Wednesday, September 10, 2008
UNTUK BACAAN PADA BULAN PUASA (4)
Tuah menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh
RAMLI ABDUL HALIM
DI ANTARA tuah menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana adanya malam Lailul-Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan dan ianya (malam Lailatul-Qadar) adalah satu malam daripada malam-malam pada setiap Ramadhan.
Setiap orang berazam mahu berjumpa dengan malam berkenaan. Ada yang memlihat dan mempercayai Lailautl-Qadar itu berbentu satu lembaga yang akan dating berjumpa individu tertentu dan boleh diminta apa sahaja yang dihajati.
Kerana itu ada yang mentradisikan pemasangan pelita di halaman rumah, terutama pada dan selepas 15 Ramadhan, kononnya untuk menarik perhatian para malaikat Lailatul-Qadar masuk ke rumah mereka.
Sebenarnya untuk masuk ke rumah sesiapa pun, malaikat tidak perlu ditarik dan diumpan (barangkali sama juga dengan disogok/dirasuah) dengan pemsangan pelita kerana gelap bagi kita manusia tidak semestinya gelap kepada para malaikat.
Lagi pun Laitul-Qadar nama bagi suatu malam, bukannya nama bagi satu lembaga. Lailatul-Qadar yang mana dalam bentuk berkat dan kebergandaan pahalanya adalah khusus untuk kalangan yang beriman dan bertaqwa sahaja.
Kepada yang tidak beriman dan tidak bertaqwa, yang beragama Islam tetapi tidak sembahyang, banyak buat maksiat, kalau sembahyang pun pada hujung waktu dan kalau sembahyang pula secara ekspress atau pun bagi yang melakukan suruhan Allah dalam keadaan jahil, jangankan dengan memasang pelita, kalau dipasang sportlight pun malaikat bertugas malam Lailatul-Qadar tak akan dating dan kebaikan satu malam yang menyamai 1,000 bulan tidak akan diperolehi.
Yang paling berpeluang mendapat keberkatan, faedah, untung, laba, keistimewaan dan tuah dari Lailautl-Qadar ialah mereka yang sentiasa berusaha tanpa rasa jemu dan rasa putus asa meningkatkan kualiti iman dan taqwa, terutama yang melakukan kerja amal ibahan dan menjauhi segala kemungkaran kerana Allah dan bukannya yang selain dari itu, termasuk bukan kerana mahu berjumpa dengan Lailutl-Qadar.
Kalau mengharapkan kedatangan Lailautl-Qadar dalam bentuk lelaki tua berpakaian serba putih dan juga berjanggut putih untuk diminta agar dipenuhi segala hajat, ianya tidak mungkin akan jadi kenyataan, malah kepercayaan untuk bertemu Lailatul-Qadae berwajah sedemikian itu sebenarnya ada unsure-unsur Kristianisme yang penganutnya akan tunggu Santa Claus pada malam hari Krismas.
Hakikatnya mahu tidak mahu kita yang masih hidup secara tidak akan bertemu dengan malam Lailatul-Qadar kerana ia adalah satu malam daripada malam-malam sepanjang Ramdahan pada setiap tibanya Ramadhan.
Macam mana pun perolehan kebaikan atau sama ada akan terpenuh atau tidak hajat kita pada malam tersebut bergantung kepada jumlah amal ibadat, termasuk taubat nasuha dan doa yang dilakukan.
Kalau sekadar membaca Bismillah atau menyebut Allah pun pada malam berkenaan, nilainya akan lebih tinggi dari yang yang dibaca atau disebut yakni sama dengan yang dibaca atau disebut dalam tempoh 1,000 bulan.
Bagi yang hidup sentiasa dalam berzikir, bertasbih, bersedekah, sembahyang malam dan pelbagai amal kebajikan lagi, gajaran pahala yang yang akan diganjarkan kepadanya akan sama dengan yang dilakukan dalam tempoh 1,000 bulan yang bersamaan dengan 76 tahun 10 bulan.
Maknanya kalau seseorang itu sejak mula akil baligh lagi udah gigih, ketagih dan kemaruh beramal ibadat dan ianya pula sempat hidup selama 63 tahun, maka setelah dikira dari umur baliknya pada usia 15 tahun, maka peluang untuknya mendapat pahala berganda pada malam Lailaul-Qadar ialah sebanyak 48 kali.
Jumlah kebaikan yang diperolehinya pula adalah bersamaaan dengan 1,000 bulan didharab dengan 48 kali, bermakna untuk ganjaran pahala dari malam Lailul-Qadar sahaja 48,000 bulan, bersamaan dengan amalan yang dilakukan oleh 48 keturunannya.
Amat malanglah bagi yang beribadah secara sambil lewa, juga bagi yang hanya gigih, ketagih dan kemaruk bermusim dalam beribadah, termasuk hanya tunjuk kesungguhan pada bulan puasa dan pada malam-malam yang dijangka malam Lailatul-Qadar. Beribah perlukan komitmen dan kena sentiasa berusaha tanpa rasa jemu, kecewa dan putus asa untuk meningkatkan kualiti dan tahap keimanan dan ketaqwaan. Walaupun tamak bagi mengumpul kekayaan keduniaan tidak berapa digalakan dalam Islam teapi tamak untuk tingkatkan kualiti iman dan taqwa adalah digalakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment