Wednesday, September 17, 2008

MUNCUL KEMBALI (78)

Projek 916 gagal, imej Umno/BN kian pulih, Pas jadi mangsa


PADA hemat saya, gunalah apa taktik, teknik dan fatwa sekali pun, setelah mimpi projek 916 gagal direalisasikan, maka kepercayaan, apatah lagi keyakinan umum terhadap apa-apa juga yang dicakap dan dipelankan tentang pertukaran kerajaan, juga tentang dakwaan betapa pelahap dan kemaruknya rakyat negara ini mahukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, tidak lagi akan ditelan bulat-bulat.
Kalau sebelum 16 September, di mana-mana pun ramai yang berani dan megah bercakap tentang pertukaran kerajaan dan perdana menteri, sekarang sudah tidak ramai yang pelahap bercakap mengenainya kerana kalau masih bercakap mengenainya, ianya akan menjadi bahan ketawa orang yang mendengarnya.
Mahu tidak mahu dengan sendiri Anwar akan mengalami kemerosotan penyokong dan pensimpati yang kronik, malah kini sudah mula ada suara-suara yang berkata kalau Anwar pemimpin yang benar-benar berkualiti, masakan Dr Mahathir yang mendidiknya dalam bidang politik dan kepimpinan negara boleh tergamak 'nyahkan' beliau dari kepimpinan kerajaan dan parti, malah dipecat dari Umno.
Dengan kata lain, kerana terlalu 'over' dengan pelan projek 916 dan boleh pula membuat janji dan jaminan sehinggakan seakan tidak ada kuasa lain lagi yang boleh merealisasikannya menjadi realiti, peluang Anwar untuk bangkit akan menjadi sama sukarnya dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk bangkit dari luar Umno mahu pun selepas rujuk semula kepada Umno walaupun usaha itu dilakukan jauh lebih awal dari Anwar.
Apa yang Anwar sedang lakukan, yang sedang dimimpi dan diangan-angankan sebenarnya sama sahaja dengan apa yang pernah dilakukan, dimimpi dan diangan-angkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Acuannya sama, bertitik tolak dari rasa diri hebat dan cukup berpengaruh yang mana kehebatan dan pengaruhnya dirasakan tidak boleh ditandingi oleh orang lain.
Kegagalan projek 916 dan ketengangan yang ditnjukkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinetnya menjadikan rakyat juga boleh bertanya apa dosa Datuk Seri Abdullah sehingga bukan sahaja beliau cuba mahu dipaksa turun dari kerusi Perdana Menteri tetapi kerajaan Umno/BN juga kena ditukar dengan kerajaan PR sebagai yang diusahakan dengan gigih lagi ketagih oleh Anwar dan mangkuk-mangkuk hayungnya.
Apakah dengan tidak mendapat majoriti 2/3 itu menjadi dosa besar kepada Datuk Seri Abdullah, sekaligus membuktikan itulah tandanya kerajaan Umno/BN ditolak oleh majoriti rakyat? Apakah semua kerajaan yang mengamalkan demokrasi di dunia ini memerintah dengan majoriti 2/3 belaka dan hanya Malaysia dibawah terajuan Datuk Seri Abdullah sahaja kerajaan yang memerintah dengan simple mojoriti?
Kalau majoriti rakyat melihat Umno/BN sudah tidak layak lagi membentuk kerajaan, kenapa pula ia masih boleh menang lebih banyak kerusi?. Kenapa tidak PR sahaja yang lebih banyak dapat kerusi?. Ini yang kena ditanya pada diri sendiri, direnung dan difikir secara profesional dan rasional oleh kalangan ang mahukan pertukaran kerajaan.
Andainya wakil-wakil rakyat Umno/BN benar-benar lompat parti menyertai PR bagi tujuan pertukaran kerajaan sebagaimana yang Anwar dakwa, apakah rakyat selaku pengundi yang memberikan mereka undi dan mandat merelakannya? Bukannya ianya bersifat mencabul dan memusnahkan amanah dan kepercayaan pengundi, malah amalan demokrasi itu sendiri dicabuli.
Oleh itu pada hemat saya, pembuat pelan pertukaran kerajaan tidak lebih dari hanya berangan-angan dan mereka yang menyokong dan bersekongkol dengannya juga bermakna menyokong dan bersekongkol dengan angan-angan yang tidak mungkin jadi kenyataan.
Yang jelas, kegagalan rojek 916 menjadikan imej Umno/BN serta kedudukan Datuk Seri Abdullah kembali pulih dan mantap, sekaligus menjadi pengundikan mula membuka mata tentang bahana apabila mereka cuba mengalih rasa dalam berpolitik pada pilihanraya umum ke-12 dengan memberi sedikit kemenangan yang akan mewah kepada pakatan pembangkan. Belum apa-apa sudah ada tokoh yang terlalu menampakkan sangat betapa gilanya, betapa kemaruk dan pelahapnya kepada kuasa.
Projek 916 yang gagal juga memberi peluang kepada rakyat negara ini melihat tembelang dan menilai kualiti sebenar para pemimpin parti-parti pembangkang, termasuk tokoh-tokoh Pas yang sebelumnya dilihat suci dengan imej alimnya yang pasti diluar jangka sebilangan pendukung dengan penyokong parti itu, tokoh pimpinan Pas boleh ikut sama berangan-angan dan sekali gus boleh ikut sama berbohong kepada rakyat jelata.
Kegagalan projek 916 turut menjadikan rakyat terbanyak secara lebih profesional dan rasional dapat mengenal dan membezakan antara intan dengan kaca dalam berpolitik menyebabkan yang ketara Pas menjadi mangsanya a.
Ini terbukti pabila pimpinan parti itu kini terdedah kepada pertelagahan antara puak dalam Pas yang berjaya diperalatkan oleh Anwar dengan puak yang menolak mimpi, angan-angan dan pembohongan Anwar yang pastinya pertelagahan yang telah, sedang dan akan terus berlaku tidak mudah untuk dipulihkan.

No comments: