Wednesday, September 17, 2008

MUNCUL KEMBALI (77)

Mercun - kompaun ibubapa bunyi kejam tapi ada menfaatnya

SEBAGAIMANA penahanan dibawa ISA yang bertujuan untuk langkah pencegahan menerima tentangan di samping adanya sokongan, maka keputusan mengkompaun RM100 mengikut Akta Kastam 1967 ke atas ibubapa yang membiarkan anak mereka bermain mercun menjelang musim perayaan pasti akan menerima tentangan.
Ini adalah kerana antara undang-undang dan peraturan dengan pelanggar undang-undang dan peraturan tidak akan seragam. Ianya adalah suatu lumrah kerana rata-rata manusia lebih suka kepada negatif dari yang positif.
Umpamanya, bila penjenayah yang menembak mati mangsanya ditembak mati oleh polis, akan masih ada yang menganggapnya sebagai sesuatu tidak patut, terutama di kalangan waris yang terdekat dan kalangan tidak berpengalaman kehilangan orang tersayang gara-gara perlakuan jenayah oleh penjenayah.
Pernah berlaku di di Kelantan kes seorang anak mengamuk membakar rumah dan padahnya rumah yang dibakar serta beberapa rumah sekitarnya musnah terbakar, ramai yang salahkan bomba kerana kononnya lambat datang untuk melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran.
Dalam kes penjenayah ditembak, sepatutnya keganasannya sebagai penjenayah yang patut pandang negatif manakala dalam kes bakar rumah pula sepatutnya pembakar rumah yang disalahkan, bukannya bomba yang datang untuk membantu menyelamatkan rumah yang sengaja dibakar dan rumah berhampiran.
Demikian jugalah halnya dalam kes ISA mahu pun kes ibubapa yang membenarkan anak bermain mercun yang akan dikompaun. Tujuannya adalah untuk melakukan pencegahan. ISA digunakan untuk cegah dari negara terancam keselamatan gara-gara perlakuan kalangan yang berpotensi mengugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Manakala Akta Kastam 1967 adalah untuk mencegah dari berlaku dan meningkatnya jumlah kecederaan akibat bermain mercun menjelang perayaan dan yang mendapat faedah ekoran dari pelaksanaan akta-akta itu adalah rakyat dan negara bagi ISA dan ibubapa bagi Akta Kastam 1967.
Dari sudut sepintas lalunya, bila ibubapa dikompaun kerana membiarkan anak bermain mercun adalah sangat kejam dan membebakan bunyinya kerana RM100 adalah satu jumlah yang agak besar. Tetapi harus diingat seandainya ekoran dari bermain mercun akan berlakunya kemalangan, kerugian yang kena ditanggung adalah lebih tinggi lagi.
Bagaimanapun dalam tindakan tegas ditujukan kepada ibubapa yang membiarkan anak-anak bermain mercun, tindakan yang lebih tegas tanpa kompromi patut dikekanan ke atas penjual dan pembekal, apatah lagi penyeludup merecun.
Punca kecuaian penguatkuasaan sehingga mercun boleh diseludup masuk juga patut diambil kira untuk dikenakan hukuman ke atas pegawai yang cuai kerana dengan itu ianya akan dilihat lebih saksama lagi dan tindakan dan perkompuanan tidak bertompok.

No comments: