Terawikh kerana ibadah atau sekadar budaya?
SETIAP malam Ramadhan masjid, surau dan madrasah penuh dengan jemaah. Masjid, surau dan madrasah yang imamnya dari kalangan hafiz yang ada ilmu taranum akan menjadi tumpuan.
Lazim didengar selepas selesai terawikh komen-komen tentang imam, kononnya imam di masjid, surau dan madrasah 'B" misalnya lebih sedap bacaannya, gayanya macam juara qari tilawah peringkat antarabangsa.
Kesanggupan berterawikh lapan atau 20 rakaat juga bergantung kepada sedap atau tidaknya bacaan imam. Malah jemaah yang sanggup tukar masjid untuk berterawikh apabila imam do masjid yang dia lazim berterawikh ada musakah dan tidak dapat menjadi imam dalam tempoh semalam dua.
Persoalannya apakah sedap tidak sedap cara imam mengalunkan suaranyakah yang kena dijadikan faktor untuk berterawikh atau kerana mahu beramal ibadah kerana Allah.
Kalau kerana imam, maka semabhyang terawikh cuba ditahap dan distatuskan sebagai budaya, bukannya ibadah. Kalau terlalu sedap sangat bacaannya boleh menyebabkan makmum terbuai dan leka oleh bacaan imam.
Yang penting bagi yang jadi iman adalah lebih betul bacaannya, terutama al-Fatihah berbanding dengan makmum di samping syarat lain kalau semuanya sama betul bacaan belaka, kena pilih yang sempuna anggotanya dan kalau semuanya sempurna anggota, kena pilih yang paling tua.
Manakala makmum pula kena pastikan kualiti semabhyang kena ditingkatkan. Cara kiam, takbiratul-ihram, bacaan al-fatihah kena betul, cara ruku', sujud dan duduk antara dua sujud kena betul.
Syarat-syarat sah sembahyang kena dipelihara. Tak guna sembahyang sampai 20 raka'at kalau setiap rakaat dalam keadaan batal atau kalau sekadar sembahyang takut dikata tidak kurang lebai kalau sekadar berterawikh lapan rakaat.
Tidak boleh mendahului iman, tidak boleh dengan sengaja berdehem, tidak boleh gerakan badan tiga kali berturut-turut. Bila gatal tidak boleh garu dengan kuat, cukup sekadar menggunakan sebatang jari, digau tiga kali dan berhenti, kemudian garu lagi, juga sekadar tiga kali kalau gatal masih belum hilang.
Amal ibadah, termasuk semabhyang tidak boleh dibuat dalam keadaan jahil. Masih ramai jemaah yang bangun lebih awal dari iman bagi memulakan raka'at sembahyang, juga masih ramai yang pakai kopiah atau songkok menutup separuh dari dahi.
Tidak kurang pula yang berdehem, yang mengeluh mungkin kerana tidak tahan terlalu berdiri kerana imam baca surah yang panjang dan yang menggaru sampai bergerak seluruh badan melebihi tiga kali.
Masih ada yang cara ruku', sujud dan bersimpuhnya tidak betul dan tidak menepati apa yang dihukumkan sebagai syarat sah sembahyang sebagaimana yang terkandung dalam kitab-kitab feqah.
Sembahyang bererti kita sedang berdepan dengan Allah dan ketika membaca al-Fatihah bermakna kita sedang berkomunikai dengan Allah kerana setiap ayat al-Fatihah yang kita baca, Allah akan memberi respon.
Kerana itulah al-Fatihah lebih afdal dibaca ayat demi ayat, bukannya dibaca dalam keadaan bersambungan. Kalau adalah imam yang baca al-Fatihah dalam hanya senafas semata-mata kerana nafasnya panjang atau kerana mahu cepat selesai, imam sedemikian walaupun seorang hafiz ianya termasuk dalam bilangan hafiz yang jahil.
Mudah-mudahan kita berterawih pada bulan Ramadhan kali ini dalam keadaan lebih berilmu supaya kualiti amal ibadah,iman dan takqwa kita kian meningkat berbanding dengan Ramadhan-Ramadhan yang telah lepas.
Yang penting terawikh
Saturday, September 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment