WASILATUL UMMAH AKAN TEMUI PEMBACA
KALAU pasangan suami isteri gembira menerima cahaya mata, kalau orang makan gaji gembira menerma gaji, kalau orang parti politik gembira kerana menang dalam pilihanraya, kegembiraan bagi kami adalah apabila permohonan permit kami diluluskan.
Terima kasih kepadaUnit Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kerana meluluskan permohonan bagi mendapatlkan permit yang merupakan saudara paling baru kepada Mingguan Wasilah, Konsep, Fajar Islam, Geletek dan Aneka Peristiwa.
Terima kasih paling khusus diperuntukkan kepada Cik Puan Norlin Mudzafar. Kepada kami kelulusan permit bermakna terbukanya peluang kerja baru bagi mereka yang mengaji dan berpengalaman dalam bidang kemediaan tetapi masih menganggur.
Wasilatul Ummah yang bermaksud jambatan/perhubungan/persaudaraan ummah yang permitnya baru diluluskan Insyaallah akan muncul dalam bentuk majalah dengan kekerapan terbitan dua kali sebulan.
Ianya akan segera menemui pembaca dan akan diterbitkan oleh Meli Industry yang merupakan syarikat induk kepada kumpulan syarikat-syarikat Meli yang mula melebarkan sayap dalam bidang pengeluaran, pembungkusan dan pengedar bahan makanan berjenama MAKDO-NAB, bidang ternakan, perladangan, pembekalan biji benih, barangan kraf di samping urusniaga dalam bidang kemediaan serta khidmat mempertemukan jodoh.
Saturday, August 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ada barang baik ke? Saya cadang nak tambah satu bini lagi. Saya peminat sup belut, kopi bagung plus, malah boleh telan ikan beluko hidup.
Kalau boleh diuruskan janda pun tak apalah. Saya bukan memilih sangat, asal orangnya lawa dan kaya kira jadilah.
Mu buleh permit majalah baru pulok? Menatangmu Meli. Bakpo aku minta tokleh? KDN pilih kasih ke? Ko mu ada kaki di KDN?
Guano yang Global Media aku mintak tak leh. Mu tokleh tulung ko, Meli? Ada so perrmit pun jadilah.
Post a Comment