Wednesday, September 10, 2008

MUNCUL KEMBALI (70)

Jika anggap buang masa jumpa mereka, rakyat boleh tarik balik mandate untuk wakil rakyat


DALAM amalan demokrasi, seseorang wakil rakyat hanya akan jadi wakil rakyat dan seterusnya diangkat menjadi perdana menteri, menteri, menteri besar, anggota exco dan sebagainya kerana undi rakyat.
Maknanya mahu tidak mahu, wakil rakyat telah secara langsung termakan budi rakyat dan tergezet sebagai wakil kepada rakyat di kawasan yang diwakili, wakil rakyat sudah menjadi kepunyaan rakyat.
Dalam pada itu rakyat pula memilih seseorang wakil rakyat adalah bagi menjadi perantara, bagi jmenjadii saluran bagi menyuarakan suara mereka terutama kepada kerajaan yang juga dibentuk kerana mandat rakyat.
Sebilangan besar sumber kewangan kerajaan itu sendiri datangnya dari rakyat yang disalurkan melalui pelbagai kenaan cukai yang sepatut kena ikut yang ditetapkan oleh rakayat kerana kewangan kerajaan adalah sumbangan mereka manakala kerajaan dan jenteranya hanyalah melaksanakan amanah rakyat.
Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri dan juga pusat untuk memastikan pemegang amanah rakyat, apa pun yang mereka lakukan adalah memenuhi keperluan rakyat selaku pemberi amanah.
Menganggap berjumpa rakyat yang dalam kesusahan sebagai suatu kerja membuang masa sudah menjadi umpama ‘beruk gigit tuan’ dan jangan parahkan tuan kalau nantinya tali disenjah dan beruk mampu patah tengkok jatuh dari atas pokok kelapa.
Kalau wakil rakyat, perdana menteri, menteri, menteri besar atau anggota exco menganggap berjumpa rakyat dalam kesusahan hanya akan membuang masa, rakyat pasti akan boleh membalas dengan bertindak menarik balik mandate untuk diberikan kepada wakil rakyat yang sangguo buang masa, tenaga, wang ringgit dan buah fikiran untuk rakyat.
Pendirian wakil rakyat yang menganggap mengunjungi rakyat , terutama yang ditimpa musibah atau yang dalam kesusahan sebagai membuang masa bukan sahaja boleh merosakan reputasi wakil rakyat berkenaan secara individu tetapi reputasi seluruh wakil rakyat dan amalan demokrasi itu sendiri akan negative pada mata rakyat.
Tidak mustahil nanti akan berlaku rakyat yang akan mencium tangan wakil rakyat seperti sekarang tetapi wakil rakyat yang kena cium tangan rakyat kerana tanpa rakyat tidak akan ada wakil rakyat tetapi tanpa wakil rakyat tetap akan ada rakyat.
Sebelum 51 tahun yang lampau wakil rakyat boleh berlagak dengan rakyat dan menjadikan tuan beruk (rakyat selaku pemberi undid an mandate) boleh jadi takutkan beruk (wakil rakyat yang diberi undid an mandate) kerana waktu dunia serba tertutup. Dalam dunia yang serba terbuka dan maklumat boleh diperolehi di hujung jari sekarang ini, wakil rakyat yang menganggap diri sebagai penerima undi dan mandate lebih mahal dari rakyat selaku pemberi undi dan mandate, pasti akan dilanyak oleh rakyat.

No comments: