Wednesday, September 10, 2008

MUNCUL KEMBALI (71)

Isu 16 September boleh menyumbang kepada perpecahan sesama Pas


SEANDAINYA tarikh 16 September ini yang dicanang akan berlaku pertukaran kerajaan dan jawatan Perdana Menteri akan bertukar tangan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi kenyataan, secara tidak langsung ianya boleh mengundangkan kepada PKR-Pas akan pecah kongsi di samping Pas pula akan berpecah dua.
Pada saya isu berkenaan juga yang semacam turut diagendakan oleh kalangan tertentu dalam Pas tanpa dapat dipastikan tujuan dan matlamat sebenarnya boleh membawa kepada kehancuran Pas, satu hakikat yang walaupun sangat pahit tetapi terpaksa juga ditelan.
Tidak mustahil Umno/BN yang diharapkan dan sering didoakan akan lebur, sebaliknya Pas yang akan hancur, Umno akan bertambah kuat dan mantap, Pas yang longlai dan menjadi umpama si buta kehilangan tongkat.
Kalau kerajaan tidak bertukar tangan dan kalau Anwar tidak menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, bermakna gembar gembur dan janji serta jaminan pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri, termasuk oleh agen-agen Pas adalah satu pembohongan yang sangat nyata.
Berbohong, menyokong dan bersekongkol dengan pembohongan adalah perbuatan terlarang dalam Islam dan tidak halal disokong, malah tidak ada cara, alasan dan kias ulamak yang boleh menghalalkannya.
Sebagai sebuah parti yang kononnya berteras, bertunjang, berlandas, berpasak dan berpaksikan Islam, pasti dikalangan ahli Pas tulen yang tulen pula Islam dan iman serta taqwanya akan dilanda rasa berdosa yang sangat kronik bila parti itu tersekongkol dengan suatu pembohongan.
Bahananya mahu tidak mahu akan berlaku konflik antara Pas sesama Pas yakni antara pimpinan dan ahli Pas yang tulen Islam, iman dan taqwanya dengan pimpinan dan ahli Pas yang tidak berapa tulen Islam, iman serta taqwanya dan tidak cukup kenal pula apa itu Pas sebenarnya.
Gara-gara bermain api dengan taktik dan teknik politik berkepentingan peribadi Anwar Ibrahim yang jiwanya tidak pernah selari dengan Pas dan ini terbukti apabila dipecat dari Umno diwujudkan PKR (dulu KeADILan) yang sifatnya tidak jauh berbeza pun dengan Umno, Pas akan terpaksa membayar harga yang mahal bagi menyelamatkan parti itu dari berpecah dan tengadah sesama sendiri.
Datuk Mustafa Ali yang merupakan antara pemimpin penting Pas secara peribadi menyimpulkan bahawa tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada 16 September ini. Saya yakin Mustafa bukan bersendirian dalam membuat kesimpulan itu.
Kesimpulannya itu terang-terang bercanggah dengan apa yang diharap dan diyakini oleh sebahagian lagi pimpinan Pas yang seolah-olah 16 September akan mesti berlaku pertukaran kerajaan dan Anwar pasti akan jadi Perdana Menteri yang sifatnya adalah mendahuhuli dan memaksa takdir, satu lagi sikap yang sangat tidak molek dari sudut hukum hakam.
Ertinya ekoran dari isu 16 September, Pas selaku parti pencabar utama dan merupakan parti pembangkang yang paling digeruni oleh Umno berbanding dengan parti-parti pembangkang yang lain, termasuk PKR, kini ibarat sebuah kapal di tengah lautan bergelora, mempunyai lebih dari seorang nakhoda.
Dalam tempoh seminggu ini adalah masa yang cukup kritikal yang akan menentukan nasib Pas termasuk kerjasama dengan PKR dan juga PR. Kalau mimpi 16 September jadi realiti, Pas beruntung, tetapi jika sebaliknya, Pas akan rentung.
Kalau Pas lemah, apatah lagi rentung sebagai sebuah parti pembangkang, maka kekuatan Melayu dan Islam juga akan lemah. Itu adalah juga sesuatu hakikat kerana kerajaan boleh jadi hebat apabila diattack oleh pembangkang yang juga hebat.
Jika keadaan itu berlaku, jika Pas jadi lemah dan tidak bermaya selepas 16 September ini, maka mereka yang memprojek dan menagendakan isu 16 September adalah merupakan individu dan puak yang mana keturunan akan dikutuk oleh orang Melayu Islam, khususnya oleh mereka yang mana dari keturunan merekalah terasasnya Pas.
Antara keturunan yang terbabit dalam pengasasan penubuhan Pas adalah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri kerana nenda dan ayahnda beliau adalah antara yang menjadi teraju dan pemacu utama dalam penubuhan Pas

16 comments:

Anonymous said...

Kawe pun nampak macam demo nampak. Pas cari na'as kerana ikut bersekongkol dengan isu 16 September, mimpi yang tidak akan jadi realiti, bersifat mendahului takdir, malah semacam memaksa takdir agar patut kepada kehendak kita.

Anonymous said...

Setiap benda kena jadi akan binasa. Umno, PKR, Pas dan sebagainya adalah benda kena jadi. Semuanya akan musnah dan menjadi bahan sejarah. Pemimpin dan ahli parti kena reda terima hakikat itu.
Macam mana pun tak halal kalau sengaja mencari kemusnahan, samalah seperti kerana terlalu berserah kepada takdir, maka kita lompat masuk dalam kandang singa. Itu satu perbuatan yang tidak halal.
Kita kena lari dari bahaya, tapi kalau kena juga kita kena reda. Pas sepatutnya kena elak dari terlibat dengan isu-isu yang boleh menterencat, apatah lagi yang memusnahkan perjuangannya.
Kalau sengaja cari na'as, bukan ke sama dengan bunuh diri namanya.
Lagi pun apa labanya kepada Pas nak suruh Anwar jadi PM, apakah dia lebih alim dari Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi, Dr Harun Din?
Bukankah dalam Islam pemimpin yang kena dipilih adalah yang paling alim dari yang alim.
Sebelum jadi pemimpin Pas dan ahli Pas kena kenal betul-betul dulu apa itu Pas dan apa tujuan sebenar masuk Pas dan mahu jadi pemimpin Pas.
Kalau masuk Pas dengan tujuan bagi berjuang untuk syiar Islam kena utamakan soal dosa pahala.
Kalau masuk kerana balak, kerana nak dapat peluang-peluang tertentu, padahnya Pas akan musnah.
Antaranya Anwar cuba dibantu supaya jadi pemimpin sedangkan dalam Pas beribu ada tokoh Pas yang lebih alim dan lebih layak jadi PM.
Lagi pula antara Anwar dengan Pak Lah siapa lebih alim, baka siapa yang lebih warak?

suparjo@blogspot.com said...

teruk sangat dunia politik negara sekarang, membosankan! Tapi yalah sebab sudah fitrah ada manusia melata maka ada pemimpin. Cuma yang jadi pemimpin itu sama ada memandu manusia yang banyak ke arah kebaikan dan kesopanan atau menjadikan manusia yang dipimpin menjadi seperti ikan kena sihir. Saya banyak berfikir, adakah semua ini memang menurut alquran dan sunah\\\\\/

Anonymous said...

Dulu bukan main kuat PAS doakan supaya UMNO berpecahbelah, bercerai-berai, hancur dsbnya. Hari ni nampaknya doa tu dah nak makan tuan balik. Sebab apa ya? Sebabnya puak-puak yang terlibat dalam parti ni meletakkan dunia nombor wahid dalam perjuangan. Kelentong sana, putar sini, pusing sebelah kiri, tarik sebelah kanan......yang diutamakan FULUS.Paling kurang pun KRONI anak beranak macam Pak Lah dan TGNA. Tapi untungnya orang yang pandai agama ni dia boleh temberang lebih dan kalau orang tak terima jadi bahayalah sebab engkar cakap ulamak konon.

Bagus Mustafa Ali..Inilah orang yang ada juga kematangan selama berpuluh-puluh tahun berpolitik. Kekadang budak-budak hingusan dalam PAS ni nak kena diajar sikit. Mentang-mentang naik cepat dalam parti, habis yang tua nak diketepikan. Panjang pendayung daripada sampan dibuatnya. Ada juga ahli-ahli politik tua yang kadang-kadang mudah termakan cakap mereka ni. Itu pun yang jenis tak berapa cerdik. Sebab tu awal-awal lagi mereka sokong dan nak orang lain dari parti ntah apa-apa jadi PM. sebab mereka ni pun tahu kalau bagi kat dia akan jadi tikus baiki labu.

tetapi dia tak khabar yang direkemenkan tu bukan setakat akan jahanamkan labu tapi akan menjadi kita semua ni menjadi mayat dan abu.

Anonymous said...

Kesian Anwar.

Ramai tak suka dia jadi PM.

Tokwan pun kesian. Sebab dia sendiri menggali lubang kuburnya. dengan ajak orang lompat 16 sept tapi malangnya semua sudah terbang ke luar negara.

Satu lagi klon Lebai Malang moden @ Anwar Ibrahim ?

Siapa ada berani buat macam Anwar ?
tak ada bukan ! sebab Anwar baik dengan Amerika.

Tokwan baca satu persatu muncul pertahankan Anwar. Gus Dur pun tumpang semangkuk.

Sarjana Barat @ Orientalis pun tumpang juga sesudu atau sesenduk.

Tak usah kiralah dengan orang orang besar USA yang turut tumpang sekuali atau seperiuk kes Anwar ini.

Inilah kali pertama ada orang 'tak malu' ingin jadi PM.

Sedangkan jawatan PM sudah jelas akan diserah kepada TPM sekarang. Bukan bekas TPM nama Anwar.

Biasanya ikut pengalaman tok, orang macam ni jenis mencari jawatan atau gila jawatan tak akan mampu pikul amanah.

Sebab Nabi kata jangan minta jawatan nanti Allah tak tolong.

tengok Pak Lah steady dan tak berebut2 pun tiba2 jadi PM, itulah kuasa Allah.

Siapa sanggup lawan Allah ?
tokwan tak berani.

Hanya orang jenis hati kering macam Dajal sahaja berani lawan !

Maaf jika tercarik kain atau tersedak air cucu baca komen tokwan ni.

mari lawat rumah tokwan pula.

Assalamualaikum - utk muslim sahaja yer - dan selamat berpose.

http://tokwan.wordpress.com

Anonymous said...

Sapo nak tanggung dosa sokong pembohongan?
Kalu 16 September dan tukar kerajaan, Anwar tak jadi perdana menteri, aku sebutir kampung akan keluar Pas masuk Umno.
Aku takut bedosa.
Aku terima kasih banyak ke Meli kerana ghoyat kata antara pengasas Pas adalah nenda dan ayahnda Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, PM yang orang Pas dibenci dan caci, yang mahu ditukar dengan Nuar Brehin.
Aku dok ingat ke Pas tu ssako Tok Guru Nik Aziz dari tok dia atau pun ssko Haji Hadi, Datuk Haron Din dari tok nenek dia.
Mu banyok tau swejaroh Pas ni Meli, baikmu ghoyat tulis banyak lagi tentang hak sebenar asal usul Pas ni. Aku raso orang lain macam aku juga, sokong jah Pas tapi tak tau Pas tu begapo mugo. Hak aku tau gat kalu tak sokong Pas berdoso.

Anonymous said...

Aku setuju...Meli kena tulis banyak lagi tentang hak sebenar Pas ni. Aku takut kita puak-puak Pas ni dok sokong puak-puak hak kita ingat buat kerja ahli syurga, padahal rupa-ruoanya dok buat kerja ahli neraka.
Lepas baca hak Meli tulis...aku dok tengok antara Pak Lah dengan Anwar sapo lebih berjurus, lebih Islamik. Kalau nak kiralah baka Pak Lah lebih molek.
Pak Lah pula lebih tua dan lebih lama mmain politik, takdok banyak masalah yang dihadapi kecuali dia dilihat terlalu cool sebagai perdana menteri. Anwar ada macam-macam cerita...paku punggung orang pun ada kes. Betul ke tidak hanya Tuhan yang tau. Peliknya kenapa anak banyak kes, Pak Lah tak ada kes.
Peliknya kenapa Pas sokong Anwar, bukan Pak Lah? Mu boleh tolong jawab ke Meli?

Anonymous said...

Kawe pun macam Mamut Kentut Busut (Busuk?) Pulau Melaka, ingat ke Pak Lah takdok kaitan langsung dengan Pas.
Betullah macam Mamut kata...dok ingat Pas ni ssako tok nenek Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din, kalau Kelantan gat ssako tok nenek Husam Musa.
Kena-kena ko ikut ceritanya Tok Guru Nik Aziz pun pernah kerja dengan Umno, mengajar sekolah buta. Ayah Husam pula katanya bapok Umno.
Betul ke Meli. Demo kena tolong buat siasat dan kajian, lepas tu kalu boleh bukukanlah. Demo jadi taukeh doh 'kan lloni. Kalau takleh edar free buku pun, juallah murah-murah.
Sebagai orang Pas, kawe ada juga dengan cerita, orang Pas nak tengok demo merangkak gi sujud ke orang Pas nak dapat segenggam beras bila demo dipecat dari Urusetia, lebih-lebih lagi selepas demo tarik balik permit Mingguan Wasilah demo dari puak-puak Husam.
Ada hak bernazar, kalu mu berjaya terbit Mingguan Wasilah lepas tarik dari puak Husam, nak kerat jari tangan dan kaki buat sup. Berapa orang hak kerat jari tunai nazar. kalu tak kerat kena tanya tok guru nik aziz boleh ke tidak nazar tidak ditunaikan.
Aku nampak mu koho berjaya. Nampak iklan nama majalah baru pula doh dalam blog mu ni. Tak jjaya jugaklah orang Pas nak tengok mu mengakok gi minta beras dekat pimpinan Pas.
Orang alim sungguh, doa suruh hak jahil jadi alim, hak ada masalah selesai dari masalah. Kita orang Pas ni dok ralit doa suruh orang kena bala sokmo. Ambik hukum mmano ni weh.
Bokali kawe sekampung pun kena buat kiro, tokoh Pas junjung Umno pulak.

Anonymous said...

AHLI PAS SETIA PADA PARTINYA BUKAN SEPERTI UMNO..APA PON YG BERLAKU AHLI PAS AKAN TETAP BERSAMA PAS.SEBAB PARTI PAS BUKAN SAHAJA POLITIK TAPI SEBUAH JEMAAH..

Anonymous said...

Saya rasa pengendali blog dengan pastikan penghantar komen membuat komen menggunakan bahasa standard. Saya yakin waklaupun pengendali blog orang Kelantan, blognya bukan hanya untuk orang Kelantan sahaja. Susah kami orang luar Kelantan nak faham bila ditulis guna dailek Kelantan.
Saya juga rasa dalam isu 16 September, Pas tersalah perhitungan apabila berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dalam kes 16 September, Pas kurang cerdik dalam berpolitik. Pimpinan Pas kena ambil tindakan proaktif, selamatkan reputasi Pas.
Kalau tidak sebelum Umno yang diharapkan akan hancur, Pas dulu yang lebur.
Orang Pas patut berterima kasih kepada Encik Ramli Abdul Halim kerana berani mengambil risiko sedarkan orang Pas dari tidur.
Tulisannya cukup pahit tetapi berubat. Kalau betullah beliau dipecat dari Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, pemecatannya adalah satu kesilapan besar. Orang macam beliau kena ada dalam parti dan kerajan.
Saya yakin kalau orang Umno dapat kesan beliau dan tahu pula beliau dipecat oleh kerajaan Pas, mereka dilantik ke jawatan-jawatan tertentu, terutama bagi mengatur strategi untuk menghadapi Pas.
Setidak-tidak beliau akan dibantu untuk mengembangkan perniagaan dengan cepat.

Anonymous said...

Meli ada prinsip. Saya yakin walaupun beliau hentam Pas tetapi hatinya tetap untuk Pas, dia sering kritik Pas kerana dia sayangkan Pas.
Dia masuk Urusetia dulu pun kerana diajak bagi menjalankan tugas-tugas kepengarangan kerana tak ada yang berkelayakan di Urusetia untuk kerja itu ketika itu.
Dia sendiri kata dia tak boleh kerja untuk tempoh masa yang panjang kerana dia kena terbitkan akhbar mingguan dan majalah bulanan miliknya. Bila ada yang boleh ganti, dia akan tinggalkan Urusetia.
Dulu dia sorang diri di unit penerbitan Urusetia Penerangan, sekarang dah ada hampir sepuluh orang. Tanpa beliau di Uruysetia, unit penerbitan tak ada apa-apa masalah dan dia pula nampak makin berjaya dalam urusan penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanannya.
Meli tak akan masuk Umno walaupun dia lazimnya bercakap macam orang Umno. Itulah cara dia bercakap masa dia di Urusetia dulu pun. Itu cara dia nak dapatkan maklumat tentang Umno atau Pasnya sesorang itu, termasuk di kalangan rakan-rakan setugas.
Kalau dia masuk Umno, dalam keadaan dah jadi taukeh besar sekarang, tak 'kan dia benarkan isterinya terus cergas dalam Pas dengan hanya berjawatan penghulu wanita berelaun RM400 sebulan sedangkan dari sudut kelulusan dan keupayaan menyempurnakan kerja parti dan apa-apa jawatan yang disandang, isteri dia patut berjawatan dan berelaun lebih tinggi.
Meli ni jenis tak kisah fasal gaji. Walaupun elaunnya hanya RM1,000 sebulan, dia boleh belanja makan tengahari rakan-rakan sepejabat hampir setiap hari. Datanglah peminta derma dari mana pun, bila berjumpa dengannya pasti tidak akan turun tangan kosong. Mukanya pula sentiasa ceria, susah nak tengok waktu dia bermuram durja.
Bagi saya Meli orang Pas tulen. Apa yang ditegur atau dkritik tentang Pas kena diterima sebagai ubat walaupun sepahit mana teguran dan kritikannya.
Saya berani tegaskan Meli tak akan masuk Umno. Kalau ada namanya didaftarkan sebagai ahli Umno, ianya dibuat tanpa keizinanya.

Anonymous said...

Tulis SH Alattas @ Pak Habib :

Pak Lah dengan sifat ‘sabar’ yang luar biasa yakin Allah berserta dengan orang yang ‘sabar’. Apakah anda tak percaya mujizat yang dianugerahkan pada para awlia, karamah pada para ‘wali Allah’ dan kecerdikkan kepada manusia yang berakal? Di waktu terdesak akan datang pertolongan Allah. Para ambia dan aulia menerima ujian yang jauh lebih besar namun sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah.

Menung, fikir dua tiga kali apa yang anda sudah baca. Politik, politik juga. Tuhan jangan lupa. Bila lagi mahu kenal diri rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata. Hidup ini sementara, jangan pisahkan politik dari agama, biarpun dunia belum kiamat. Kita sudah berada di penghujung, tanda-tanda dunia akan kiamat sudah dekat. Tahukah anda bencana yang menimpa bangsa dan negara kita hari ini akibat memisahkan politik dan agama? Kita lupa pada kekuasaan Allah yang Maha Kuasa. Bila lagi mereka yang sesat di hujung jalan mahu kembali ke pangkal jalan? Sampai bila kita menyembah ego, harta, wanita dan manusia durjana? Bila lagi mereka yang ‘sakit’ mahu mencari ubat, yang berdosa mahu bertaubat?

Mengikut Dato’ Norza ada orang kata, budi pekerti Pak Lah macam Tok Sami Buddha. Pak Lah mudah percaya setiap orang yang datang mengadu masalah mereka kepadanya, dia cuba tolong. Pak Lah seperti Tok Sami walaupun yang datang itu perompak dan penyamun dia layan dengan baik. Anak cucu ‘ulama’ keturunan orang baik-baik mesti ada sikap ikhsan, dia mudah kasihan, sikap ‘khusnuzan’, sentiasa berbaik sangka, hidup dihati dia. Betul ke dia tak tahu yang dia kena main, dia kena tipu dengan ‘penyamun tarbus’? Saya berfikir, dia sendirian atau orang dikelilingnya tak buat apa-apa, tak jaga boss, ada yang macam ‘penyamun tarbus’?

Akibat mudah mempercayai kata-kata orang jahat kononnya mereka teraniaya, bila permintaan mereka tak dapat dilayan sepatutnya akhirnya dia yang teraniaya dan dizalimi. Apakah kerana mahu jadi orang baik yang menyebabkan dulu dia Mr. Clean man, Mr. Nice Man ditukar oleh tukang ‘sihir’ menjadi ‘public enemy’ atau ada hikmah, hanya Allah saja yang tahu.

Hidup menjawab soalan, mati pun nanti mesti menjawab soalan di depan Tuhan. Sudahkah anda membuat persiapan? Mari kita melatih diri kita supaya tidak terlibat dengan penyakit fitnah yang lebih dahsyat dari ‘dadah’ dan lain penyakit sosial yang sedang menyerang bangsa kita, terutama penyakit ‘suka berbohong’ dengan cerita ‘half truth’ separuh benar, separuh bohong, cerita ong-ong.

Kenapa ‘orang kita’ mudah dibohongi dan mudah terpedaya dengan manusia yang suka berbohong, yang cakap kosong dan ‘ceklat angin’? Mungkinkah kerana kita lebih percaya siapa yang berkata dari apa yang dikata? Jangan tanya siapa yang berkata, yang penting apa yang dikata?

Apakah akibat malas membaca? Atau penyakit mengutamakan jenama sedangkan kita tahu jenama jeans atau baju yang kita pakai itu barang tiruan, palsu? Jenama punya pasal kita tak peduli kita kena tipu.

Orang yang tak berilmu begitu mudah dijadikan alat oleh mereka yang mungkin tak dapat projek, tak dapat sesuatu atau yang bersikap prejudis ditambah sikap P.H.D yang dikaitkan dengan bangsa Melayu? Sampai bila sikap ini mahu diubah?

Kita makhluk yang bernama manusia adalah makhluk yang berakal. Kenapa tak guna ‘akal’ dan fikiran kita atau akal dijadikan Tuhan akibat kurangnya ilmu kerohanian?

Bangsa kita ‘sakit’ akibat di serang selsema, ‘fitnah’. Sindrom wabak ‘fitnah’ mudah menjangkiti orang yang tak beriman. Patutkah kita berpeluk tubuh tak buat apa-apa? Apakah anda tidak mahu menyumbang sesuatu pada bangsa anda? "Ask what you can give to your country not what your country can give you" - John F. Kennedy.

Apakah kita tak merasa malu membiarkan diri dijadikan seperti ‘anjing’? Seekor anjing menyalak semua anjing lain menyalak sama. Apakah anda tak tahu adanya pemimpin kita yang sudah jadi seperti anjing kurap yang ada penyakit gila sanggup mengigit orang yang tak berdosa dengan kita?

Kita bukan anjing. Kita adalah ‘insan’ sebaik-baik makhluk kejadian Tuhan. Kita ada agama, Al-Quran, kita buat apa? Sunnah Nabi Muhammad SAW bubuh kat mana? Cuba mengucap dan beristighfar. Ajak kawan-kawan yang kita rasa tersesat, berselawat ‘Allah humma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad’.

http://www.shalattas.com/print.php?news.61

disalin oleh :

Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com

Anonymous said...

Disini cuba kita renungkan sejenak kemanakah DSAI akan membawa 'Malaysia baru' yang akan di bentuk pada 16 sept ini kalau lah isu-isu megenai kesucian islam ini tak d anggap penting?

Apakah PAS akan mengadaikan prinsip perjuangan kerana inginkan kepada sebuah kerajaan baru..

Apakah PAS akan mengkhianati perjuangan yang selama ini di dokong oleh ulama yang inginkan Islam TERTEGAK DI BUMI MALAYSIA yang kita cintai ini.
Tapi dengan apa yang berlaku mutaakhir ini amatlah mencemaskan ISLAM .
PAS wajib kembali ke pangkal jalan agar tidak tetipu dengan janji-janji manis sewaktu awal pekahwinan dengan PKR,KERANA rakan PAS itu sudah menunjukan perkara-perkara yang tak sehaluan dengan dasar Islam.
Apakah Pas akan menjadi sebuah parti yang hanya duduk di serambi sahaja sedangkan PAS adalah parti kedua terbesar selepas UMNO,adakah PAS tidak yakin dengan perjuangan sendiri.sehingga sanggup mengadaikan dasar perjungan asal kerana takut kehilangan kuasa,.....Ingatlah ALLAH tetap bersama dengan kebenaran...

http://chepirate.blogspot.com/

Anonymous said...

Biarlah Anwar terjun dengan labu-labunya. Jangan pula orang Umno terpukau sehingga tokoh macam Muhyidin boleh jadi murai mengigau malam pula.
Umno yang dalam keadaan mampu smish maut bola tanggung Anwar, kena kadah kaki ke Muhyidin pula.
Kalau Umno nak selamat, tokoh macam Muhyidin bukan sahaja patut dipecat, tapi patut diISAkan. Kesnya lebih berat berbanding dengan kes Ahmad Ismail.
Untuk mudahkan kerja, Pak Lah dan Najib kena pastikan anggota kabinet yang kurang minat dan kurang yakin dengan kepimpinan yang ada patut tidak digunakan khidmat mereka walaupun pengalaman dan pengaruh mereka besar.
Kes Muhyidin mesti ditandangani tanpa kompromi. Agaknya Muhyidin pun percaya pada 16 September akan berlaku pertukaran kerajaan. Kerana itu beliau berani lawan taukeh.Agaknya kalau berlaku pertukaran kerajaan, beliau akan dikekalkan dalam kabinet.
Kenyataannya pula dibuat di negara jira, tujuannya tentulah bagi memperlekehkan boss sendiri. Ketaat-setiaannya kepada kepimpinan yang ada kena dicurigai. Tindakan segera kena diambil, jangan tunggu sampai bisul menjadi barah.

Anonymous said...

Pas akan PUS kalau ikut terpalit dan berperanan menunggang dan memacu provokasi isu 16 September.
Guano boleh tukar Anwar dengan puak-puak tok guru, macam kerana Anwar punya pasal, suara tok guru jadi tak berapa nak laku

Anonymous said...

Boktan TOK GURU dah JADI TOK GARU. Dunia nak kiamat doh bokali.