Monday, August 18, 2008
MUNCUL KEMBALI (64)
Sumpah laknat: sukar nak dapatkan perakuan kebenaran dari musuh
SUKAR untuk mendapatkan perakuan tentang kebenaran, komolekan dan keseragaman pandangan dari musuh, kalau pihak yang bermusuhan boleh sealiran pandangan dan boleh 'makan setalam' ianya boleh dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa.
Pas dalam apa keadaan dan suasana sekali pun sukar untuk menerima sanjungan dari Umno dan Umno juga sukar untuk terima pujian dari Pas walaupun apa yang Pas atau Umno rancang dan laksanakan adalah melabakan kedua-dua pihak.
Kerana ketidak-tepatan namanya pada pandangan Pas, maka parti tidak boleh menerima Islam Hadhari, malah sesetengah pimpinan parti itu melabelkan Islam Hadhari agama baru kerana penjenamaan dibuat oleh Umno.
Walhal kalau dilihat secara tulus antara Islam Hadhari dengan Parti Islam SeMalaysia sama-sama guna Islam. Kenapa Islam Hadhari dianggap tidak boleh sedangkan Parti Islam Semalaysia boleh.
Antara Islam Hadhari dengan Parti Islam SeMalaysia penjenamaan sama-sama dibuat oleh manusia, malah saya yakin tidak ramai yang tahu, termasuk golongan muda dalam Pas bahawa yang meluluskan pendaftaran Pas adalah pegawai pendaftaran pertubuhan bergama Hndu, nama Parti Islam SeMalaysia bukannya turun dari langit.
Sama ada boleh atau tidak boleh nama Parti Islam Semalaysia atau pun Islam Hadhari digunakan atau tidak, terpulang kepada niat dan pengisian di sebalik nama itu sama ada selari dengan al-Quran dan Hadis atau tidak.
Kerajaan-kerajaan pada era keagungan Islam tidak pernah dinamakan kerajaan Islam, sebaliknya digunakan nama Kerajaan Uthmaniah, Abbasiah dan sebagainya tetapi yang pasti kerajaannya bertunjangkan ajaran Islam secara mutlak dan rujukan multak adalah al-Quran dan Hadis.
Dalam pada itu Umno pula tidak menerima hudud yang drafnya disediakan oleh Pas kerana menganggap draf hudud berkenaan adalah Hudud Pas. Soalnya bijak sangatkah orang Pas untuk mencipta hudud sendiri.
Kalau hudud yang didrafkan itu dicedok dari al-Quran dan Hadis, maka ianya bukan hak Pas. Kalaulah ada di antara terma-terma dalam draf itu tidak selari dengan Islam, orang Umno yang mengesan ketidak-selarian itu kena buat teguran dan cadangan dan Pas pula wajib menerima dan membetulkannya.
Demikian juga dengan Islam Hadhari. Kalau namanya tidak tepat, kewajpan Pas adalah menegur dan memberi cadangan nama baru yang lebih tepat, malah jika terma-terma yang terkandungan dalam draf Islam Hadhari itu tidak selari dengan Islam, Pas kena tegur dan buat cadangan manakala Umno pula wajib menerimanya.
Tetapi setakat ini belum ada usaha ke arah itu yang sebenarnya boleh menjadi formula penyatuan ummah. Masing-masing menjadian melanyak puak lawan dan menjulang puak sendiri sebagai budaya dan amalan rutin, menjadikan jurang perpecahan ummah makin hari kian parah.
Bersandarkan kepada faktor itu, maka tidak hairanlah kalau pun Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengulangi sumpah laknatnya sebanyak lima bilion kali pun pihak yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti tidak akan melihatnya sebagai suatu kewajaran, sebaliknya akan dinilai dengan penuh prejudis.
Ini adalah kerana pemuda itu dilihat bermusuhan atau pun dijadikan alat oleh musuh Anwar dengan pelbagai alasan dijadikan hujah untuk tidak memperakukan bahawa apa yang dilakukan oleh pemuda berkenaan betul. Kenapa dari seorang pembantu boleh menjadi musuh tidak pula ada maklumat yang dijumpai setakat ini.
Antaranya yang dipersoalkan ekoran tindakan Mohd. Saiful itu ialah sumpah yang dibuat diadakan dalam masjid dan memgang al-Quran pula. Kononnya bersumpah memegang al-Quran itu sama seperti cara orang Kristian bersumpah memegang Injil.
Tetapi tidak pula dinyatakan apakah bersumpah dalam masjid dan memegang Quran itu satu perbuatan yang haram dan ditegah oleh Islam. Kalau ianya tidak haram, kenapa pula perlu dipertikaikan sehingga pokok persoalan kenapa pemuda berkenaan boleh berani bersumpah cuba ditenggelamkan.
Kesimpulannya pada pendapat saya, dalam kes sumpah laknat Mohd. Saiful Bukhari dan tuduhan Anwar meliwatnya, orang ramai tidak boleh mengharapkan perakuan bahawa tindakan pemuda itu betul dari pihak lawan pemuda itu kerana ianya tidak akan berlaku.
Cuma setiap di antara kita kena rasionalkan diri dan kena tepuk dada tanya selera, apakah kalau kita jadi Mohd. Saiful Bukhari, kita akan sanggup menyediakan diri dan keturunan kita untuk mnerima laknat kerana kita jadi alat atau kerana diberikan habuan langit dan bumi sebagai milik kita.
Juga perlu direnungkan, kenapa pula Anwar enggan membalas dengan sumpah laknat agar rakyat negara ini, khususnya umat Islam tidak terus keliru berhubung dengan kes beliau dituduh meliwat pembacuh kopinya.
Kalau dah dikatakan sumpah laknat tak payah dibuat di masjid dan tak payah memegang al-Quran sebagai syarat bersumpah, tentulah sumpah boleh dibuat pada majlis ceramah dan kempen pilihanraya, satu perbuatan yang tidak payah,m sbaliknya amat mudah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
"Kesimpulannya pada pendapat saya, dalam kes sumpah laknat Mohd. Saiful Bukhari dan tuduhan Anwar meliwatnya, orang ramai tidak boleh mengharapkan perakuan bahawa tindakan pemuda itu betul dari pihak lawan pemuda itu kerana ianya tidak akan berlaku.
Cuma setiap di antara kita kena rasionalkan diri dan kena tepuk dada tanya selera, apakah kalau kita jadi Mohd. Saiful Bukhari, kita akan sanggup menyediakan diri dan keturunan kita untuk mnerima laknat kerana kita jadi alat atau kerana diberikan habuan langit dan bumi sebagai milik kita.
Juga perlu direnungkan, kenapa pula Anwar enggan membalas dengan sumpah laknat agar rakyat negara ini, khususnya umat Islam tidak terus keliru berhubung dengan kes beliau dituduh meliwat pembacuh kopinya.
Kalau dah dikatakan sumpah laknat tak payah dibuat di masjid dan tak payah memegang al-Quran sebagai syarat bersumpah, tentulah sumpah boleh dibuat pada majlis ceramah dan kempen pilihanraya, satu perbuatan yang tidak payah,m sbaliknya amat mudah"
Saya melihat petikan tulisan tuan pengelola blog sangat tepat. Orang Melayu (walaupun baca fatihah pun tak betul) jika dituding kata bukan Islam lagi, pasti penumbuknya akan singgah ke muka si mulut celupar. Inikan pula sumpah laknat, kalau kerana diubpah dan diperalatkan, masakan Mohd. Saiful Bukhari berani bersumpah supaya dirinya, keluarganya dan keturunannya dilaknat. Kebersungguhan tokoh-tokoh besar parti-parti politik mempertikaikan tatacara pemuda itu bersumpah membuktikan bahawa sumpah itu sama sepertti pengguguran bom berangkai di Permatang Pauh dan akan menyulitkan Anwar untuk menang.(saya pun pengundi di sini yang undi Wan Azizah pada pilihanraya lepas tetapi pada pilihanraya kali ini saya sekeluarga dan jiran-jiran tidak akan beri untuk kepada PKR lagi.
Post a Comment