Jangan biarkan musuh kerajaan guna kekuatan media asing untuk realitikan mimpi siang hari
TINDAKAN memanipulasi agensi berita asing yang tidak cukup tahu dan tidak cukup maklumat sebenar tentang apa yang yang berlaku di negara ini serta tidak berkesempatan mersakan 'mood' rakyat adalah perbuatan yang sangat keji dan perlu dibendung secara proaktif, termasuk melalui penggunaan ISA.
Mana-mana warganegara yang menggunakan agensi berita asing untuk memastikan mimpi siang hari menjadi realiti, samalah seperti tindakan pengkhianat kerajaan Melayu Melaka dan pengkhianat kerajaan Melayu Pattani yang menyebabkan kedua-duanya dijajah, malah kerajaan Melayu Pattani musnah samasekali.
Kalau pihak kerajaan masih juga berlembut hati dan tidak menggunakan dengan erti kata sebenar keizinan rakyat melalui majoriti undi dan mandat yang diberikan untuk bertindak tegas tanpa kompromi terhadap 'pembuka pintu kemusnahan negara' kepada tangan dan kuasa asing, tindakan tidak bermoral dan biadab terhadap kedaulatan negara pasti akan semakin menjadi-jadi pada masa-masa akan datang.
Agensi berita AFP tidak akan membuat 'laporan paling gila' kalau tidak ada sumber yang memaklumkan tentang kononnya perundingan sedang dibuat antara wakil pembangkang dan kerajaan mengenai peralihan kuasa yang merupakan mimpi yang tidak akan menjadi realiti, malah saya yakin pasti tidak akan diizinkan oleh majoriti rakyat negara ini dari menjadi realiti. Lagi pun rakyat mula sedar omong-omong kosong apabila projek 916 telah terbukti tidak menjadi kenyataan.
Selain dari kena menuntut AFP memohon maaf dan membuat penafian terhadap laporan yang tidak benar itu dan mencabuli kedaulatan sebuah negara yang merdeka dan rakyat cintakan keamanan dan persefahaman dan perpaduan masyarakat majmuknya terus terpelihara, sumber yang memberikan maklumat tidak tepat, biadab, jahat dan tidak bertanggungjawab itu perlu dikenakan tindakan tegas, malah patut diISAkan.
Mendedahkan hal ehwal dalam kelambu kepada orang luar bukan sahaja satu perbuatan biadab, tidak bermoral dan tidak menapamkan betapa tidak setia pelakunya kepada negara tetapi juga ianya hanya akan sanggup dilakukan oleh mereka yang tidak siuman, yang sudah gagal menilai harga langit yang dijunjung dan bumi yang dipijak.
Kepada saya pihak yang kemaruk, pelahap dan ketagih untuk realisasikan mimpi siang hari pertukaran kerajaan kerana gila, pelahap, ketagih dan kemaruk mahu menjadi peneraju negara sudah hilang kewarasan dan nilai moral sehingga sanggup cuba menjual dan melelong negara kepada kuasa asing menggunakan agensi berita asing.
Negara mengamal demokrasi dan peralihan kuasa memang boleh dilakukan tetapi kena menggunakan kuasa rakyat, bukannya menggunakan taktik dan teknik yang bercanggah dengan amalan demokrasi dan suara majoriti serta mandat rakyat cuba mahu dinodai, dikotori, dijatahi dan dikhianati.
Kenapa tidak boleh tunggu sehingga tibanya pilihanraya umum akan datang untuk pertukaran kerajaan. Empat atau lima tahun bukannya satu jangka masa yang panjang. Bukankah tempoh empat atau lima tahun itu boleh dijadikan masa untuk memberi peluang kepada rakyat melihat, menilai dan menghakimi kelemahan dan kegagalan kerajaan dan kepimpinan yang ada jika ianya memang lemah supaya pakatan pembangkang boleh menangi pilihanraya dengan mudah.
Apa yang sedang dilakukan oleh pakatan pembangkang yang saya nampak dan yakin bukan melibatkan semua parti-parti politik dalam pakatan pembangkan dan jjuga bukan membabitkan selurruh pimpinan parti-parti pakatan pembangkang boleh menyebabkan keupayaan sebenar pihak yang mahu menjadi juara pertukaran kerajaan dan kepimpinan dicurigakan oleh majoriti rakyat manakala parti-parti komponen yang membentuk kerajaan yang sedia ada akan kembali mantap dan semakin disimpati dan menerima pembelaan rakyat.
Saya juga yakin apabila kuasa dan pengaruh media asing digunakan bagi menwar-warkan nafsu besar tetapi tenaga sebenarnya tidak seberapa, rakyat bukannya akan marah kalau pihak yang menyebabkan negara dan rakyat terdedah kepada ancaman bahaya diISAkan tetapi rakyat akan marah kalau pihak berkuasa tidak mengISAkan dan membiarkan mereka yang mempublisitikan pembohongan tentang mimpi siang hari pertukaran kerajaan dan kepimpinan ke setiap pelosok dunia dengan memanipulasi agensi berita asing.
Majoriti rakyat pasti akan berpuashati dan berbangga dengan kerajaan yang ada dan akan dianggap sebagai bertindak sangat wajar dan amat tepat seandainya pemanipulasi agensi berita asing diISAkan pada kadar segera sebagai tanda bukti bahawa kerajaan cepat dan cekap bertindak tanpa kompromi terhadap pengkhianat negara warisan pertiwi ini
Tuesday, September 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment