Sunday, August 17, 2008

MUNCUL KEMBALI (63)

Tiwalah al-Quran: kita patut rebut peluang mendapatkan ganjaran pahala


MALAM tadi (malam 18 haribulan) Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke--50 yang akan berlangsung sehingga 25 Ogos melibatkan 80 peserta daripafa 49, ber;langsung di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Maknanya tilawah al-Quran peringkat antarabangsa sudah 50 kali dianjurkan di negara dengan jumlah penyertaan politik kian bertambah samping tilawah peringkat kebangsaan yang telah selesai diadakan di Kedah baru-baru ini.
Pada awalnya dinamakan Pertandingan al-Quran dan kemudiannya diubah kepada Musabaqah al-Quran sebelum dinamakan Tilawah al-Quran seperti sekarang, antara matlamat utama diadakannya tentulah untuk dapat ganjaran pahala.
Ini adalah kerana pada hakikatnya bukan sahaja pembaca ayat-ayat suci al-Quran yang akan dapat 10 kebajikan untuk setiap huruf yang dibaca tetapi yang mendengar dan menghayatinya juga akan mendapat pahala.
Cumna Persoalannya sejauh mana ayat-ayat suci al-Quran yang berjumlah sekitar 1.2 juta huruf dan mengandungi 6,236 ayat dengan 4,780 ayat diturunkan di Mekah dan dinamakan ayat/surah Makiyyah manakala 1,456 ayat lagi diturunkan di Madinah dan dinamakan Madaniyyah dihayati, diimani dan dipraktikkan.
Setelah 50 kali tilawah peringkat antarabangsa mahu pun peringkat kebangsaan diadakan yang disiarkan secara langsung oleh tv dan radio, selama mana kita dan anak isteri boleh bertumas di depan kaca tv untuk tekun menonton, mendengar dan menghayati bacaan setiap qari dan qariah.
Seramai mana umat Islam di negara kita boleh bersekang biji mata menyaksikan perlawanan bolasepak dan seramai mana pula yang boleh khusuk sekhusuk tayangan filem Hindustan, apatah berbandingan dengan rancangan realiti tv seperti Akademik Fantasia, dalam menghayati siaran tilawah al-Quran.
Kalau tidak silap ingatan sayalah, nabi ada bersabda untuk bezakan antara rumah umat Islam dengan rumah orang musyrik ialah di rumah orang Islam ada ada bacaan al-Quran.
Barangkali tilawah al-Quran yang diadakan saban tahun dan disiarkan secara langsung oleh tv dan radio boleh diterjemahkan maksud sabda nabi itu yang mana jika sepanjang waktu tilawah al-Quran berlangsung, ada yang menyaksikan saluran lain, maka ketulenan keimananya pemilik rumah yang tidak menonton siaran tilawah bolehlah dicurigakan, kalau pun penghuninya beragama Islam, ianya adalah penganut Islam yang jahil.
Sepatutnya sepanjang tlawah berlangsung, setiap umat Islam mengambil kesempatan merba al-Quran dan perhatikan cara sebutan para qari dan qariah kerana lazimnya mereka yang mnyrtai tilawah terdiri dari kalangan yang baik bacaannya, terutama tajwidnya.
Kalau satu huruf al-Quran dibaca diganjarkan dengan 10 kebajikan, maka jika seluruh 6,236 ayat al-Quran dibaca gajaran pahala yang diperolehi adalah sebanyak 120 juta, malah dengan dipgarai kebajikan kerana membaca al-Quran, api neraka tidak akan dekati kita.
Nilai setiap huruf al-Quran itu cukup tinggi kerana proses penurunannya melalui wahyu pun bukannya mudah. Ketika menerima ayat pertama sewaktu di Gua Hira' um,pamanya Rasulullah s.a.w. pada malam 17 Ramadhan bersamaan dengan 6 Ogos 610 Masehi, baginda dilanda seram sejuk dan gementar, malah setiap kali menerima wahayu dahi baginda akan berpeluh.
Jibril sebagai penyampai wahyu dikakatan berulang alik dari langit ke dunia lebih 23,000 kali dalam menyampaikan tugasnya dalam tempoh 23 tahun kerana selain dari menyampaikan wahyu, Jibril juga mentadarus al-Quran bersama Rasulullah s.a.w.
Justeru kalaulah sewaktu Tilawah al-Quran disiarkan secara langsung oleh tv dan radio, kita masih memilih menonton saluran lain, maka patutlah dibuat pemeriksaan kualiti iman dan taqwa kita.

1 comment:

Anonymous said...

Malaysia dan dunianya akan aman damai kalau al-Quran dipedulikan. Berpolitik makin hamun, kutuk puak lawan julang puak sendiri, dedah kelemahan serta keburukkan orang dan sorok kelemahan dan keburukan sendiri, menantu orang tak boleh menantu kita boleh, orang lain jahil belaka hanya kita dan puak-puak alim belaka dan macam-macam hal lagi yang mengelirukan ummah tidak akan berlaku kalau al-Quran dipedulikan. Kes wakil rakyat berbini kemudian biarkan bini dan anak-anak tidak terurus, mengenpikan takdir dan ketentuan Allah, menyamakan sahabat (kroni)Rasulullah s.a.w. dengan anak beranak (kroni) kita berlaku kerana al-Quran hanya dibaca tetapi isi kandungannya tidak dipedulikan. Kembalilah wahai saudara-saudaraku kepada al-Quran dan Hadis demi keamanan dunia serba sementara ini!