Saturday, September 13, 2008

MUNCUL KEMBALI (73)

Kahwin campur bentuk intergrasi sejati

KEPENTINGAN perpaduan, persefahaman, keharmonian, saling percaya mempercayai dan hormat menghormati adalah merupakan tunggak dan paksi paling penting kepada sesebuah negara, terutama bagi negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia.
Perpanduan, persefahaman, keharmonian, saling percaya mempercayai dan hormat menghormati itu pula tidak boleh dalam bentuk teori dan retorik, sebaliknya perlu terbentuk dan disimpul mati.
Ketulenan perpanduan, persefahaman, keharmonian, saling percaya mempercayai dan hormat menghormati itu hanya akan dapat diwujud apabila seluruh rakyat tanpa mengira suku kaum, warna kulit dan fahaman agama melihat negara ini adalah negara tunggal mereka dan seluruh rakyat adalah sedarah sedenyut nadi.
Dalam soal politik umpamanya, parti-parti yang mewakili kaum seperti Umno yang mewakili kaum Melayu Islam, MCA yang mewakili kaum Cina, MIC yang mewakili kaum India dan sebagai yang merupakan parti-parti komponen tidak patut terus wujud. Demikian juga dengan Pas yang mewakili kaum Melayu Islam, DAP dan sebagainya yang mewakili kaum Cina, tidak patut terus wujud.
Sebaliknya yang kena wujud adalah parti tunggal pemerintah dan parti pembangkang yang boleh ada lebih dari satu bagi tujuan permbangkangan tetapi keahliannya tidak terbatas kepada sesuatu kaum sahaja.
Bagaimanapun parti tunggal tidak boleh diwujudkan selagi semangat perkauman dan selagi polarisasi kaum terus wujud dengan masing-masing saling membanggakan suku kaum masing-masing.
Negara perlu mewujudkan bangsa Malaysia untuk Malaysia yang mana ianya hanya boleh wujud adalah melalui menggalakan perkahwinan campur antara kaum-kaum di Malaysia dipraktikkan supaya dalam diri setiap Malaysia ada darah Melayu + darah Cina+ India + Siam+ Kadazan Dusun + Dayak + Malanau + Senoi dan sebagainya.
Biar nanti cucu atau cicit kepada Khalid umpamanya adalah juga cuci dan cicit kepada Eng Guan, cuci dan cicit kepada Balaskrishnan, cucu dan cicit kepada Nyatoh anak Belimbing dan sebagainya.
Hanya dengan percampuran darah sahaja akan dapat mewujudkan intergrasi sejati dan usaha ke arah itu kena diusahakan secara proaktif oleh negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia bagi memastikan wujudnya bangsa Malaysia dan akan adanya polorasisi kaum. Semua kaum kena sedia berkorban untuk kehilangan identiti bangsa masing-masing agar Malaysia hanya ada satu bangsa yakni bangsa Malaysia.
Masing-masing kena sedar bahawa apa bangsa sekalipun berasal dari baka yang sama yakni Adam dan Hawa. Tidak ada yang hina dan lebih mulia kerana darah sama-sama merah. Cuma yang paling mulia di sisi Allah Maha Pencipta adalah yang paling bertaqwa.
Masalah agama yang menjadi halangan dan dianggap mustahil untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang sedarah sedenyut nadi boleh diatasi jika orang Melayu tidak terus dengan tamak halobanya beranggapan dan mempercayai bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.
Ini adalah kerana Islam merupakan hak semua manusia tanpa mengira bangsa, suku kaum dan warna kulit, malah nabi dan rasul yang diberi tugas menjalankan nabi dan rasul itu sendiri berbangsa Arab Quraisy, bukannya berbangsa Melayu, membuktikan kepercayaan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu adalah tidak tepat.
Jika galakan perkahwinan campur dimulakan dari sekarang dengan matlamat akan lahirkan rakyat yangyang sedarah sedenyut nadi, maka dalam tempoh 50 tahun akan datang, Malaysia akan mampu mewujudkan bangsa Malaysia

6 comments:

Anonymous said...

PAS bukan parti melayu Islam, tetapi parti Islam tidak kira Melayu, India, Cina dll, DAP bukan parti perkauman Cina, tetapi parti pelbagai kaum sama dengan PKR juga parti pelbagai kaum. Maka sebsb itulah Pakatan Rakyat tidak makan dengan isu perkauman bawaan UMNO. Yang jelas parti perkauman di Malaysia ni adalah UMNO dengan melayunya, MCA dengan Cinanya, India dengan Indianya.
Sekian

Anonymous said...

Pas parti Islam? Tuhan dan nabi mana berikan pengiktirafan? Kalau orang Pas mengaku sendiri tak jauh bezanya dengan bila berkentut kita tak payah tutup hidung kerana kentut sendiri, tapi orang lain menonye mrnahan muntah.
Ada ke DAP bela Melayu dan Islam. Wakil rakyat PKR dari bukan Melayu ada ke bela Melayu dan Islam? Berapa orang Ling Gua Eng dan Karpal Singh bergama Islam jadi ahli Pas? Anwar Tan Abdullah, Kamal Koh dan sebagainya jadi Pas setelah namanya ditukar.
Simpul mati kata Pas parti Islam rasanya tak kena, boleh punah akidah. Kalau kata Pas perjuangan politik keislaman baru betul. Islam tak boleh disama-tarafkan dengan apa-apa perkara pun.

Anonymous said...

budah pondok lubuk tapah.....

Nampaknya anda bercelaru dengan pemikiran dan tulisan anda sendiri. Hidup dengan kongkongan pemikiran bawah tempurung tidak sampai kemana-mana? Apa maksud P.A.S ? Jangan berlagak pandai lebih sudu daripada kuah. Kalau dikata Pas Parti Islam boleh punah akidah dan Islam tidak boleh disama-tarafkan, jadi ISLAM HADHARI yang dibanggakan nak disamakan dengan apa?

Saya tidak pahamlah dengan maksud keluar tajuk saudara dalam menjawab soalan saya, yang ini

"Ada ke DAP bela Melayu dan Islam. Wakil rakyat PKR dari bukan Melayu ada ke bela Melayu dan Islam? Berapa orang Ling Gua Eng dan Karpal Singh bergama Islam jadi ahli Pas? Anwar Tan Abdullah, Kamal Koh dan sebagainya jadi Pas setelah namanya ditukar."

Anonymous said...

Tokcik meli mengaji agama dari mana? Saya kata simpul mati kata Pas parti Islam rasanya tak kena, boleh punah akidah. Kalau kata Pas perjuangan politik keislaman baru betul. Islam tak boleh disama-tarafkan dengan apa-apa perkara pun. Itu pandangan saya yang sekadar mengaji pondok.
Kalau namanya saja parti Islam tetapi orangnya tidak benar-benar Islam tak jadi apa juga. Islam Hahdari bukan sebuah parti politik, ianya hanyalah suatu slogan macam Membangun Bersama Islam. Yang bina slogan tu bukan orang Umno tetapi para cendekiawan Islam, termasuk para pensyarah. Cuma kalau diterjemahkan dari perkataan asalnya dalam bahasa Aran Hadharatul-Islam dengan Islam Hadhari bunyi terbaliklah, patutnya disebut Hadhari Islam, ada sikit punya keling pulalah, sama dengan nasi makan, bukannya makan nasi. Seupaya bila bahasa Arab sebut kaifahaluka, kalau nak diterjemahkan 'ka' untuk awak sepatutnya berada di hujung perkataan tetapi bila di Melayukan awak duduk di awal sebutan.
Bagi saya kalau anggap Islam itu Pas dan Pas itu Islam, punah akidah. Islam adalah sebagaimana yang diajar oleh nabi. Macam mana yang nabi suruh dibuat dan mana yang nabi larang dijauhi, itulah Islam kerana apa yang nabi suruh itulah juga yang Allah suruh manakala yang nabi larang, itulah juga larangan Allah.
Pas itu sendiri hanya wujud pada tahun 1951, malah yang meluluskan pendaftarannya adalah pegawai pendafatran beragama Hindu. sebelum nak taksub pun kena kenalpasti dulu apa yang nak ditaksubi.
Bukan soal berlagak pandai. Ini soal berkaitan dengan akidah. Kena dioerbincangan dengan ilmu. Banyak orang Pas (saya pun Pas jugalah tapi tidak taksub) dengan selamba kata: hujan dah hari ni bila tok guru sembahyang hajat kelmarin, sekaligus menggambarkan bahawa kerana tok guru sembahyang hajat, maka hujan turun. Apakah itu mengikut pengajian Tokcik Meli tidak jejaskan akidah?
Pas kata Umno tak berapa Islam kerana bekerjasama dengan orang kafir tapi macam mana pula dengan Pas yang bekerjasama dengan DAP, malah bilangan bukan Islam dalam PKR hampir sama banyak dengan orang Melayu yang mana Melayu sahaja tidak semestinya Islam pun pada hakikatnya, kecuali dari sudut lahiriah, boleh jadi sempurna Islamnya pula.
Kena ingat bahawa adakalanya orang yang kita sangkakan melakukan kerja ahli syurga rupakan melakukan keraja ahli neraka dan yang disangkakan menjalankan kerja ahli neraka rupanya melakukan kerja ahli syurga.
Kerana itu kita kena serba sederhana, termasuk dalam berparti politik, elakkan darti penyakit taksub. Ingat ketika menuding sebatang jari ke arah orang lain, empat batang jari kita lagi tertuding ke diri sendiri (pinjam ungkapan yang Meli sering tulis).
Kepada Meli sebagai pengedali blog saya minta maaf kalau pandangan saya ini kurang disenangi. Saya faham dengan PERINGATAN yang dipostingkan. Macam mana pun dalam hal-hal berkaitan dengan agama, dengan akidah, kita tak boleh takut.

Anonymous said...

budah pondok lubuk tapah...

Try demo perati molek tajuk sebenar posting meli kapak jangak yang mana menyentuh parti perkauman dan perlunya sistem dua parti tanpa mengikut kaum. Yang mu melalut-lalut te ke lain campur aduk dengan akidah ni pasal apa pulak? Jangan satu jarimu tuding ko ore 4 jarimu salahkan mu, mu rasa mu buat kerja ahli syurga mana tahu dengan niat mu hok tok betul tu, jadi kerja ahli neraka. Kawe tak kata pun pas itu Islam, Islam itu pas tetapi pas bukan parti melayu Islam macam meli tulis tetapi parti Islam untuk semua bangsa dan pakatan rakyat takde pun parti perkauman. Demo duk pondok pun otak tu biarlah terbuka dan tak jumud supaya tidak terikut2 dengan dakyah musuh yang mengelaskan ustaz2 ni kepada "kaum muda" dan "kaum tua". Kawe anak cucu kaum adam.

Anonymous said...

Apa makna pada slogan ni, "Membangun bersama Islam" VS "Islam Hadari". Nak ulas tu kena kaitkan sekali penghayatannya oleh pemimpinnya. Kedua-duanya slogan politik.Jangan babitkan cendikiawan Lslam dan pensyarah dalam bab ini. Mana yang lebih punah akidah?Akidah punah ko tok punoh ko, boleh tengok pada fi'li, qalbi, qauli,koh guanodemo