Kena guna kaedah termudah wujudkan pelajar bijak sains dan matematik
RAMAI murid gagal menguasai matapelajaran sains dan matematik sehingga timbul cadangan agar kedua-dua matapelajaran kembali diajar dalam Bahasa Melayu pada saya sebenarnya bukan 'kerana murid terbabit 'otak beku' atau tahap kecerdikan mereka rendah tetapi kerana mereka tidak faham dan tidak diberi kefahaman tentang kedua-dua matapelajaran.
Ini adalah kerana guru yang mengajar kedua-dua matapelajaran itu sendiri pun mengajar dalam keadaan serba kekok, malah mereka semacam mengalami kejutan budaya bila terpaksa mengajar dalam bahasa Inggeris.
Saya mengambil contoh di salah sebuah sekolah rendah yang agak terkemuka di Kota Bharu Kelantan yakni tempat anak saya belajar yang mana kelemahan muridnya dalam kedua matapelajaran amat ketara, kecuali bagi ibubapa yang ada kemampuan dan menghantar anak-anak ke tuisyen sains dan matematik.
Dalam memeriksa buku kerja masih anak, saya dapati hanya beberapa helaian saha yang terusik dan banyak yang tidak terusik sedangkan penggal persekolahan sudah lebih setengah tahun.
Bila ditanya anak kenapa kerja sekolah tidak dibuat, jawabanya tidak reti dan cikgu belum ajar lagi kerana kononnya cikgu jarang masuk kelas. Bila ditanya kenapa cikgu jarang masuk kelas, jawabnya cikgu pergi berkurusus.
Kerana banyak masa guru dihabiskan untuk berkursus, masa untuk dalam kelas hanya sedikit dan mahu tidak mahu masa untuk murid belajar dan diajar terhad. Kerana bila menghadapi ujian dalam keadaan yang tidak cukup ilmu tentang apa yang diuji, maka markah yang diperolehi rendah.
Seingat saya sebelum matapelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris, anak saya dan rakan-rakan sekelas memperolehi markah 80% ke atas tetapi bila matapelajaran berkenaan diajar dalam bahasa Inggeris, markah yang mereka perlehi adalah 50% ke bawah bagi kedua-dua matapelajaran.
Kemerosotan pencapaian dalam mata-mata pelajaran berkenaan jelas berpunca dari murid tidak diajar dan guru tidak mengajar dengan jangka masa secukupnya kerana guru terpaksa berkursus, malah masa mengajar pula adalah dalam keadaan kekok kerana masalah kejutan budaya: dari mengajar menggunakan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.
Untuk hilang kekok dan menambah kemahiran mengajar, guru-guru terpaksa berkursus. Untuk jangka panjang memang melabakan tetapi apakah bagi keperluan jangka pendek murid-murid yang terpaksa menjadi mangsa keadaan dalam jangka pendek semata-mata memenuhi jangka masa panjang.
Walaupun agak terbeban, namun ibubapa terpaksa hantar tuisyen bahasa Inggeris bagi membantu anak-anak supaya bijak sains dan matematik, menjadikan pusat pengendalian tuisyen melimpah dengan pelajar tetapi ianya tidak banyak membantu kerana tuisyen bahasa Inggeris tidak mengajar tentang istilah-istilah sains dan matematik pun.
Tujuan mendidik adalah untuk memberi ilmu oleh pendidik kepada yang dididik. Macam mana pendidik boleh memberi pendidikan yang berkesan kalau tugas mendidik diberikan dalam keadaan serba kekok dan menggunakan bahasa yang tidak benar-benar dimahiri.
Sepatutnya kaedah termudah digunakan untuk wujudkan pelajar bijak sains dan mateametik yakni dengan menggunakan bahasa Melayu bagi yang lebih mudah faham mengajar dan belajar dalam bahasa Melayu atau dalam bahasa Inggeris, Cina, Tamil dan sebagai bagi yang mudah faham mengajar dan diajar dalam bahasa-bahasa berkenaan.
Berhubung dengan istilah-itilah sains dan matematik, serahkan sahaja kepada pakar-pakar bahasa dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka yang ada unit khusus di samping mempunyai pakar dalam bidang peristilahan. Yang pentingkan kena dipastinan para pelajar tidak menjadi mangsa keadaan.
Sunday, September 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment