Tuesday, August 19, 2008

MUNCUL KEMBALI (66)

Ganjaran dan pencen: penerima tidak patut dihadkan pada satu bidang sahaja


SELURUH rakyat negara ini, apatah lagi para atlet, lebih-lebih lagilah mereka yang terlibat dalam sukan badminton pasti tumpang gembira dengan penghargaan negara yang diterima oleh pemain badminton, Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak dalam acara perseorangan pada Sukan Olimpik Beijeng yang menerima ganjaran RM300,000 dan pencen seumur hidup RM3,000 sebulan.
Lee Chong Wei memang layak menerima ganjaran dan pencen itu kerana pencapaian beliau yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia. Kejayaan itu tidak mungkin dicapai kalau tidak ada kesungguhan dan semangat juang demi negara kerana sebelum sampai ke peringkat itu, pemain berkenaan terpaksa berdepan dengan lawan yang merupakan jagoan-jagoan bertaraf dunia belaka.
Saya yakin bersandarkan kepada apa yang diraih ddan inikmati oleh Lee Chong Wei itu, sukan badminton akan menjadi pilihan ramai untuk diceburi secara profesional di negara ini pada masa-masa akan kerana ianya ada jaminan masa depan.
Hendaknya dalam menghargai kejayaan Lee Chong Wei, pihak-pihak lain yang turut menyumbang kepada kejayaannya, terutama jurulatih tidak akan hanya sekadar menelan air lior melihat penghargaan yang diberikan kepada pemain.
Sukan-sukan lain juga sama ada bolasepak, angkat berat, menembak, skuasy, renang, bowling, menembak, memanah, lumba basikal, lumba lari, lombat jauh dan sebagainya juga tentunya akan diceburi secara profesional dan sepenuh masa jika ada jaminan masa depan untuk mereka.
Sukan bolasepak umpamanya menjadi malap kerana para pemain tidak begitu memberi tumpuan kepada permainan. Antara faktornya ialah atas nama pemain bolsepak, mereka juga perlu memberi sebahagian tumpuan kepada memikirkan tentang masa depan selepas tidak mampu lagi bermain bolasepak kerana mengalami kecederaan atau faktor usia.
Bagi saya sudah sampai masanya, selain dari imbuhan bulanan yang patut diberikan kepada pemain bolasepak dan atlet-altet dalam pelbagai bidang pada jumlah yang membolehkan mereka hidup selesa, pemberian pencen dengan jumlahnya berdasarkan kepada statusnya sama ada atas nama kelab, pemain negeri atau pemain negara, juga patut dipertimbangkan.
Maknanya sudah sampai masanya untuk para altet menjadi altet sepenuh masa dan mnjadikannya sebagai suatu bidang pekerjaan, bukannya lagi atasan nama seorang pemain bolasepak, penembak, pemain skuasy dan sebagainya, pada masa yang sama adalah juga seorang guru atau kakitangan di sektor awam, swasta atau pun setidak-tidaknya seorang peniaga kecil.
Demikian juga dengan para budayawan dan karyawan, termasuk para penulis/sasterawan sepenuh masa yang sebenarnya peranan mereka adalah mengilmu dan memaklumatkan rakyat melalui kerja yang menuntut kebolehan, bakat, ketekunan dan pengorbanan masa dan tenaga yang luar biasa.
Ganjaran dan pencen untuk para penulis/sasterawan sepenuh masa misalnya hendaklah disandarkan kepada kualiti di samping kuantiti karya yang dihasilkan. Misalnya untuk layak menerima gaji dan pencen , seseorang penulis/sasterawan sepenuh masa kena hasilkan paling sejumlah karya.
Jika cara sedemikian dilakukan, maka tentulah akan lebih ramai rakyat negara ini yang ada bakat akan menjadikan bidang penulisas/kesasterawanan sebagai pekerjaan sepenuh masa secara profesional dan bukan lagi sebagai kerja sampingan atau hanya bertujuan memenuhi tuntutan hobi semata-mata seperti sekarang.
Demikian halnya dengan penggiat bidang kebudayaan dan kesenian sepenuh masa.
Sesungguhnya sebagaimana tidak mudahnya untuk menjadi altet, untuk jadi penulis/sasterawan juga bukannya mudah, malah karya-karya agung tidak akan mampu dihasilkan oleh para penulis/sasterawan yang menjadi kerja menulis sebagai kerja sambilan atau memenuhi tuntuan hobi.
Di negara kita tidak ramai sebenarnya penulis/sasterawan yang menjadi kerja menulis atau menjadi sasterawan sepenuh masa kerana status sebagai penulis/sasterawan tidak mampu menjanjikan masa depan yang terbilang, cemerlang dan terbilang.
Keadaan hidup penulis/sasterawan, penggiat kebudayaan, kesenian, pelukis sepenuh dan sebagainya yang tidak akan jaminan masa depan menjadikan hampir tidak ada golongan muda, termasuk para sisawazah yang tertarik dan berminat untuk mencburi bidang-bidang berkenaan sepenuh masa dan dijadikan suatu bidang pekerjaan.
Walhal andainya dihitung-hitungkan, kalaulah orang politik boleh menerima imbuhan bulanan dengan jumlahnya agak besar tanpa mengira kelulusan yang dimiliki, malah layak pula menerima pencen penuh dengan hanya menjadi wakil rakyat satu penggal yakni tidak lebih dari lima tahun perkhidmatan, kenapa para altet, penulis/sasterawan, budayan, penyanyi dan pelakun tidak boleh dipertimbangkan untuk diperlayakkan menerima imbuhan bulan dan pencen?

5 comments:

Anonymous said...

Tersentuh hati saya dengan tulisan anda yang turut disiarkan di ruangan pendapat Utusan Malaysia hari ini. Tapi apa nak buat, kerana politik yang gubal dasar, maka merekalah yang dapat faedah, untung dan laba berganda walaupun wakil rakyat yang anda kata dapat elaun tinggi tanpa wakil wakil rakyat dan dapat pencen hanya dengan sepennggal menjadi wakil rakyat jika dihitung jasanya belum tentu lebih besar dari jasa seorang tok dalang wayang kulit.

Anonymous said...

Demikian juga dengan para budayawan dan karyawan, termasuk para penulis/sasterawan sepenuh masa yang sebenarnya peranan mereka adalah mengilmu dan memaklumatkan rakyat melalui kerja yang menuntut kebolehan, bakat, ketekunan dan pengorbanan masa dan tenaga yang luar biasa.
Ganjaran dan pencen untuk para penulis/sasterawan sepenuh masa misalnya hendaklah disandarkan kepada kualiti di samping kuantiti karya yang dihasilkan. Misalnya untuk layak menerima gaji dan pencen , seseorang penulis/sasterawan sepenuh masa kena hasilkan paling sejumlah karya.
Jika cara sedemikian dilakukan, maka tentulah akan lebih ramai rakyat negara ini yang ada bakat akan menjadikan bidang penulisas/kesasterawanan sebagai pekerjaan sepenuh masa secara profesional dan bukan lagi sebagai kerja sampingan atau hanya bertujuan memenuhi tuntutan hobi semata-mata seperti sekarang.

KAWE SETUJU DGN DEMO MELI WEYYY
NANTI KAWE ROYAK KO POKLOH SURUH CALONKAN DEMO SORANG ;))

Anonymous said...

Meli tak payah dicalonkanlah. Dia dah berjaya sebagai seorang taukeh. Yang kena dicadangkan adalah penulis yang betul-betul bergantung kepada kerja menulis. Kalau di Kelantan Norhisham Mustaffa, Hashim Latiff, Zainun Abbas antara orang yang layak terima. Jasa mereka ni besar, mereka tak ada pencen kerana tak kerja makan gaji.

Anonymous said...

ehhhh lupo la pulak....
meli dok apo muga bini dia kijo.... kalu dok kijo pun dok apo muga bini dia kijo hehehe

Anonymous said...

Gaji bini Meli berapa belas atau puluh atau ratus ribu atau berapa juta sebulan yang dia boleh tanggung anak dan tok laki?
Setahu saya bini dia hanya penghulu wanita walaupun kerja untuk parti cukup kuat dan hebat. elaun RM400 sebulan diungkit-ungkit, seolah-olah kalau Puan Romelah Harun tak kerja Meli anak beranak boleh mampus kering.
Puan Romelah Harun setakat yang saya dapat maklumat bekas juara pidato sekolah-sekolah menengah malaysia. jawatan dan elaun yang diberi tak padan dengan kebolehan dan kerja kuatnya. saya yakin dia terima jawatan penghulu kerana minat pada kerja,bukannya kerana elaun. kalau dia tak jadi tok penghulu pun, dia buat kerja juga untuk parti. sekadar yang saya dapat maklumat Meli tak larang, dia jenis terbuka. masa dia banyak bantu pas dalam terbit buku dan risalah guna belanja sendiri sedangkan bini waktu itu aktoif dalam S46 yang dah berkidah dengan pas, dia tak kata apa. kerana sikap terbukanya tu buat bininya menyertai pas akhirnya. saya nampak Meli ada strategi dan kesabarang berpolitik walaupun beliau berkata beliau tidak suka berparti politik atau politik kepartian tetapi tidaklah jahil dalam berpolitik. kerana sikapnya itulah buat saya pun tertarik untuk ikuti perjalanan hidup dan mengenalinya walaupun saya yakin dia tak kenal pun saya.