Sembahyang sunat terawikh tidak boleh pakai cincai-cincai
APA pun ibadah yang dibuat mesti dalam keadaan sempurna, kena tertib. Sama juga sebagaimana sembahyang fardhu, sembahyang sunat terawikh juga kena dilakukan dengan sempurna dan tertib.
Cincai-cincai atau buat secara ala kadar menjadikan sembahyang tidak akan sempurna, malah kalau tidak gayanya boleh jadi tidak sesah. Padahnya hanya kepenatan yang diperolehi kerana sembahyang 20 rakaat sedangkan sembahyang batal dan tidak sah.
Untuk memastikan sama ada sembahyang yang dikerjakan memenuhi syarat sah atau sebaliknya, maka kena ada ilmu mengenainya dan untuk ada ilmu kena belajar da belajar untuk inilah antara yang kena dituntut dari buaian hingga liang lahad.
Peraturan sembahyang kean disempurnakan, termasuk pearturan sedmbahyang berjemaah. Saf kena dibetul, dipenuhkan dan antara seorang jemaah dengan jemaah yang lain kena dalam keadaan rapat.
Kedudukan kedua kaki sendiri seelok-eloknya pada ukuran sejengkal jaraknya dan bukan senggang terlalu luas menyebabkan ruang yang sepatutnya boleh muat seorang lagi jemaah menjadi dimuat muat kerana luasnya kangkangan kita walaupun ruanh masjid/surau madrasah masih luas.
Jarak kaki antara seorang jemaah dengan jemah yang lain semolek-moleknya bersentuhan antara anak jari kaki kanan dengan anak jari kaki kiri jemaah di sebelah kanan kita dan antara anak jari kiri dengan anak jari kanan jemaah di sebelah kiri kita.
Perkara-perkara sebegini nampak kecil dan remeh menyebabkan ianya jarang dibeeri perhatian sedangkan dalam beribadah, apatah lagi dalam sembahyang yang bermakna kita mengadap Allah s.w.t, kena patuhi peraturan dan sopan.
Sunday, September 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terima kasih atas informasi anda.saya sendiri pun tidak berapa perasaan hal ini. kata bila kita berjalan dalam belukar, kita hanya beri tumpuan elak dari terlanggar pokok yang berdiri tegak walhal tunggul-tunggul resam atau sulur lalang yang hanya kecil pun kalau tertusuk tapak kaki menyiksakan juga. dalam ibadah pun begitulah, kita asyik nampak hukum dan rukun besar, yang kecil-kecil boleh terlepas pandang
Post a Comment