Kegagalan projek 916, rakyat kena berhenti dari dibuai mimpi
APA pun yang ditulis dan diberikan pendapat, pandangan, buah fikiran mahu pun teori sebelum 16 September tentang projek 916 jajaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sebuah mimpi yang mustahil jadi realiti, pasti akan jadi bahan ketawa, malah akan dilabelkan sebagai berfikiran 'katak di bawah tempurung' dan jahil tentang suasana politik dan mood semasa rakyat negara ini.
Kini realitinya 16 September sudah berlalu dan terbukti projek 916 tidak jalan dan tidak jadi kenyataan. Kalau masih ada lagilah yang percaya, malah yang menaruh harapan projek 916 akan tetap jadi kenyataan, bagi saya orang berkenaan terlalu sangat-sangat dan teramat-amat BAHLOL lagi BIUL.
Negara ini mengamalkan demokrasi dan rakyat akan memberi mandat kepada mana-mana parti politik yang mereka yakin ada kemampuan dalam bentuk teori dan praktikal, parti politik yang mengotakan apa yang dikata, bukannya parti politik dan tokoh yang hanya beretorik, parti politik yang pemimpinnya hanya syok sendiri kononnya dialah yang terbaik dan maha tokoh dari segala tokoh sehingga sanggup membina mimpi yang tidak mungkin jadi realiti.
Realitinya juga pilihanraya umum ke-12 sudah pun selesai dengan cukup adil sehingga tidak ada kendengaran lagi isu pengundi hantu dan tangagapan SPR tidak telus kerana pihak pembangkanng mencapai kemenangan agak besar dan kini membentuk kerajaan di lima buah negeri. Namun di pusat, majoriti rakyat terus memberi mandat kepada Umno/BN dan ianya adalah suatu hakikat dan keputusan rakyat kena dihormati.
Tidak ada kedengaran Umno/BN menyalahkan SPR kerana kehilangan kuasa di lima negeri, malah tidak ditimbulkan pun tentang kewujudan pengundi hantu yang menyumbang kepada kekalahan Umno/BN. Oleh kerana rakyat masih beri mandat kepada Umno/BN, maka mahu tidak mahu Umno/BN kena tubuh kerajaan. Kalah atau menang, kekal atau tumbangnya kerajaan yang ada bukan kuasa kerajaan yang ada tentukan sebenarnya, tetapi ianya berdasarkan kepada pemilihan pengundi dan soal takdir serta ketentuan-Nya tpula idak boleh ditolak tepi.
Pasti ada hikmahnya kenapa Umno/BN masih diberi mandat dalam keadaan yang Umno/BN berada seperti sekarang dan kenapa pula pakatan pembangkang boleh menang dan membentuk kerajaan di lima negeri dan dalam keadaan pakatan berada sekarang. Bila adanya usaha untuk runtuhkan kerajaan yang mendapat mandat, bukan sahaja hak rakyat cuba dipertikai, dikhianati dan dicabuli tetapi ianya juga bermakna enggan menerima ketentuan takdir dan suratan-Nya.
Merancang penumbangan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat melalui cara yang bercanggah dengan amalan demokrasi bagi negara yang mengamalkan sistem sedemikian adalah suatu sikap yang tidak bertanggungjawab dan rosak moral. Sepatutnya peluang menang pada lima buah negeri digunakan untuk membina kerajaan yang lebih baik dari yang Umno/BN selama 51 tahun supaya pada pilihanraya akan datang bukan sahaja semua negeri dapat ditawan oleh pakatan pembangkang tetapi kerajaan pusat juga berjaya dikuasai.
Rakyat bukan bodoh. Mereka mampu membuat penilaian, terutama bagi rakyat di negeri-negeri yang berpengalaman diperintah oleh pakatan pembangkang tentang kerajaan mana yang lebih baik antara kerajaan Umno/BN dengan kerajaan pakatan pembangkang. Rakyat tidak boleh dipaksa kata 'baik' untuk yang 'tidak baik' dan sebaliknya. Kepada Anwar dan para penyokongnya barangkali dirasakan dirinya sahajalah yang terbaik, paling tokoh dan paling diharapkan oleh rakyat untuk jadi perdana menteri, tetapi majoriti rakyat negara ini belum tentu mempunyai sama rasa dan sama tanggapan dengan Anwar dan koncu-koncunya
Kepada saya, kegagalan projek 916 mahu tidak mahu akan mencalar-balarkan imej, kredibiliti dan reputasi Anwar dan pimpinan parti-parti pakatan pembangkang yang nampak sangat mahu merubah takdir dan suratan yang telah ditakdir dan disuratkan-Nya. Anwar akan mengahadapi masalah kemerosotan sokongan dan simpati, termasuk dari kalangan pimpinan pakatan pembangkang yang pasti malu dengan kegagalan projek 916.
Bagi saya projek 916 secara tidak langsung boleh menyumbang kepada negara ini akan berlaku sebagaimana yang sedang berlaku di Thailand, Palestin, Iraq dan Afghanistan seandainya masih ada pihak yang terus mengusahakan dan ada pula yang menyokong secara langsung atau tidak langsung terhadap usaha tidak bermoral itu. Kerajaan tidak patut membiarkan mereka yang terlibat memprojekkan 916 tanpa sebarang tindakan kerana projek berkenaan meletakkan rakyat terdedah kepada bahaya besar, malahnya ianya boleh menyumbang kepada kemungkinan berlaku huru-hara.
Bagaimanapun rakyat yang mahukan keamanan dan kesejahteraan terus terpelihara, kegagalan projek 916 hendaklah dianggap bahawa apa-apa pun tindakan, perlakuan dan projek yang bersifat mahu mencabuli amalan demokrasi hanya kerana mahu memenuhi impian seseorang yang merasakan dirinya yang terbaik dan paling tokoh dari segala tokoh. Ianya patut dibuang dari menjadi berputar dalam kepala. Untuk apa kita mahu mencurah air di tempayan hanya kerana mendengar guru dilangit.
Apa jaminan kerajaan baru yang akan ganti kerajaan Umno/BN akan lerbih baik jika projek 916 jadi kenyataan. Juga apa jaminan Anwar sebagai Perdana Menteri akan lebih baik dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
Sesungguhnya meruntuh dan memusnahkan sesebuah kerajaan lebih mudah dari membinanya sebagaimana berteori sebagai pembangkang jauh lebih mudah dari berteori sebagai kerajaan kerana pembangkang hanya setakat berteori sahaja manakala kerajaan kena berteori dan segala teori dilaksanakan.
Sama ada kerajaan Umno/BN akan tumbang atau sebaliknya pada pilihanraya umum akan datang bergantung kepada rekodnya yang telah dan akan dicipta sebelum tibanya pilihanraya uumum ke-13. Demikian juga denngan kerajaan pakatan pembangkang pada lima buah negeri, sama ada akan terus kekal memerintah atau tidak di neger-negeri terbabit, bergantung kepada sebanyak mana apa yang diteorikan berjaya diparktikkan dan bukannya sekadar hanya tinggal dalam bentuk retorik.
Natijahnya, setelah keputusan projek 916 sudah diketahui, maka rakyat kena berhenti dari terus dibuai mimpi, sebaliknya masing-masing kena berusaha meningkatkan kualiti hidup dengan sentiasa bertanya diri di sampang bertanya apa sumbangan negara kepada diri kita, maka kena ditanya juga apa sumbangan kita kepada negara supaya suasana aman damai yang dikecapi bukan sahaja kekal dinikmati tetapi kualitinya akan sentiasa meningkatkan. Biarkanlah Anwar dan Pakatan Rakyat dengan projek 916 terjun dengan labu-labunya, kita sebagai rakyat kena berhenti dari terus dibuai mimpi ciptaannya!
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Apa salahnya rakyat mahu dibuai mimpi-mimpi indah. Nak terus dibawah BN-UMNO, semakin lama semakin hampissss ooo!
Panjang angan-angan terlarang dalam Islam.
Begapo salahnya umno yang dok maroh sangat? apakah setelah 51 tahu negara merdeka, umno membuatkan rakyat negara ini masih bercawat.
kena jujur pada diri sendiri, dalam hitung tidak baiknya umno, cuba kira getek apa yang umno telah bina untuk agama, bangsa dan negara.
kalau anwar jadi pm dan kerajaan umno bertukar kepada kerajaan pkr, tak 'kan semua rakyat akan berak tubik emas, kencing tubuk suasana, bersin tubik perak, berdehem tubik tembaga kot.
silap-silap nanti pkr akan jadi singkatan kepada parti kecon rakyat, parti kelentong rakyat pula.
jangan bermain api dalam soal pertukaran kerajaan ni. lama 'kan jadi macam siam.
dah anwar rasa ada pengaruh sangat gat, try tengok pada pilihanraya umum akan datang, boleh ke tidak negeri-negeri yang diperintah pr terus berada bawah pr.
masa tu akan timbul pulah isu pengundi hantu, spr tak telus pulakno.
jangan hipokrit. kena terima ketentuan tuhan, kena tanya diri sendiri bakpo tuhan tak takdir kita jadi pm. sesama makhluk mana ada kuasa untuk sekat kita jadi pm. butir ni kena kaba gatek. jangan dok rasa kita bijak lebih pada orang lain.
Kadang2 manusia terlupa hatta sesaat bahawa kita hanya perancang tetapi penentunya dalah Allah SWT..yg menguasai tujuh petala alam dan 7 petala bumi. Begitu jugok Anwar Ibrahim..terlupa dia bahawa perbuatannya itu mendahului Qada dan Qadar Allah swt,, seolah2 apa yg dia rancang mesti jadi..apa yg dia ingin mesti dapat dan apa yg dia perintah mesti dijalankan.
Ini adalah manusia bahaya.. tidak vboleh menerima hakikat bahawa 90% rakyat malaysia tidak mahu dia menjadi perdana menteri. Tapi spt kata Dato Him Pasir Mas..rakyat jelata diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim sebegitu rupo.. dan Tian Chua ingat rakyat Malaysia adalah sama bodoh dan dungu spt dia dan 4 orang lagi yg mengejar MP BN sampai ke Taiwan..Ini mengalah itik nak belaki..kata ore klate.. Itik nak belaki ni akan kejar pasangan dia tp dia tak gila nak gi jauh2 megejar pasangan. Ini kerja gila Anwar Ibrahim..
Media pon kena mainkan peranan lebih aktif..kurangkan publisiti Anwar..tak dak publisiti tak daklah gangguan2 yg tak sepatutnya..
Kalu lagu ni sampai bila kerajaan nak layan kerenah dia..makin layan makin menjadi..ini perangai ore gila..kalu kita dok layan koho dio menjadi2..hentikan publisiti..biarlah hanya suara keadilan yg memberi publisiti pd dia..lamo2 rasonya..dia pon tak chekak jugok..
Sepatah kata Dato Him..nak cari 32 MP BN bukan mudah macam nak beli kerusi dekat courts mammoths.. Jd Anwar ibrahim..gi lah jenguk di courts Mammoths..byk ada kerusi disitu..belilah lebih pd 32 pon..
Wallahuallam
ambo setuju. biar anwar dan pkr serta pr terjun dengan labu-labuynya, biar anwar jadi pngguk (macam mata meli) orang kelantan panggil burung malas menyanyi gila berahikan puteri bulan.
kita dok ikut pakat gila babuk buat bergapo. biar anwar dengan puak-puak dia jah laaa mabuk air sejuknya.
Dok la yang tok guru nik aziz pun jadi burung ciak mengiau malam guano dalam kes 916 guano.
Bokali boktan setiaupolitiknya anual bakari buwi nasihat. budak tu jenis babuk sasan, banyak punah pendekatan pemikitan TGA sakat dia jadi setiausaha politik.
tak dok ko wei orang pas hak pas sungguh-sungguh boleh jadi sup nyo? tulung cari buwi gat meli. kalau nual bakri terus jadi sup, koho punah mb.
Apa salahnya jika betul mimpi menjadi kenyataan. Bukan ker 16-sep tu sebagai jalan/ target untuk perubahan kerajaan. Kalau dah takdir tuhan nak berlaku macam ni ' meli kapak jangak' pun kena akur ketentuan-Nya. So jangan terkejutlah dengan perubahan semasa dalam sehari dua ni. Pok Had Cetong tumbuh pun otak dah semakin sihat doh, nanti pok loh cetong tembuh pulok take over.
patutnya orang hak nak nasihat, buwi buah fikiran ko TGA tu kena lebih cerdik, lebih berilmu baru tak nyo punah.
pelik orang macam anual bakritukang nasihat, tukang bina pendirian dan pandangan TGA. anual bakri tu mengaji universiti di negara arab mana dan master dalam bidang hukum hakam mana.
dok eh tok guru tok reti ke mugo-mugo lagu ni, samapi sanggup bergelidah pemikiran dan pendirian dengan tokoh-tokoh pas macan tok guru haji hadi.
ingat we pas bukan ssako pok demo, jangan punah pas boktan demo. tok nenek kawe dulu sampai lekat parut atas dahi kena buku lima boktan boktan jaga pas.
boleh ke demo llo ni nyo buat pas tu macam ssko mokbapok dia, corak dan warnakan pas ikut suka dia. dalam jaga pas ni ada keturunan demi bekas kena kapak binjai manis, buku 5, batang langsat dan kayu dua tiga?
sapo pengasas pas dan anak cucu cicitnya yang rela dan redha pas punah boktan dok wat nggacan bela nuar brehim hak worih berehin ali kata biar dia sorang jah mabuk air sejuk tu
Buwi aku pinjme kapak jangak mu meli...biar aku belah ppalo orang pas hok jenis baso gila.
Pak Ramli, kapan dunia politik kita akan matang dan dewasaa? Orang kita suka kabar politik, tetapi tidak ada yang patut dijadi pelajaran.
Mana aktor-aktor politik yang punya visi hebat dan mapan? Kalau ceramah, jadi seperti jaman dulu-dulu, itu penglipur lara.
Kapan mahu matang?
saya suka komen ikhlas Pak meli. dan harap ramai sedar dan mula kuatkan sokongan kepada Pak Lah yang dilemahkan di pandangan rakyat oleh Anwar dan balaci2nya....
salam.
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
MimPi Wak Hamad selepas PR12 ini
Di Petik daripada melikapakjangak
Kawe nok tamboh ckit hok Wak Hamad mimpi...
1.Tok guru tak mengajar lagi di Medan Ilmu, kalau sihat tok guru akan naik mengajar di atas kelab pas di dewan zul. MPKB tak jadi wak yeh Pas lagi gi pasang khemah di Jalan dato pati.-xdok hal kalu tok guru nok ngajar ilmu agama,UMNO blh bui…
2.Semua kereta EXCO kena serah balik kepada kerajaan termasuk kereta tok guru dok naik selama kening.-termasuk kereta Mercedes hok Tok Guru duk naik loni
3.Ore Pas hak kuat-kuat akan berasa malu yg amat sangat, ore Pas hak tak kuat akan istihar sokong BN Jugak.-xpo orang UMNO blh terima asal demo tobat nasuha
4.Rombakan kabinet pas kelantan akan di buat. Pesuruhjaya dan timbalan nya mungkin akan dipegang oleh pemimpin yang sekarang dilihat tongo. Hak napok cerdik akan senyap tupah dok kira berapa banyak paedah di dapati sepanjang pas memerintah.-Romboklah nok rombak gak,nasi jadi bubur doh
5.Semua jawatan politik, tok ngulu,halaqat, penyelia halaqat, urusetia penerangan dan yg sewaktu dengannya termasuk ahli majlis daerah akan terlucut. Tak dak kijo habis puak tu dan mungkin ada yang jjupa abe meli mitak kerja di Melimediaplus.-xdok dohla tok ngulu Pas hok mangok selamo keni…
6.Ore UMNO dan Bn akan mangok khasnya kakitangan kerajaan hak tak leh akat muka kena nganjing ka ore Pas la ni.-ni bare tentu…slamo ni demo duk pelekeh kito..arini kito sekeh palo demo pulok…
7.Ore Pas tertanya-tanya bakpo kita kalah? Bakpo rakyat tak undi kita , ada salah begapo kita dengan rakyat?-doh demo byk wk dosa dgn rakyat..kecek pelawok sokmo…
8.Hasil post mortem yang dibuat antara sebab pas kalah ialah orang Pas tidak hidup zuhud serupa tok guru.gi dengar tok guru ngajar tapi perangai tak serupa tok guru.-padea muko…dgr tok guru ngajar tp ngato koorang no 1…
9.Tok wakil Pas hak menang berasa malu nak masuk ke dalam kawasan kota Darulnaim dan ke DUN. Muka berasa tebal 14 inci sewaktu nak gi angkat sumpah.-doh selamo kenni duk jeh orang UMNO keno demo baru muko tu letok punggung…
10.YAB Datok Awang adek akan keluar statmen ajak pembangkang bekerjasama memajukan kelantan.-xajok xapo…org lagu ni xleh wk sain..kekoh kito semula…
11.Banyak lembu akan disembelih oleh ore UMNO meraikan kemenangan di Kelantan.-ni bare tentu..xmenepun lembu tumbang banyok doh….
12.Ku LI dan Mat Yaakob kata dia bersyukur kerana di beri peluang oleh Allah Taala dapat tengok Kelantan di perintah oleh BN semula.-hola ni pemimpin hok main peranan penting bakpo Pas blh meretoh kelate…
13.Komen Tok Guru ialah " Nabi pun pernah kalah dalam peperangan. apa susahnya? Kita hormati keputusan rakyat dan Pas akan memastikan BN hanya menang sepenggal sahaja"-dea lagi kecek besar…nok bnding dgn Nabi panggil xdgr
‘’Hok tentu Pas kaloh kerana keegoaan mereka sendiri dan terlalu banyak wak dosa dengan Tuhan”
Posted by kujian at 3/06/2008 10:44:00 AM 13 comments
Assalamualaikum, ambo sangat menunggu mimpi terbaru Wak hamad, mimpi lama dah expired. Pak Cik Meli pun boleh juga nak keluarkan firasat baru? Biasanya kalau biasa ikut hati dia, betul-betul benda ni akan berlaku.Tak caya? Baca tulisan yang lepas-lepas, ambo pun simpe lagi.hehehehe
Lama dah tok dengar kabar bekas bakal calon menteri besar kelate? Dio lo ni apo kabar? Baik ko? Macam mana dengan mimpi jadi MB? Harap2 tok guru bagi kesihan belas lah, jadi MB sehari untuk kelate?
Guano yang ppakat dok meraban koksir belako ni. Ko boktan Anwar mabuk air sejuk dengan projek 916, semua yang turut bermimpi yang tidak menjadi realiti bersamanya dah turut rosak otak belako?
Pakat-pakat beretilah jadi bengo-kelunya. Biar Anwar jah mati belan cacan bersama angan-angan nak jadi perdana menteri, walhal tak ramai mana hok pelahap nak 'kan dia jadi perdana kecuali, kecuali bini dan anak-anak serta mereka yang mabuk air sejuk bersama.
Maaflah jah, ana terkasar sikit. janganlah pula mudah bertepik, takut orang ramai tau pula.
Kalu negara yang aman damai mahu dihuru-harakan, patut benarlah kalau pencetus huru-harakan diISAkan, tidak kiralah Anwar Ibrahim ke sapo ko, waimma Dr Mahathir, Nik Aziz ke atau Zaid Brehim sekalipun.
Pengacau keamanan dan pendorong kepada perpecahan rakyat tidak ada apa bezanya dengan anasir subversif, malah kalau tak kena gayanya puak-puak ni lebih bahaya dari komunis. Kes gila nak kuasa, tak diambil kira tentang apa yang akan jadi kepada rakyat dan negara, rela rakyat pecah muka.
Pak Lah dan Datuk Syed Hamid sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri tok soh dok takutlah, Anwar takdok dek penyokongnya. Kalu Anwar ditangkap, ada lagi hok ngang gat, igat belako. kita ppakat tengok ada lagi ko hak keras jenis muka dan berani ngango.
Ambo raso Datuk Him Ali setuju dengan ambo. Masa Anwar jadi TPM, Datuk Him pun kena ISA. Ko guano Datuk Him ambo?
Kawe mensetuju benar dengan demo.
Kalu suruh Amid Pendek ditangkap bowoh ISA getek macam mana. macam Syed Zaidi tu yang syorkan supaya bendera negara dikibar secara terbaliik, boleh seorang pegawai besar di perbadanan menteri besar berperangai lagu tu.
Meli boleh setuju ko kalau Amid Pendek ditangkap bawah ISA. Dia tu gu demo.
Bagi kawe hok mana berehi kkecek koksir igat. Tak kira dia Mahathir ke, Nik Aziz ko. Cegah sebelum parah lebih baik dari mengubati penyakit dan dah parah.
Pinjam kata-kata Meli, jangan marah, lu fikirlah sendiri....
Ambo semua setuju dengan demo-demo. Hok demo tok setuju kawe setuju, hok oghe setuju, demo tok setuju, kawe setuju.
Pak Lah kena tunjuk belang sebenar. Tangkap dan sumbat jel pihak pengacau adalah lebih baik daripada tunggu sehingga kekakacauan berlaku.
Bapa kepada saya punya datuk punya bapa kata, kalau berdepan dengan musuh, jangan tunggu musuh gocoh dulu, kita yang kena bagi dulu biar bertukar antara hidung dengan dagu jadinya.
Jangan ada rasa kesian belas kepada lawan kerana lawan tak akan kesian belas kepada kita.
Post a Comment