Thursday, September 25, 2008

MUNCUL KEMBALI (83)

Pelaburan Malaysia di luar negara meningkat

WALAUPUN jatuh ke tangga ke-71 tahun lepas daripada tangga 67 tahun sebelumnya dari segi Indeks Prestasi Pelaburan Langsung (FDI), namun nilai aliran keluar FDI Malaysia menunjukkan peningkatan yang ketara tahun lepas.
Laporan sebuah akhbar temapatan dipetik Ahli Majlis Ekonomi Malaysia bagi Unctad, Datuk Zainal Aznan Yusuff sebagai berkata, tahun lepas aliran keluar DFI dari Malaysia adalah RM38 bilion (RM38,000 juta.
Ia meningkat sebanyak RM17.11 bilion (RM17,110 juta) atau 81.9 peratus berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM20.89 bilion (RM20,890 juta).
Fka itu bersumberkan Kajian Laporan Pelaburan Dunia 2008 yang dikeluarkan ole Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perdagangan dan Peaburan Unctad) tahun lepas, dibawah tajuk Perbandingan Transnasional dan Cabaran Prasarana.
Dalam pada itu Malaysia menerima FDI berjumlah RM29.04 bilion (RM29,049 juta), meningkat sebanyak RM8.14 bilion (RM8,140 juta) atau 38.9 pertaus berbading dengan tahun sebelumnya yang berjumlah RM20.9 bilion (RM20,900 juta).
Kjian pelaburan Uncted juga menunjukkan Malaysia mengatasi Taiwan sebagai penerima PDI keenam terbesar di kalangan negara-negara Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tengah, meningkat satu tangga berbanding tahun lepad yang mana Malaysia berada pada tangga ketujuh.
Bagaimanapun dari segi ukuran indeks prestasi PDI masuk, kedudukan Malaysia jatuh sebanyak empat tangga dari tangga 67 pada tahun sebelumnya ke tangga 71 tahun lepad daripada 141 negara lain di dunia tahun lepas.
Datuk Zainal Aznan juga dipetik sebagai berkata peningkatan ketara aliran keluat FDI dari Malaysia adalah disebabkan beberapa faktor dan sebab.
Antaranya disebab pengambilalihan rentas sempadan dalam sektor kewangan, telekomunikasi, indutri perkhidmatan lain dan perlomobongan, terutama bagi operasi carigali minyak.
Keazaman firma Malaysia menjadi syarikat berstatus antarabangsa adalah penyumbang kepada peningkatan pelaburan Malaysia di luar negara sejak beberapa tahun lepas.
Beliau menjangkakan prospek FDI tahun ini cers cerah tetapi kadarnya lebih sederhana disebabkan krisis kewangan yang dicetuskan masalah subprima di Amerika syarikat.
Yang pastinya kestabilan negara, termasuk kestabilan politiknya dapat menyumbang ke arah aliran keluar dan juga masuk FDI yang faedahnya akan dinikmati oleh negara dan rakyat.
Sehubungan dengan itu, sebarang usaha ke arah meterencatkan kestabilan negara dan politik kena dibendung dan ditentang oleh semua rakyat yang mana jika ianya dapat dilakukan, pastik aliran keluar dan masuk FDI negara akan meningkat.
Mencemarkan imej negara, khususnya melalui media asing secara tidak langsung akan menyumbang dan boleh menjadi faktor kepada terbantutan aliran keluar dan masuk FDI negara.
Berbanding dengan kalangan dalam bidang-bidang lain, mereka yang terlibat dalam bidang politik adalah merupakan kalangan yang kerana mahu mencapai impian mendapatkan pengaruh kuasa paling berpotensi melakukan perbuatan dan perlakukan yang boleh mencalar-balarkan imej, prestasi dan reputasi negara.
Demi kepentingan rakyat dan negara, termasuklah kepentingan orang politik itu sendiri sebagai antara warganegara kepada negara tercinta, maka dalam keghairahan mahukan pengaruh dan kuasa, mereka perlu lebih berhati-hati.
Ketelitian dalam bercakap, berkelakuan dan membuat kenyataan media penting supaya kesannya tidak membawa padah kepada negara dalam bentuk keyakinan untuk melabur dan juga dalam berusuan dengan firma-firma negara ini dalam bentuk aliran keluar FDI.
Imej, prestasi dan reputasi negara perlu dipelihra, terutama pada kaca mata media asing agar dunia, khususnya pada kaca mata orang pelaburan supaya mereka tidak akan melihat Malaysia sebagai negara yang tidak selamat untuk melabur dan kurang terjamin untuk menjalin hubungan dagang membabitkan aliran keluar FDI negara.

No comments: