Friday, September 5, 2008

BERITA GEMPAR!!! BERITA GEMPAR!!! BERITA GEMPAR!!! (2)


AHLI PARLIMEN DARI KELANTAN AKAN SERTAI UMNO HANYA PROVOKASI?

PEMANGGIL yang menelefon saya semalam hari saya call balik dan saya tegaskan kepadanya: "Imej saya sudah sangat tercemar kepada orang Pas, kredibiliti, prestasi dan reputasi sudah punah di mata orang Pas. Tapi saya tak peduli...saya sanggup dibenci oleh seluruh isi alam ini tetapi saya tidak sanggup dimurkai Allah. Saya hidup bukan kerana orang Pas dan bukan orang Pas yang hidupkan saya, yang senang atau susahkan saya. Tapi kalau maksud demo mahu menggunakan blog kawe atau akhbar dan majalah kawe untuk provokasi dan menyibarkan pembohongan, kawe tak boleh berkompromi dengan demo.

Betul kawe suka buat ramalan dan firasat tetapi itu berdasarkan gerak hati kawe, ianya bukan provokasi. Ramalan dan firasat boleh jadi betul dan boleh jadi tidak. Kalau ramalan dan firasat kawe tak betul dan kawe ditertawa dan dimenganyingkan, kawe tak kecil hati atau berdukacita kerana kawe sedar kawe tidak mampu ubah takdir dan ketentuan-Nya. Tetapi provokasi boleh membawa kepada keporak-purandaan, ianya dilakukan dengan niat tidak molek, kawe akan sangat terkilan kalau kawe dimangsa dan dijadikan alat provokasi"

Penegasan itu dibalas dengan kata-kata: "Walaupun kawe takdok jangut panjang dan lebat macam demo....kawe pun tau dosa pahala. Kawe pun sekolah ugama macam demo jugak. Kawe pun orang Pas. Hok kawe royat tu sengoti. Bukan main-main. Demo bunyi marah ni boktan demo baca komen Sayuti bokali. Kawe kata 1 Oktober....tarikh tu tak sampai lagi. Bila sampai masanya baru demo boleh tau sungguh ke tidak...betul ke belawok.

Kalu hak kawe royat tu dianggap provokasi....lagu mana dengan hak dok kata 16 September akan tukar kerajaan, hak kata ada wakil BN akan lompat parti sertai PR, bukan ke provokasi namanya. Lagi pula hak kalah teruk dalam pilihanraya ke-12 bukan Umno, yang kalah adalah parti MCA, MIC dan GERAKAN. Umno cuma kalah di Kelantan jah, di negeri lain dok lagi.

Demo kena rasional mmain politik ni. Cuba tengok peratus yang Umno dapat dalam pilihanraya umum ke-12, turun ke naik. Demo tengok pula peratus undi yang Pas dapat pula, naik ke turun. Dari apa yang kawe peratilah, peratus undi yang Umno dapat naik, yang Pas dapat turun. Yang menang besar bukan Pas tapi PKR dan DAP. Itu hakikatnya. Walaupun pahit menjadam, demo kena memperakukannya"

Insyaallah kalau ada masa saya akan buat kajian. Setakat ini si pemanggil tetap dengan pendirian bahawa sekurang-kurangnya dua ahli parlimen di Kelantan akan masuk Umno. Saya pula tidak akan siarkan nama-nama wakil rakyat yang diberikan itu demi untuk kepetingan kedua-dua wakil rakyat itu sendiri.

Pokok pangkalnya sama-samalah kita tunggu apa sebenarnya yang berlaku pada 1 Oktober nanti sebagai sama-sama kita tunggu 16 September nanti.


6 comments:

Anonymous said...

Sdr. Ramli.

Dato' Him Ali tak masuk senarai ko? sebab pada PRU12 dulu dia guna lambang PAS

(Berahim Bebas cap PAS)

Anonymous said...

Soal Dato' Him Ali tak patut tanya Meli. Keduanya tak ngam mana pun. Kalau tak silap saya, semasa Meli jadi ketua biro Harian Watan dulu Dato' Him pernah hantar saman Meli bersama bekas ADUN Wakaf Bharu, Haji Ramli Abu Bakar.
Kalau pun Dato' Him masuk Umno semula, bukan salah dia pun kerana menang di Parlimen Pasir Mas dengan bantuan Pas. Dia bukan ahli Pas disuruh bertanding atas nama Pas buat apa. Dalam kes ni yang cediknya Dato' Him.
Saya agaklah orang Pas ingat mereka telah berjaya peralatkan Dato' Him kerana kononnya ada calon-calon yang nak bayar wang pertaruhan masa bertanding pun guna duit Dato' Him.
Kalau Dato' Him tak ada duit banyak dan hanya ada pengaruh, katak sampai tujuh kali mampus dan tujuh kali hidup semula Dato' Him akan dipedulikan oleh Pas.
Tapi Dato' Him bukan bodoh. Kalau dia bodoh berpolitik dia tak akan lompat-lompat parti. Lagi pun lompat-lompatnya bukan bawa mampus tapi memberi tonic kepada masa depan politiknya.
Kalau dato' Him masuk Umno, wakil rakyat parlimen dan DUN tak 'kan tak ikut masuk sama. Harap-harapnya Dato' Him tak akan masuk Umno.
Lainlah kalau orang Umno ajak kerana Dato' Him bukan keluar dari Umno tetapi beliau dipecat yang beliau sendiri tentu tidak boleh terima pemecatannya.
Maknanya jiwa Dato' Him tetap Umno, bukan jiwa Pas. Kalau dia nak masuk Umno orang Pas takleh sekat. Mudah-mudahan ahli parlimen yang Meli kata pemanggil telefn ada berikan nama dan bidatannya bukan Dato' Him.
Tapi kalau Umno berjaya memikat hati Dato' Him, Umno Pasir Mas khususnya dan Umno Kelantan amnya pasti akan kembali bersemarak.

Anonymous said...

Saya sokong benar kalu Dato' Him masuk Umno semula. Sidang Parlimen tentu akan sentiasa panas.
Pengundi Parlimen Pasir Mas pun akan dapat banyak faedah kalau Dato' Him masuk Umno. Atas nama bebas, payah sikitlah, kena guna duit sendiri. Penduduk Pasir Mas bukannya sikit.
Nak harapkan Pas hulur samah-serial, Pas pun dok harap pitih dari kutip derma yang tidak pernah berhenti sejak tahun 1990 lagi.
Orang Pas boleh hilangkan kemarahan pengundi dengan tonjolkan jubah, serban dan janggut serta melalui ceramah-cemah guna lughah arab. Dato' Him kalu pakai kopiah pun tupai akan ketawa terkekeh-kekeh.
Mulut lasernya tu memang tak sesuai dengan Pas. Kalau dia berceramah berama tokoh-tokoh Pas, isi kandungan ceramahnya boleh buat tokoh-tokoh Pas panas pedih. Hakikatnya Dato' Him bukan orang Pas dan aliran pemikiran dan ucapannya tidak akan berbaur Pas.
Hidup Dato' Him!!!!!!!!

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

betul lee semua yang terjadi mulanya hanya provokasi saja. tapi kalau ok akan jadi real. kawe ni su akhbar mat yaakob dulu

Anonymous said...

Demo ni barang luput tarikh doh ni. bekas setiausaha mat che kob. bunyi kabalah, bini mat che kub woreh meli...titih kot padang jelapang.

Anonymous said...

ggapo la meli ni, berita belawok pun wat masuk

lo ni dah 4/10 tak dak gapa2 pun berlaku ko pas atau pkr

belawok saing mu meli, belawok