan PKR di Permatang Pauh?


TIDAK mustahil, itu jawapan yang diberikan kepada mereka yang bertanya saya sama ada secara bersemuka, atau pun melalui panggilan telefon, SMS dan internet tentang mampukan Umno/BN kalahkan PKR di Permatang Pauh.
Rasanya kalangan pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) terutama dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ada penyakit jantung kena bersedia menggengam ubat sewaktu berdepan dengan pengumuman keputusan Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Permatang Pauh nanti.
Sebenarnya banyak petanda yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas nama peribadi atau pun atas nama PKR kini sedang berdepan dengan keadaan yang sangat kronik untuk mempertahankan kemenangan di Permatang Pauh.
Antara yang ketara adalah kewujudan kumpulan agresif dan samseng yang bertindak ganas, termasuk terhadap petugas media walaupun pimpanan PKR Pulau Pinang pernah meminta maaf ekoran tindakan yang dilakukan oleh penyokong parti itu yang mencederakan petugas media dari sebuah akhbar Cina.
Tindakan berbentuk provokasi seperti mengepung kereta timbalan menteri, memaki hamun dan memasukkan wang RM1 ke dalam kocek menteri bagi tujuan menghina serta perlakukan ganas terhadap petugas media tidak akan dilakukan oleh pendukung dan penyokong kalau tidak diizinkan oleh pimpinan parti, terutama yang yakin partinya akan menang dalam pilihanraya.
Perbuatan biadab dan tidak menghormati peraturan dan perundangan itu tidak akan berlaku kalau bukan kerana diizin oleh pimpinan parti terbabit serta kalau tidak sedia telah dipelan, dirangka dan dikerangkakan awal-awal lagi kerana keganasan bukan sahaja boleh membawa kepada kecederaan tetapi juga boleh membawa maut.
Sebenarnya ada Isu lain lagi yang boleh menyebabkan Anwar akan ditolak oleh majoriti draipada keseluruhan pengundi berdaftar berjumlah 58,459 di Permatang Pauh atau oleh majoriti 30,338 pengundi yang telah memberikan undi kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail pada pilihanraya umum ke-12 beberapa bulan lepas.
Kekeceluparan Menteri Besar Selangor yang mahu diberikann kuota 10 peratus kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing di UiTM boleh menyebabkan pengundi Melayu menolak PKR kerana apa yang disuarakan itu bukan suara Melayu dan suara PKR, tetapi ianya adalah suara DAP.
Isu itu lebih pada hakikatnya bersifat pertambahan kepada masalah yang telah sedia ada, termasuk masalah ternakan babi mega, kegagalan menunaikan janji untuk pembekalan air bersih percuma serta banyak lagi janji-janji pilihanraya yang tidak dilaksanakan, banyak kata yang tidak di kota.
Keghaiaran dan sikap Anwar yang nampak kemaruk benar mahu jadi perdana menteri, secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang, meluat dan cuak di kalangan rakan-rakan dalam pakatan, terutama Pas yang lebih senior berbanding dengan rakan-rakan sepakatan, terutama PKR.
Umur PKR masih terlalu muda yang mana ianya wujud hasil gabungan dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) pada tahun 2003. Sebelumnya PKR dikenali dengan nama Parti Keadilan Nasional atau KeADILan yang mengambil alih sebuah parti yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1990.
Pelancaran KeADILAN hanya berlangsung pada 4 April 1999 sedangkan Pas wujud sejak tahun 1951 lagi manakala DAP ditubuhkan pada 18 Mac 1966, yakni 33 tahun lebih awal dari kelahan KeADILan dan 37 tahun lebih awal dari kelahiran PKR..
Lagi pula pasti pertanyaan-pertanyaan akan timbul di kalangan orang Pas khususnya, dengan memiliki 31 kerusi parlimen yakni hanya mengatasi jumlah kerusi Pas sebanyak lapan kerusi berbanding Pas yang memiliki 28 kerusi dan mengatasi jumlah kerusi DAP sebanyak lima kerusi berbanding dengan parti itu yang mempunyai 28 kerusi, kenapa Anwar sudah mahu lebih terjulang dari pimpinan utama parti-parti sepakatan lain yang mana pimpinan utama parti-parti berkenaan pun turut berada dalam dewan.
Manakala bagi kerusi dewan undangan negeri pada waktu ini, PKR hanya ada 48 kerusi berbanding dengan Pas sebanyak 82 kerusi dan DAP yang mempunyai 73 kerusi. Melihat kepada jumlah kerusi yang PKR miliki, parti itu sebenarnya bukanlah hebat sangat pun. Jadi kenapa parti yang tidak hebat tokohnya mahu dilihat, dianggap dan diterima sebaga hebat.
Kalau PKR, khususnya Anwar, gagal menjaga hati dan perasaan Pas, pada saya Pakatan Rakyat boleh hilang Perak, malah Selangor juga kerana jika BN (19 kerusi) + Pas (8 kerusi) jumlahnya akan jadi 27 kerusi manakala jika PKR (15 kerusi) + DAP (13 kerusi), jumlah cuma 28, yakni cuma lebih satu kerusi. Jika keadaan genting itu berlaku saya yakin akan ada orang PKR akan lompat parti.
Juga pasti akan ramai yang memperhitungkan, hebat sangatkah Anwar dan PKR itu sendiri sehingga perjuangan dan usaha yang dilakukan lebih terjurus dan tertonjol kepada unsur leaderisme, seolah-olah hanya beliau sahaja tokoh yang paling mampu dan paling layak menjadi peneraju kepimpinan negara sedangkan hakikat sebenar bukan begitu.
Harus diingat bahawa sebelum Anwar mewakili Permatang Pauh yang kemudiannya diwarisi oleh isterinya, Dr Wan Azizah, kawasan berkenaan diwakili oleh Pas dengan wakil rakyatnya bernama Haji Zabidi, orang Sungai Dua.
Lagi pun 67 peratus pengundi Permatang Pauh adalah orang Melayu yang dirosakkan hati dan perasaannya oleh kenyataan Khalid Ibrahim berkaitan dengan isu UITM manakala Cina pla 21 peratus, India 11 peratus dan selebihnya adalah bangsa-bangsa lain.
Saya cukup bersetuju dengan tulisan Saudara Zulkifli Jalil (lihat Analisa Berita, Utusan Malaysia, muka surat 6 bertarikh 19 Ogos) bahawa penyokong Pas adalah penentu kepada kemenangan Anmar atau calon Umno/Barisan Nasional. Kalau Anwar menang juga, majoriti kemenangan hanya tipis.
Mkepada sikap peneraju jentera pilihan Umno/BN yang terus bersahaja, tenang dan sabar menghadapi provokasi PKR/PR, maka menjadikan saya tambah yakin adalah tidak mustahil bagi majoriti pengundi Permatang Pauh menolak Anwar/PKR dan akan memilih Umno/BN.
Lagi pun yang menjadi missi Anwar untuk 'dinyahkan' dalam kepimpinan kerajaan pusat adalah baka Pulau Pinang sendiri yakni Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pasti orang Pulau Pinang cukup tahu susur galur dan titih-barihnya.
Belulkah Abdullah haprak, lembek dan tidak mampu menjadi perdana menteri? Itu yang menjadi Anwar kemaruk dan pelahap mahu mengambil alih penerajuan kepimpinan negara yang kononnya akan menghadapi pelbagai masalah jika Abdullah Ahmad Badawi atau Najib Tun Razak terus terajui kepimpinan ngara.
Jawapanyang lebih tepat tentang pertanyaan itu atentulah dari orang Pulau Pinang sendiri, termasuk orang Permatang Pauh kerana mereka lebih kenal siapa itu Abdullah Ahmad Badawi berbanding dengan mereka dari nger--ngeri lain lain.
Lagi pun kalau dlihat dari sudut agama, seandainya benarlah Anwar lebih berkemampuan menerajui kepimpinan negara, kenapa pula Allah mentakdirkan Abdullah sebagai peneraju, bukannya Anwar yang terhalang oleh pelbagai musakah untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.
Abdullah tidak akan mampu melawan takdir untuk menjadi perdana menteri kalau bukan beliau ditakdirkan menjadi perdana menteri. Kenapa beliau jadi perdana menteri, bukan Anwar. Persoalan itu patut kita renungkan penuh hikmah. Kalau kita boleh mnerima bahawa sesuatu perkara tidak akan berlaku tanpa izin Allah yang Maha Tahu, maka kita tidak akan memakin hamun atau memperlekeh orang ditakdirkan itu kerana jika dipertikaikan bermakna yang dipertikaikan adalah Kebijaksaan Allah yang mentakdirkan sesuatu.

2 comments:

Anonymous said...

Keputusan sudah sedia ditakdirkan. Itu hakikat yang akan diterima tanpa ragu oleh mereka yang beriman dan bertaqwa, kalau ikut pendirian Meli, selari dengan Islam ke tidak pendiriannya, saya tak berani pastikan kerana saya tak sekolah Arab.
Dulu parti-parti pembangkang kalah kononnya kerana wujudnya pengundi hantu dan gara-gara SPR tidak telus. Tokoh selebai Haji Hadi dan Nik Aziz pun percaya kemunculan pengundi hantu dan dakwaan SPR tida telus.
Ertinya pengundi hantu dan sikap tidak telus SPR lebih berkuasa dan lebih dari Allah. Kalau ikut pendirian Meli, mengkeranakan sesuatu selain dari kerana Allah boleh punahkan akidah, mengkeranakan kalah menang dalam pilihanraya kerana pengundi hantau atau SPR tidak telus boleh punahkan akidah. Meli kata dia sekolah arab sebab itu dia berani cakap. Saya tunggu ulasan alim ulamak.
Maknanya kemenangan parti-parti pembangkanmg di Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor pada pilihanraua umum kedua belas baru-baru ini kerana pengundi hantu yang undi Umno sebelumnya telah memberi undi kepada parti-parti pembangkang dan pastinya kerana SPR lebih bersikap telus kepada pembangkang tetapi bersikap tertutup kepada Umno dan BN?
Maknanya kalau pengundi hantu pakat-pakat pangkah Umno dan SPR bersikap terbukan kepada Umno 26 haribulan nanti Umno akan menang dan takdir akan berubah?
Bila soal-soal yang berkaitan dengan agama ni, banyak pandangan dan pendirian Meli lebih nampak betul dari pandangan dan pendirian kononnya alim ulama dalam Pas. Itu pandangan peribadi saya yang serba jahil ini. Macam mana komen alim ulamak yang yang tidak ada kep[entingan politik?

Anonymous said...

Memang ada HIKMAH DI SEBALIK CALON YANG DIANGKAT BEBERAPA DARJAT DARIPADA ORANG LAIN UNTUK MENERAJUI UMMAH, KADANG-KADANG IA MERUPAKAN UJIAN PULA, BERTAWAKALLAH DAN Isentiasa iNsAf akan kelemahan hambaNya agar amanat yang kita pegang itu sentiasa dimuliakan. sebaliknya jika ingkar dan lupakan amanat Nya, mungkin kita dapat balasan dan dihinakanNya.