Sunday, September 14, 2008

PERINGATAN

SEBAGAI pengendali blog, adalah satu penghormatan kepada saya bila blog saya disilau-kelih, apatah atas kesudian penyeliau-kelih memberi komen, pandangan dan kritikan. Macam mana pun dalam memberi komen, pandangan, kritikan, malah pujian sekalipun biarlah selari dengan kepentingan ilmu dan maklumat.
Soal-soal yang berkaitan dengan agama khususnya, ADALAH DIINGATKAN, rujukan mutlaknya hendaklah menggunakan al-Quran dan Hadis. Jika pandangan saya sendiri dirasakan tidak selari dengan al-Quran dan Hadis, tolong betulkan. Saya masih dalam belajar dan mahu terus belajar tentang pelbagai perkara, lebih-lebih tentang hukum hakam.
Dalam pada itu soal-soal yang berkaitan dengan perkauman atau komen-komen yang boleh menjejaskan keharmonian hidup masyarkat majmuk di negara ini hendaklah dielakkan. Jika tanpa sedar saya ada mengulas mengenainya pun, tolong peringatkan saya.
2. Kalau ada kudarat dan kelapangan masa, Insyaallah saya akan cuba kembali memberi respon kepada komen-komen dihantar memandangkan tidak ada blog yang berbuat demikian. Dengan saling berbalas komen, saya yakin ada ilmu dan maklumatnya. Macam mana bergantung kepada keluangan masa yang saya ada.
- Hormat Dari Saya;
RAMLI ABDUL HALIM

No comments: