Monday, September 8, 2008

UNTUK BACANAAN PADA BULAN RAMADHAN (3)

Allah mahu syurgakan seluruh hamba-Nya


SEBAGAI Maha Pencipta, Allah s.w.t tahu tentang ciptaan-Nya, termasuk tentang azabnya neraka yang disediakan untuk hamba-hamba-Nya yang enggan beriman dan bertaqwa.
Kerana itu Allah s.w.t. memperincikan tentang keazabaan dan maha sengsaranya neraka melalui pesuruh-pesuruh-Nya yang dinamakan nabi dan rasul serta melalui kitab-kitab-Nya.
Tujuan Allah s.w.t. berbuat demikian tentulah bagi memastikan hamba-hamba-Nya mendapat gambaran yang jelas tentang azab sengsara menjadi penghuni neraka supaya hamba-hamba-Nya tidak akan ada niat, keinginan, apatah berusaha untuk masuk neraka.
Dengan kata lain Allah s.w.t. tidak mahu hamba-hamba-Nya masuk neraka, sebaliknya akan memilih jalan dan akan berusaha untuk ke syurga. Ini adalah kerana azab sengsara neraka tidak akan mampu ditanggung oleh hamba-hamba-Nya.
Contoh jelas Allah s.w.t. mahu hamba-hamba-Nya masuk syurga ialah selain dari kepada hamba-hamba-Nya diutuskan nabi dan rasul di kalangan manusia sendiri, juga diturunkan kitab-kitab yang jika diimani dan ditaqwai, pasti hamba-hamba-Nya tidak akan sesat.
Tidak cukup dengan itu, pada satu bulan dalam satu tahun yakni pada bulan Ramadhan yang diwajibkan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa berpuasa, seagala amalan yang dilakukan ganjarkan dengan pahala yang berganda-ganda.
Bagaimanapun kepada hamba--hamba-Nya yang berbuat maksiat dan kemungkaran, termasuk dalam bulan puasa, tidak akan digandakan dosanya, malah pintu taubat tetap dibuka kecuali bagi pelaku dosa-dosa besar seperti syirik dan sebagainya.
Hamba-hamba-Nya yang megerajakan amal soleh diganjarkan pahala berganda tetapi yang berbuat dosa, jumlah dosanya tidak akan digandakan. Demikian betapa kasihnya Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
Dalam pada itu pula dalam sebulan bulan Ramadhan ada hari malam yang akan diberikan pahala yang berganda-ganda dari yang telah sedia berganda-ganda bagi mereka yang mengerjakan amalan soleh, yakni pada malam Lailatul-Qadar.
Allah menggezetkan malam Lailatul-Qadar sebagai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, secara tidak langsung ianya membuka peluang kepada kita yang beramal secara orang awam yang sering sembahyang di hujung waktu, sembahyang secara ekspress dan sebagainya, berpeluang juga masuk syurga kerana tahap keimanan dan ketaqwaan lazimnya lebih tinggi pada bulan puasa.
Maknanya amal ibadat yang dilakukan pada malam Lailatul-Qadar, nilainya akan melebihi jumlah amal ibadat yang dilakukan sepanjang hayat, kalau kita bertaubat nasuha tentulah taubat kita juga dinilai sama dengan seolah-olah kita bertaubat dalam tempoh seribu bulan tanpa henti.
Hakikatnya jarang ada umat Nabi Muhammad s.a.w. yang hidup sehingga seribu bulan yang bersamaan dengan 76 tahun 10 bulan kerana hayat Rasulullah s.a.w. sendiri hanya 63 tahun sahaja, jangka hayat baginda tidak sampai seribu bulan.
Nampak sangat betapa bertuahnya umat Nabi Muhammad s.a.w. dan betapa kasihnya Allah s.w.t. terhadap umat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. yang kalau boleh mahu disyurgakan belaka dengan disediakan pelbagai keistimewaan yang jarang dinikmati oleh umat nabi dan rasul lain.
Jadi apa lagi alasan yang boleh digunakan untuk kita tidak berbuat amal kebajikan dan memilih jalan yang dimurkai-Nya yang sekaligus bermakna kita tidak menghargai kasih Allah terhadap kita.
Malah sekaligus juga kalau kita memilih melakukan kemungkaran dari amal soleh sedangkan Allah mahukan syurgakan kita, bermakna kita mencabar Allah s.w.t. dan sangat tidak zalimlah kalau nantinya kita dinerakakan kerana kita sendiri yang memilihnya.

1 comment:

Anonymous said...

Dari duduk buat provokasi tentang ahli parlimen dari Kelantan akan masuk Umno, baik posting bahan-bahan macam ni, Meli. Pasti ada pahalanya. Mu pun sekolah arab. Titih tok padang jelapang lagi. Aku ada baca tulisanmu di ruangan agama Utusan Malaysia, ada kelas. Silapnya puak-puak Pas tak reti nak baca hati budimu, tak leh nak beza antara intan dengan kaca, antara sudu dengan garpu