Monday, September 15, 2008

MUNCUL KEMBALI (75)

Jawatan kabinet, kena utamakan ahli parlimen bagi elak rasa diri istimewa

DALAM amalan demokrasi, hakikat yang kena diterima bahawa mana-mana calon yang bertanding dan menang itulah yang terbaik pada penilaian dan penghakiman rakyat selaku pengundi yang mana ada sesetengahnya jauh lebih bijak pandai dari wakil rakyat diberi undi.
Oleh itu keperluan pengisian jawatan kabinet sama ada menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen oleh parti yang menadapat mandat menubuh kerajaan kena diutamakan kepada ahli-ahli parlimen, bukannya dari kalangan yang sengaja disenatorkan untuk dianggota-kabinetkan.
Walaupun peraturan dan amalan demokrasi membolehkan kalangan yang bukan ahli parlimen dianggota-kabinetkan, namun dalam konteks di negara kita yang tercinta, menganggota-kabinetkan di kalangan senator kena dijadikan pilihan paling terakhir.
Amalan menganggota-kabinetkan kalangan senator atau seseorang itu sengaja disenatorkan untuk dianggota-kabinetkan secara langsung rakyat akan melihat bahawa pemilihan mereka tidak diiktiraf di samping ahli-ahli parlimen yang tidak dianggota-kabinetkan akan berkecil dan berjauh hati.
Kalau mahu dan terpaksa disenator dan seterusnya dianggota-kabinetkan demi keperluan sesuatu bidang, maka tokohnya mestilah dipilih dari kalangan yang memang sukar dicari di kalangan ahli-ahli parlimen yang ada untuk memikul tugas menteri bagi sesuatu kementerian.
Misalnya bekas ketua hakim negara untuk disenatorkan untuk menjadi menteri kehakiman, bekas ketua polis negara untuk menteri keselamatan dalam negeri, bekas panglima angkatan tentera untuk menjadi menteri pertahanan dan sebagainya yang mana masing-masing berpengalaman dan benar-benar pakar dalam bidang berkaitan.
Kalau seseorang yang disenator dan dianggota-kabinetkan itu dari kelas dan standardnya sama sahaja dengan ahli-ahli parlimen yang jumlahnya pula boleh disifatkan berlambak-lambak, apatah lagi kalau kelas dan standardnya lebih rendah dari ahli-ahli parlimen, maka mahu tidak mahu ianya akan menimbulkan masalah.
Ahli-ahli parlimen akan berbohong kepada diri sendiri kalau menolak hakikat bahawa masing-masing ada hasrat untuk bergelar menteri, timbalan menteri atau paling tidak pun sebagai setiausaha parlimen, terutama bagi yang sudah berpenggal-penggal jadi ahli parlimen.
Jika asyik jadi ahli parlimen sahaja, masing-masing akan bertannya pada diri sendiri kenapa setelah rakyat memberi undi dan mandat, maka diri masih belum juga ada kelayakan untuk jadi anggota kabinet sehingga kalangan bukan ahli parlimen pula yang diberi tempat.
Dalam kepala para pengundi juga akan berputar persoalan yang sama, di mana tidak sempurna dan tidak berkualitinya ahli parlimen yang mereka beri undi dan mandat. Kalau tidak berkualiti kenapa dipilih sebagai calon, kenapa tidak dicalonkan tokoh yang berkulaiti untuk kawasan mereka.
Bila persoalan sedemikian timbul, maka dengan sendirinya akan wujud masalah di akar umbi, termasuk protes dalam senyap di kalangan wakil rakyat dan pengundi, malah dengan sendirinya akan timbul dan muncullah puak-puak atau dalam istilah orang parti politik dipanggil 'rakit'.
Di samping itu tokoh yang disenator untuk dianggota-kabinetkan pula akan merasa dirinya 'sangat istimewa' sehingga dipilih dan tidak hairanlah kalau anggota kabinet dari kalangan senator lebih celupar kerana merasakan dirinya adalah 'orang perdana menteri' yang tentunya ada keistimewaan dan kelebihan setidak-tidak pada kacamata perdana menteri sehingga dipilih sebagai anggota kabinet. Bila ada masalah, pasti pada keyakinan perdana menteri akan berpihak kepadanya.
Berbanding dengan anggota kabinet dari kalangan ahli parlimen yang celupar dengan anggota kabinet dari kalangan senator yang juga celupar, ahli-ahli parlimen dan rakyat selaku pengundi akan lebih mudah terasa hati dengan keceluparan anggota kabinet dari kalangan senator berbanding dengan anggota kabinet dari kalangan ahli parlimen.
Bila timbul sesuatu pertelingkahan serta ketidak-sealiran pandangan dan pendapat sesama anggota kabinet dengan perdana menteri pula berpihak kepada anggota kabinet dari kalangan senator, ahli-ahli parlimen yang tidak dianggota-kabinetkan dan pengundi kawasan diwakili akan turut terasa dan berjauh hati sama kepada perdana menteri.
Oleh itu cara yang paling ideal bagi mewujudkan suasana yang benar-benar harmoni dalam kabinet, maka keutamaan perlantikan jawatan menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen kena diutamakan di kalangan ahli parlimen.
Untuk itu, maka semasa pemilihan calon ketika bertanding dalam pilihanraya lagi kena pastikan yang dipilih adalah di kalangan mereka yang layak untuk menjadi menteri, timbalan menteri dan setiausaha parilmen kerana pengalaman dan ilmu yang dimiliki dalam sesuatu bidang yang berada dibawah tanggungjawab sesuatu kementerian
Kalau pun perlu melantik anggota kabinet dari kalangan senator, biarlah ianya berpaksa kerana keperluan mewakili kaum, umpamanya kaum Orang Asli atau apabila sesuatu kaum yang jumlahnya besar tetapi tidak ada ahli parlimen yang mewakili mereka di Dewan Rakyat, juga bagi negeri-negeri yang tidak semua kerusinya dimenangi pembangkang.
Sebenar dalam pembentukkan kerajaan selain dari perlu ada anggota kabinet yang hanya boleh menjawab soalan dan menggulung perbahasan tetapi tidak boleh berhujah, juga diperlukan yang mana untuk mengisi keperluan itu, ahli-ahli parlimennya kena dipilihahl semasa pemilihan calon untuk bertanding dalam pilihanraya lagi.
Kepada mereka yang dikenapasti untuk tugas itu kena dijelaskan kenapa mereka tidak dipilih sebagai anggota jemaah kabinet, sekurang-kuragnya untuk suatu tempoh sehingga adanya tokoh yang kepakaran dan kehebatan mereka untuk memikul tugas itu dan mereka bolehlah dianggota-kabinetkan nanti.

2 comments:

Anonymous said...

dianggota-kabinetkan = ditong-sampahkan. Apa dar

Anonymous said...

Kah!Kah!Kah!. Betul ke Meli dianggota-kabinetkan itu makna sama dengan ditong-sampahkan?
Bagi saya Zaid letak jawatan lepas beberapa bulan jadi menteri kerana tuloh.
Macam tuloh bila orang bukan baka Ku bubuh nama Ku. Akan tulah dan seluruh tubuh akan naik kurap.
Kalau boleh saya cadangkan, ada baiknya kalau Dato' Ahmad Rastom Ahmad Maher Pak Lah ambil gantik Zaid. Beliau lawyer dan anak mufti dan berpengalaman sebagai timbalan menteri besar.
Tapi kalau Dato' Ahmad Rastom jadi menteri nanti jangan pula lupakan Meli untuk dapatkan pandangan terbukanya.
Demo boleh tolong ke Meli Dato' Ahmad Rastom kita? Tapi jangan pula jadi macam orang kita yang bantu Zaid sebagai menteri, cepat lupa diri.