Monday, September 22, 2008

MUNCUL KEMBALI (80)

Elak dari terus menjadi mangsa dipersalahkan, media kena tunjuk belang


SERINGKALI apabila kenyataan yang dibuat oleh invididu tertentu, termasuk oleh tokoh-tokoh politik dan ekoran dari kenyataan yang dibuat itu boleh menjejaskan imej dan prestasi pembuat kenyataan, maka medialah dipersalahkan.
Terbaru kes Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang juga angota exco kerajaan Selangor berhubung dakwaannya tentang makanan yang disediakan untuknya semasa ditahan dibawah ISA, akhbar dituduh memutarbelitkan kenyataannya. Dakwaan itu dituding kepada Utusan.
Soal beliau yang betul atau Utusan yang putarbelit kenyayaan dengan niat mahu memburukkannya terpulang kepada umum membuat penghakiman yang mana umum pasti turut mendengar rakaman kenyataan Tresa melalui kaca tv sama ada ketika beliau baru dibebaskan dan ketika membuat penafian.
Dalam bentulk laporan bertulis mungkin boleh dipinda atau ditokok tambah yang sebenarnya bergantung kepada keupayaan kefahaman dan menyusun ayat oleh pelapornya tetapi melalui pita rakaman, ianya akan tersiar sebagaimana yang disebut oleh pembuat kenyataan.
Sebagai pengamal media sejak 1973 lagi, saya berpendapat media massa di negara ini terlalu berlembut dan sangat mengalah dalam menghadapi tudingan-tudingan individu dan tokoh yang sering menjadikan media sebagai mangsa untuk selamatkan diri bila imej, prestasi dan reputasi boleh rosak dan retak ekoran keceluparan dalam membuat kenyataan.
Kerana bersikap banyak berlembut dan mengalah, media dilihat, terutama oleh pihak pembanngkang bahawa media arus perdana khususnya sering tidak jujur, tidak profesional, tidak bertanggungjawab, tidak telus, tidak berkecuali dan menjadi alat kalangan tertentu serta menjadi kuda tunggangan pihak pemerintah.
Saya pernah dengar lebih dari sepuluh kali dan sebagai pengamal media saya tidak akan lupa seumur hidup saya betapa pimpinan pembangkang yang berserban, berjubah dan berjanggut dengan angkuh berkata, laporan suratkhabar tidak boleh dipercayai, semuanya bohong dan tidak betul kecuali keputusan empat nombor ekor dan TOTO.
Macam mana pun, pada pendapat saya, barisan kepimpinan parti politik tidak kira dari kalangan pembangkang atau pemerintah patut bersyukur kerana tahap kesabaran pretugas media di negara ini cukup tinggi dan mereka jarang bertindak balas terhadap individu dan tokoh yang menghina dan menuding kesalahan terhadap media.
Walhal kalau katalah pihak media bertindak balas, umpamanya tidak melaporkan apa yang dicakap serta segala aktiviti Tresa Kok sebagai ahli parlimen dan anggota exco Selangor selama setahun, pasti dengan sendirinya umum, termasuk para pengundi di kawasan yang diwakili akan mula terlupakan namanya.
Kalau tidak diberikan ruang dalam media, orang tidak akan peduli sangat pun siapa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, siapa Karpal Singh, siapa Lim Kit Siang, siapa Khalid Ibrahim, siapa Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, siapa Datuk Seri Azizan Abdul Razak, siapa Lim Gua Eng, siapa Nizar Ahmad, siapa Datuk Seri Haji Awang dan sebagainya.
Natijahnya kalau peranan media tidak penting, pihak pembangkang tidak akan membuat desakan demi desakan supaya mereka juga diberi permit akhbar dan juga kebenaran mengelolakan stesen tv dan radio, malah ada parti politik sanggup melanggar peraturan menerbitkan akhbar tanpa permit sejak sekian lama.
Oleh itu sudah sampai masanya untuk media massa, terutama akhbar arus perdana tidak lagi mempermurahkan halaman yang mahal untuk memuatkan laporan tentang mana-mana individu atau tokoh yang menuduh media putarbelit kenyataan setelah kenyataan yang dibuat bersifat umpama pistol yang pemacunya sudah ditarik rupanya muncungnya terhala ke dada atau dahi sendiri.
Bagi saya petugas dari semua media di negara ini kena bersatu demi kemurnian imej, pretasi, reputasi dan profesionalisme dunia kemediaan tidak tercalar dan tercemar oleh sikap terlalu berlembut dan suka mengalah.
Jangan anggap bila Utusan dituding memutarbelitkan cerita, maka petugas akhbar lain pun kata 'pada muka' kerana apa yang Utusan kena, tidak mustahil nanti akhbar lain juga akan ikut kena sama.
Petugas media tidak kira dari media cetak atau elektronik kena bersatu dan menganggap masing-masing adalah satu badan, bila paha kanan dicubit paha kiri pun akan terasa sakitnya.
Kalau Hitler jauh lebih takutkan berperang dengan sebuah akhbar berbanding berdepan dengan satu devision tentera, bermakna kuasa media cukup kuat dan berpengaruh, kenapa media di negara ini kena takut dan tunduk menguku hanya kepada seorang ahli parlimen.
Demi untuk tidak terus menjadi mangsa dipersalahkan, media kena tunjuk belang. Antaranya ialah dengan memulau mana-mana tokoh yang cuba bermain api dengan media dengan tidak menyiarkan laporan tentang tokoh berkaitan untuk tempoh setahun misalnya dan lihat kesan dan bahana kepada tokoh terbabit

3 comments:

Pok Nik Klate said...

Ore mace teresa ni patutnya tembak dan dicincang bagi makan pada khinzir..pasal dia suka sangat makan khinzir masa hidup...
atau alternatif lain..
Husam musa buleh wak bini (masuk islam)..rasa selesai masalah.
Ko Guano...

Anonymous said...

Suara Tresa mahal. Kalau tidak tak 'kan projek ternakan babi mega di Selangor terus jalan juga walaupun rakyat bantah.
Tak pelik nanti di Selangor daging babi dalam segala komponen akan dijual di bangsal-bangsa menjual daging tepi jalan macam orang jual daging lembu.
Silap-silap nanti akan ada yang beli tulang rusuk buat sup mmegang poso.

Anonymous said...

Itulah petanda betapa berkuca-lembenya nanti kalau kerajaan yang sedia ada diganti dengan PR
Negara akan jadi macam Thailand, umur sesebuah kerajaan cukup singkap.
Kerajaan kena tegas ISAkan mana-mana individu yang suka bikin susah. Cegah lebih baik dari berubat.