2 AHLI PARLIMEN DI KELANTAN SERTAI UMNO
'Sulit bagi orang lain tetapi tidak lagi sulit bagi saya. Dua ahli parlimen akan sertai Umno dan perisytiharan penyertaan mereka akan dibuat pada 1 Oktober nanti" itu panggilan telefon yang saya terima.
Pemanggil berkenaan memberikan nama dan biodata penuh kedua-dua ahli parlimen itu dengan seorang daripadanya adalah dari Parti Keadilab Rakyat (PKR). Bagaimanapun saya tidak akan menyiarkan nama mereka berdua buat masa ini.
Faktor yang mendorong kedua-duanya memilih menyertai Umno adalah bagi memastikan kedudukan kerajaan Umno/BN di pusat terus kukuh dan sekaligus untuk menidakkan dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan yang ada akan bertukar tangan kepda PKR dan beliau yang akan jadi perdana menteri.
Pemanggil itu mendakwa tidak ada sebarang tawaran harga, jawatan atau kecek dan pujuk rayu dari mana-mana pemimpin Umno negeri atau pusat yang menyebabkan mereka terdorong mahu menyertai Umno.
Sebaliknya keputusan itu dibuat atas pilihan sendiri demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta dan permohonan resmi untuk menyertai Umno dikatakan telah pun dibuat dan keduanya kini menunggu keputusan sama ada permohonan mereka diterima atau ditolak.
"Saya yakin kalau pimpinan Umno terutama ahli MKT berfikiran terbuka, rasional dan profesional, permohonan keduanya tidak akan ditolak, malah patut dialu-alukan" tegas pemanggil berkenaan yang mendakwa menerima perakuan dari kedua-dua ahli parlimen itu sendiri bahawa mereka akan sertai Umno.
Dakwanya, selain dari kedua-duanya, beberapa orang ahli parlimen lain lagi, termasuk dari Pas akan turut sertai Umno, malah ada beberapa ahli dewan undangan negeri juga turut akan berbuat demikian.
Antara faktor wakil-wakil rakyat berkenaan mahu masuk Umno ekoran kenyataan tentang kronisme dan nepotisme yang ditentang oleh Pas selama ini dikakatakan oleh pemimpin tertinggi parti itu bahawa kronisme dimulakan oleh Islam, malah Rasulullah s.a.w. juga dikatakan mengamalkan kronisme.
Kenyataan itu dikatakan amat mengelirukan. Kononnya kalau benarlah kronisme dibolehkan oleh Islam dan Rasulullah s.a.w. juga mengamalkan kronisme, ertinya selama ini Pas menentang Islam dan Rasulullah s.a.w. dalam soal koronisme dan nepotisme.
Sebagai sebuah parti yang dasar dan teras perjuangannya adalah Islam, tidak munasabah kalau apa yang dibolehkan oleh Islam dan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ditentang, malah ianya menjadi sesuatu yang tidak halal untuk ditentang.
Kalau kenyataan itu dibuat oleh tokoh utama semata-mata untuk selamatkan kedudukan sendiri dan orang-orang di sekelilingnya, maka lagilah tidak halal untuk Pas terus disokong dan didukung.
Pemanggil itu juga berkata, banyak yang Umno/BN buat yang asalnya dianggap tidak boleh dan haram oleh Pas, termasuk dalam soal bekerjasama dengan kalangan bukan Islam kini sudah menjadi sesuatu yang 'boleh' dan halal menjadikan apa yang Umno buat nampak lebih 'makan ssiku' dengan hukum hakam.
Tuesday, September 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
betul ke li cerita demo ni? kawe tahu UMNO Kelantan belum buat sesuatu yang luar biasa sejak 1990 ni! sapa yang kautim dengan mereka tu.... nanti ada pulak orang yang mengaku. kawe tahulah budayo kita orang kelate.
Untuk siaran blog atau media cetak dan elektronik mungkin apa yang disiarkan oleh Kapakjangak eksklusif sifatnya, tetapi untuk kebanyakan mereka yang rapat dengan ahli parlimen dan ahli dewan undanga yang dikatakan akan sertai Umno bukan perkara itu bukan luarbiasa.
Macam Meli pernah tulis dalam tulisan-tulisannya...barangkali murtad yang dibolehkan adalah murtad dari parti politik.
Meli tulis berdasarkan panggilan telefon yang diterimanya. Kalau maklumatnya tak betul, bukan Meli yang tak betel tetapi pemberi maklumat yang beri maklumat tak betul.
SALAM TUAN...
Tak boleh ke deme nak masuk UMNO dengan tujuan yang baik? Tapi kalau lompat ke parti pembangkang dibolehkan pulak?
www.pilihan-anda.blogspot.com
Salam Ziarah..
Parti politik tentulah terbuka untuk mereka yang mahu menyertainya asalkan tidak bercanggah dengan perlembagaan parti itu sendiri.
Tak salah bagi sesiapa yang nak masuk Umno macam tak salah kalau orang Umno nak masuk parti lain.
Saya setuju dengan Meli yang berpendirian tukar dan lompat parti boleh asalkan jangan lompat agama.
Antara parti politik dengan agama tak serupa. Kalau disamakan, kena periksa kualiti iman dan taqwa kita. Itu kata Meli dalam tulisannya yang pernah saya baca...bukan saya kata.
Samalah juga politik dengan agama tidak boleh dipisahkan, tetapi parti politik dengan agama tidak boleh diserupakan. Antara politik dengan parti politik tidak sama walaupun sebutannya serupa.
Tuhan dan nabi pun berpolitik tetapi Allah dan nabi tidak berparti politik. Kalau parti-parti politik ikut sama seperti Allah dan nabi berpolitik maka Islamiklah sesebuah parti politik itu walaupun tidak dibubuh nama Islam.
Itu pun kata Meli...bukan kata saya. Saya mendapat maklum Meli mengaji sekolah agama.
Kawe tak pelik kalu benda ni terjadi. Parti ni macama daun kayu jatuh, boleh bbalik atas bawah. Yang menjadikan sesuatu parti diminati kerana perlembagaannya. Pelaksanaan kadang-kadang tak berapa berbeza. Benda ni boleh bertukar bila-bila masa.Kalu UMNO ubah perlembagaannya, tak mustahil Tok Guru akan sokong. Begitu juga kalu PAS tukar perlembagaannya mungkin ramai akan lari.Presiden UMNO pernah keluar parti dan Yang Dipertua PAS pun pernah juga.
Pokok pangkalnya bakpa sesetengah daripada kita tak mahu berunding, bermuzakarah, bermubahalah. Jangan fikir kalu bermubahalah maka PAS kena ikut UMNO, tetapi ikhtiarlah sedaya upaya supaya UMNO boleh ikut PAS. Kita jangan terlalu prasangka memandang rendah seolah-olah pemimpin UMNO ni bebal sangat.
Seperkara lagi kita kena tengok situasi politik semasa. PR dah ada 82 kerusi sekali dgn PAS. Melayu 43dan Bukan Melayu 39.Kalu 30 yang lompat adalah Bukan Melayu maka jadilah PR 112 Nisbahnya menjadi Melayu 43 dan Bukan Melayu 69. Kalu ini keadaannya mungkin lebih ramai lagi ahli parlimen Bukan Melayu akan lompat kerana mereka akan jadi golongan majoriti dalam kerajaan baru. Macama -macam kehendak mereka akan tuntut. Dimana maruah Islam pada masa tu? Kalu keadaannya jadi lebih buruk daripada semasa pemerintahan BN, memadaikah dengan kita mengeluh " oh...ana tersilap percaturan ".
Perubahan positif akan berlaku jika Melayu turut lompat kedalam PR. Melayu tu adalah UMNO yang ada 79 kerusi. 66 di Semenanjung dan 13di Sabah.
Kalu PAS nak tengok Melayu yang beragama Islam terus hidup di bumi Malaysia yang merdeka ini mereka kena jalankan usaha memberi kefahaman Islam kepada seluruh ahli parlimen UMNO. Jangan tolak perundingan. Jangan tolak pemuafakatan dan jangan tolak mubahalah. Warisilah cara politik Rasulullah SAW.Ikhtiarlah supaya kita tidak menggadai maruah bangsa kita yang bernama Melayu kerana Melayu di Malaysia ini adalan orang-orang ISLAM.
Kalu selepas BN hancur, PR yang turut didalangi oleh PAS tetapi dikuasai majoritinya oleh orang-orang kafir bermaharajalela....adakah PAS tidak bersalah?
Kalau perubahan kerajaan menjadi negara akan diperintah secara lebih Islamik, ianya wajib disokong tapi kalau sebaliknya ianya tentulah haram disokong.
Belum ada tercatat dalam sejarah dunia, terutama apa berlaku di Iraq, Afghanistan, Rantau Balkan, Thailand dan sebagainya menunjukkan kerajaan yang gantikan kerajaan yang lama lebih baik dari kerajan lama.
Menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembankang. Tambahan pula orang tua berusia 51 tahun dengan budakj umur setahun walaupun orang tua berusia 51 tahun tidak bersekolah mana, tentulah orang tua berumur 51 tahun akan lebih cerdik dan lebih panjang akal berbanding dengan budak umur setahun kerana orang tua lebih berpengalaman.
Lagu tu jugalah kerajan. Yang berpengalaman 51 tahun tentulah lebih matang berbanding dengan kerajaan yang hendak baru ditubuh.
Jangan pula nanti dalam ghairah mahu menukar kerajaan akan menjadi umpama lari dari mulut rimau, termasuk dalam mulut buaya pula.
Jenis orang gila nak jadi perdana menteri ni berat sikit. Kalu zaman nabi, baginda tak akan angkat orang lagu ni jadi pemimpin.
meli ,jangan percaya la news tu .khabar angin sahaja ..biasa la sebelum 16 sept ni mcm2 berita tergempar sampai.
Meli percaya atau tidak, itu bukan persoalan pokok. Yang penting macam mana kalau benarlah dakwaan pemanggil yang memberitahu Meli tentang perkara itu. Apakah iklim politik negara akan bertambah baik atau sebaliknya?
Kalaulah benar 16 September kerajaan akan bertukar tangan dan Anwar jadi PM dengan Pak Lah pula bertukar jadi ketua pembangkang, apa kuasa luar biasa Anwar ada untuk memastikan negara dan rakyat akan menikmati hidup lebih baik dari sekarang.
Macam mana kalau kata tidak dikota, apa yang dimimpikan tidak menjadi realiti. Bercakap mudah, nak laksanakan apa yang dicakap tak mudah sebenarnya.
jangan harap la pkr nak masuk UMNO..ini hanya taktik BN yang dah kecut perut dengan 16 september ni..
blaja x abes ker,amalan zaman rasul dulu,,pemimpin bkn dipilih berdasarkn kroni,,tp dr sudut kelayakan,,harap dapat intabih balik r,,jgn kerana blog,islam dipesongkan,,wslm
Salam,
1 oktober ni YB Zul nak masuk UMNO untuk gagalkan bro AnWar dari jd PM yg akan menjual negara dan maruah bangsa..heheh..apo nak dikato..(,")
SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar & PLah!!
p.s. insyaallah YM Ku Li akan menjadi PM selepas PLah dijatuhkan...insyaallah..waallahualam..
Ada ke YB ahli parlimen nama Zul dari Kelantan?
Lari tajuk demo ni.
Ada lagi hak babuk duk mimpi Ku Li jadi PM. Biso setaro mano menah Ku LI nyo. Pada dok buwi jadi PM, baik angkat Dato' Him Ali. Baru ilir sikit.
Molek-moleh biar karpal singh jadi pm dan lim kit siang jadi tpm atau lim ki siang jadi pm dan karpal singh jadi tpm.
kalau para pemimpin parti-parti melayu asyik bercakaran sesama sendiri dan menganggap diri sendiri sahaja yang lebih sedangkan orang lain bahlol belaka, jangan terkejut kalau Malaysia pun akan jadi macam Palsetin, Iraq, Afghanistan, Rantau Balkan dan negara-negara umat Islam yang lain.
meli kena berani tulis tentang hal-hal yang boleh jadi ma'jum bagi pengubatan pemikiran orang melayu, jangan tiru cara orang harakah, orang siasah dan pengendali-pengendali blog yang tengok anwar, nik aziz, haji hadi, lim guan eng, mb perah dan mb selangor sahaja yang ada kualiti sebagai pemimpin menulis. penulis macam meli ni dah banyak dah.
mingguan wasilah meli sendiri pun akhir-akhir ni nampak lain macam. doh guano jadi lagu tu? dok dan mmikir kawang. meli sediri bakpo tak nnulis? jadi tokeh pun kena nnulis jugok.
Belago angin benar kawe dengan demo. Guano Jin Underroad, bukan On the road?
Nampak sangat pemimpin politik negara kita lloni lapar dan pelahap sangat nak jadi macam Iraq, Afghnaistan, Palestin dan macam-macam negara lagi.
Kalu napok orang politik koho babuk, baik puak-puak askar ambik alih pemerintahan negara. Cuba acu try sekali.
pitihsamah said...... salam..lie ambo x relo kelantan jd supo perak, kalu betul supo demo oyak kawe mintak YB 2 bertaubat dulu la.pikir panjang2, rakyat kelate allah s.w.t bg akal yg panjang,cerdik sume.pikir2 kn la...
Post a Comment